Jumaat, 30 September 2011

5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR

Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
2011/09/29

LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi  dan Mohd Zulfikar sedih selepas  mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.
LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi dan Mohd Zulfikar sedih selepas mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.
Dilarang ke sekolah pada 13 hingga 15 September kerana dianggap bodoh

BALING: Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.
Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.

Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.

Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.

Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.

“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.

Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.

“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.

“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.

“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.

Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.

“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.

Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.

Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Berita Harian Online: 29 September 2011

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

guru yg bodoh bangang ker pelajar ???

Tanpa Nama berkata...

Guru silap bertindak, bukan BODOH. Org BODOH mana boleh jadi cikgu.

Bagi yg tidak berada dlm profesion perguruan, pastinya anda tidak memahami kenapa guru bertindak begini. Cuba rujuk dgn rakan2 guru. tanya mereka kenapa perkara ini berlaku?

APA pun saya rasa, UPSR ini patut dimansuhkan shj. UPSR hari ini seolah-oleh tiket nak masuk U.

Guru Siswazah berkata...

Ini kerja gila, guru yang tidak beretika. Saya menyeruh ibubapa yang terlibat heret guru-guru yang terlibat ke mahkamah

Tanpa Nama berkata...

seorang waris berkata, dia hanya tahu anaknya tak dibenarkan menduduki UPSR seminggu selepas UPSR. Semasa UPSR berlangsung, takkan tak bertanya langsung mengenai peperiksaan kepada anaknya? Seorang lagi berkata dia dikunjungi guru dan dimaklumkan supaya anaknya jangan menduduki UPSR sebab akan dapat E. Dah dikunjungi oleh guru dan dimaklumkan begitu tapi membiarkan saja? Patutnya, kalau dikunjungi oleh guru begitu, terus saja lapor kepada PPD / media / polis. Cikgu tu boleh diambil tindakan, tapi yang pentingnya, anaknya boleh ambil UPSR. Seorang lagi berkata anak pulang dan menangis memaklumkan tidak dibenarkan menduduki UPSR. Menangis lepas hari pertama peperiksaan atau lepas hari terakhir peperiksaan? Persoalannya, betul2kah mengambil berat tentang anak menduduki UPSR?

Tanpa Nama berkata...

MANSUHKAN SHJ UPSR TU. MENGARUT shj..melahirkan murid yg bijak menghafal

Guru Siswazah berkata...

Eh, kenapa pula cadang mansuhkan UPSR? Tak logik cadangan ini.UPSR adalah ujian kemampuan sebenar pelajar sekolah rendah sebelum ke sekolah menengah jadi tak patut dimansuhkan.

Sepatutnya lebih baik jadikan UPSR sebagai titik tolak pelajar layak atau tidak masuk ke tingkatan 1. Apa yang kita tau sekarang ini ialah ada pelajar sekolah menengah yang tidak tau atau tidak fasih 3M. Siapa salah ?? takkanlah guru-guru sekolah menengah ajar semula membaca, mengira dan menulis.?? Ini kerja siapa??Selama 6 tahun di sekolah rendah apa yang mereka-mereka sana buat??

Itulah sebab bila pelajar lembab dibiarkan akan menjadi-jadi apabila masuk ke tingkatan 1 sebab tahap kesukaran mata pelajaran semakin susah.Bila pelajar tidak dapat kejar akhirnya mereka jadi malas dan membuat kerja-kerja yang tidak dibenarkan oleh sekolah. Akhirnya menimbulkan masalah disiplin sekolah...

Cobalah guru-guru sekolah rendah kerja keras sikit yang penting pelajar sekolah rendah sudah boleh menguasai 3M.

sarajevo berkata...

apa la kurang bijaknya GURU SISWAZAH ni. nama ja siswazah tapi bahalol dan mengaibkan semua guru siswazah lain.

apa kau ingat cikgu sek rendah x pening kepala ke dgn budak2 yang x boleh2 walau mcm2 usaha dilakukan?

sek menengah mmg senang la dpt siap budak yg dah ada asas, sek rendah mmg ramai budak yg x berupaya utk belajar, darjah 6 pun mmg akan ada yg x kenal huruf. bertahun belajar kelas pemulihan, cuba GURU SISWAZAH fikirkan mengapa mereka masih x boleh2 jika bukan sebab kekangan otak mereka sendiri, yg berkemungkinan disebabkan genetik (biasanya mereka2 ni dtg dr sejumlah keluarga yg sama setiap tahun).

Tanpa Nama berkata...

making judgmental points emotionally yet claiming him/herself a 'guru SISWAZAH'. Joke of the day.