GEORGETOWN: Pengawas yang didakwa membelasah dan merotan 20 pelajar sebuah sekolah di Tasek Gelugor, dekat sini, pada 11 September lalu akan disiasat Jabatan Pelajaran Negeri.
Mereka itu yang dikenal pasti adalah Ahli Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan disiasat berikutan mengambil tindakan di luar pengetahuan warden asrama sekolah terbabit.
Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada kejadian itu berlaku disebabkan kumpulan pelajar terbabit melakukan kesalahan merokok atau berpunca sebab lain hingga menyebabkan ahli jawatankuasa bertindak di luar kawalan.
Menurutnya, jika benar kumpulan pelajar berkenaan melakukan kesalahan merokok, ia juga bukan menjadi alasan bagi pengawas berkenaan menjatuhkan hukuman sendiri terhadap mereka itu.
“Jika kumpulan pelajar terbabit melakukan kesalahan, ia tanggungjawab sekolah bagi menentukan hukuman sewajarnya. “Buat masa ini, mereka (pengawas) sudah digantung dari persekolahan selama seminggu sementara siasatan dijalankan,” katanya ketika melancarkan majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Bukit Gambir, semalam.
Selasa lalu, akhbar ini melaporkan 20 pelajar tingkatan satu hingga lima sebuah sekolah menengah di Seberang Prai Utara (SPU) mendakwa empat pengawas mengambil alih kuasa guru disiplin dengan merotan mereka atas kesalahan merokok di luar sekolah. Selain itu, beberapa pelajar juga turut mendakwa ditumbuk serta diarahkan memakan tembakau sebaik dipanggil ke sebuah bilik dalam asrama sekolah.
Kebanyakan mereka juga disebat dengan rotan buluh oleh ketua pengawas yang juga pelajar tingkatan enam sekolah berkenaan.
myMetro: 16 September 2011
2 ulasan:
hal begini pun masuk internetkah. Pengurusan sekolah sudah kehabisan idea mengatasi masalah ini???? Pengurusan sekolah yang bodoh
Saya percaya Ahli Jawatankuasa Disiplin yang dilantik perkenan oleh pihak pengurusan sekolah SPU sudah faham dan tahu bidangkuasa serta tanggongjawab mereka.
Setiap tindakan AJK ini pasti diketahui dan dipantau oleh pihak pengurusan sekolah khususnya Guru Disiplin.
Oleh kerana ada pihak lain yang telah melapor kejadian ini kepada pihak media maka Jabatan Pelajaran Pulau Pinang perlu bertindak segera.
Sekadar renungan ... Jika pelajar-pelajar berkenaan digantung sekolah satu minggu, bagaimana dengan pihak pengurusan sekolah? - Tuan Pengetua, Guru Disiplin, Warden, PKHEM?
Mohon Pihak Pengarah Pelajaran Pulau Pinang tidak membuat tindakan dan keputusan berpilih..
Catat Ulasan