Isnin, 5 September 2011

Penilaian SAPS banyak kelemahan

2011/09/05

SAYA ingin merujuk kepada surat bertarikh 30 Julai, 6 Ogos dan 22 Ogos lalu disiarkan akhbar ini berkenaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Saya bersetuju dengan pandangan supaya SAPS ditangguhkan sehingga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ungkapan yang dapat saya berikan untuk SAPS pada ketika ini ialah ‘belum matang’, seperti dinyatakan oleh Amran, Kuala Krai.
SAPS ialah sistem peperiksaan yang diwajibkan unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KPM melalui surat siaran bertarikh 7 Jun 2011. Ia terangkum dalam Toolkit Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) bertujuan menjadi pusat data sehenti yang diguna pakai di seluruh negara. Namun, sistem ini mempunyai banyak kelemahan.
Sehingga kini, banyak bahagian dalam sistem berkenaan masih bermasalah. Contohnya, menu Guru Kelas, Analisis Mata Pelajaran bagi tingkatan 4 dan 5 memaparkan sifar bagi semua medan. Menu Guru Kelas, Slip Keputusan Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3, banyak maklumat tidak dipaparkan.

Menu Guru Mata Pelajaran, pada paparan headcount, tidak dinyatakan dari mana datangnya AR1, AR2 dan AR3 dan tidak pula disenaraikan analisis bagi AR1-3 dan OTI1-3 pada bahagian bawahnya.

Selain itu, SAPS juga didapati masih keliru mengenai pelaksanaan headcount. Bagaimanakah pihak NKRA meminta markah permulaan (TOV) untuk tingkatan peralihan, 1 dan 4 diambil daripada Ujian 1 sedangkan sekadar ujian bulanan dan meliputi satu dua topik saja.

Di samping itu, dalam menu Setiausaha Peperiksaan, pada analisis headcount tidak dimasukkan ruang untuk AR, iaitu keputusan sebenar UPSR untuk sekolah rendah dan PMR, SPM untuk sekolah menengah.
Ini membuatkan analisis headcount kurang sempurna disebabkan markah sasaran tidak dapat dibandingkan dengan AR. Perkara sama juga berlaku pada analisis headcount dalam menu Guru Mata Pelajaran. Tidak ada menu untuk kembali ke sesi sebelumnya. Ini bermaksud semua analisis, keputusan murid, headcount dan sebagainya perlu dicetak dan disimpan oleh pihak sekolah. Bukankah ini bercanggah dengan konsep tanpa kertas yang ingin diperkenalkan sistem ini.

Perkara lebih serius ialah sistem ini tidak menyediakan data lampau. Apabila seseorang murid berpindah sekolah, datanya akan lenyap dari sekolah asal. Ini membuatkan analisis peperiksaan menjadi tidak sah kerana bilangan murid sudah berubah. Guru pula terpaksa memasukkan markah sebanyak dua kali iaitu sekali pada SAPS dan sekali lagi pada sistem di sekolah kerana SAPS masih mempunyai banyak kekurangan dan pihak sekolah pula memerlukan analisis dan keputusan pantas.

Guru TMK,
Kedah

Berita Harian Online: 5 September 2011

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan pendapat diatas ..mungkin terdapat sikap tergesa dalam membuat persetujuan mengunakan sistem ini atau keputusan telah dipengaruhi oleh 'sesuatu' minta SPRM membuat siasatan ..tiada UAT , table database berselerak tidak dapat link,

Tanpa Nama berkata...

sedih bila nila setitik rosak susu sebelangga.. kerna sikap guru master/phd yg pentingkn diri mybbkn orang lain merana.. mereka ni perosak kcemerlangn sesebuah institusi.. mmg ada yg x peduli.. janji master siap 2 tahun.. wlpun krja2nya orang lain tpaksa cover.. n lg sakit ati bila ptadbir pn lepas tgn.. org2 camni dberi muka.. xle bg krja berat.. xle bawa..nanti aniaya budak2!! so bg krja ringan! bole balik awal!! camni pnya ptadbir pn ada! ni yg org lain sakit ati! sy pemegang master.. org kelas siang, sy pilih malam.. org lain 2 tahun.. saya 6 tahun!! (4 tahun + 2 tahun tangguh) kenapa? kerja diutamakn..xnk aniaya kawan.. mcm2 jawatan ketua @ s/u sy pegang.. bila bawa budak, sy tpaksa tangguh krna budak menang daerah-negeri-kebangsaan! sy mgajar smua klas peperiksaan awam! pmr + spm.. alhmdulillah stiap tahun meningkat! tp agak sedih jk org master spt sy disamakn dg master di skola tuan/puan.. tp hakikatnya mmg ada guru jenis yg amik kesempatan d atas kelemahan ptadbir tu sendiri.. yg akhirnya timbul ketidakpuashati dlm skola tu sendiri..