Jumaat, 23 September 2011

Sembilan pelajar kena halau sekolah lapor polis

2011/09/23

GEMENCHEH: Seramai sembilan pelajar membuat laporan polis selepas dihalau keluar dari sebuah sekolah menengah di sini, pagi semalam kerana didakwa sering tidak lulus peperiksaan, tidak mahu belajar dan degil.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lima pelajar Tingkatan Lima, tiga pelajar Tingkatan Empat dan seorang pelajar Tingkatan Dua dihalang masuk ke kelas oleh pengawas dan diherdik pengetua yang menyuruh mereka keluar dari sekolah berkenaan.
Mereka terpaksa menunggu di luar pagar hingga ditegur orang awam yang menasihati mereka supaya tidak berdiri bersebelahan jalan raya yang sibuk dan sebaliknya pergi membuat laporan polis.
Pelajar berkenaan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Gemencheh, pada jam 7.17 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Seorang bapa yang anaknya turut dihalau kesal terhadap tindakan sekolah kerana membahayakan keselamatan pelajar.

“Walaupun pelajar berkenaan, termasuk anak saya bermasalah dari segi pelajaran dan disiplin, tindakan sepatutnya diambil dalam lingkungan kawasan sekolah dan bukan dihalau keluar dari sekolah pada waktu persekolahan.
“Bagaimana jika mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya? Adakah pihak sekolah mahu bertanggungjawab? Pada masa sama saya mengaku memang anak saya ada masalah sikit, tetapi ambillah tindakan dalam sekolah,” katanya yang tidak mahu identitinya disiarkan.

Selepas laporan polis dibuat, dua guru sekolah bersama Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dari Tampin datang ke balai polis jam 11 pagi dan menasihatkan pelajar berkenaan kembali ke sekolah untuk menyambung sesi pembelajaran.

Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Hamzah Abu, berkata pihaknya berjumpa semua pelajar berkenaan dan selepas dinasihat, mereka kembali ke kelas masing-masing jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdul Razak, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan PPD untuk membuat laporan lengkap berhubung kejadian itu dan pengetua sekolah berkenaan juga akan disiasat,” katanya.

Berita Harian Online: 23 September 2011

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau diambil tindakan dlm kwsn sekolah pun akan dijadikan isu juga...baguslah kalau ibu bapa sedar anaknya bermsalah. Tungguh apa lagi. Belasahlah anak sendiri.

"HIDUP PUN MENYUSHKAN ORG LAIN".

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu kena rotan ngan guru, tak berani nak mengadu ngan mak bapak, tapi sekarang kena rotan jer, mak bapak terus serang guru...anak jadi setan kat skolah, mak bapak buat bodoh jer, aktiviti anak anak kat luar rumah pun mak bapak buat bodoh jugak...tapi bila kene amik tindakan undang2, baru nak terhegeh2....paling best boleh menuding jari kat pihak lain...palinng dikesalkan mereka boleh salahkan kerajaan, yg menyebabkan anak mereka jadi bodohh..

Tanpa Nama berkata...

Guru ni memang bodoh. Apa tidaknya asyik salahkan ibubapa. Kerajaan bayar gaji untuk didik pelajar bukan untuk caci dan belasah pelajar.
Pelajar bukan malaikat. Engkau guru patut tahu. Mereka perlu didikan.
Paling best ... pengetua sekolah yg bangang .. dia ingat mak bapak dia punya sekolah. Jawab ler ngko dgn PPD.

Tanpa Nama berkata...

"Setiap anak-anak dilahirkan dlm keadaan fitrah, Ibu bapanyalah yg menentukan merEkA jadi YAHUDI ATAU nasrani"

fIKIRKAN LAH......
pelajar jadi biadap & kurang ajar hari ini adlh berpunca drp didikan ibu bapa.
Mungkin juga "PUNCA" rezeki yg diberi makan minum adlh drp sumber yg tidak halal....
mohon dijauhi perkara ini.

Muallim Adham berkata...

ditelan mati emak, di luah mati bapak... kerja cikgu ni serba tak kena sebenarnya...

guru lama berkata...

Suruh bapa mereka ajar anak mereka sendiri

bapa pelajar berkata...

Kepada mereka-mereka yang diatas tu tolong jawab persoalanku

1. murid yang selalu kacau, tak makan saman sekolah apa nak buat?
2. murid yang sesuka hati datang sekolah tak ikut jam nak buat apa?
3. murid yang sesuka hati keluar dan kacau kelas lain nak buat apa??
4. murid yang buat kacau dengan bergaduh setiap hari dan mengancam guru, nak buat apa??
5. murid yang berambut panjang, baju keluar ,tak pakai lencana dan pasang benda-benda lain di baju, nak buat apa

Sikap dan tingkalaku itu diamalkan oleh pelajar setiap hari..dah diambil tindakan disiplin, dinasihat , dikaunseling dan di gantung tanpa tarikh , ibubapa merayu dan balik semula ke sekolah kemudian lakukan sikap yang sama, apakah perasaan tuan-tuan di atas yang memanggil guru bodoh lagi??

Betul anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah manusia tetapi manusia bernama guru juga ada perasaan dan had-had kesabarahan.

Sebagai bapa saya hormat guru. Tidak ada guru yang menghalau murid sesuka hati jika murid tersebut berperangai baik. tetapi kalau murid tersebut sudah menjadi parasit di sekolah daripada merebak kepada pelajar lain baik ianya dicantas.

jika ibubapa tidak setuju dengan tindakan sekolah maka ibubapa patut pindahkan anak mereka ke sekolah yang mereka suka atau ajar anak sendiri...jika tak hormat sekolah sudah

saya tidak hairan anak menjadi kurangajar kerana ibubapa juga kini serupa dengan anak.

bayangkan kalau kerja bapa hanya bermain di kedai Billiad, judi, hisap rokok, minum kopi satu hari di kedai apa jadi dengan anak yang terbiar???????? Apa lagi kalau bapa itu seorang pencuri, kaki perempuan,kaki gaduh.kaki rasuah . maka anak juga sama seperti bapa kerana duit yang anak makan tidak halal

Tanpa Nama berkata...

bagi saya sikap anak melambangkan sikap ibubapa mereka........

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Sekadar mencelah :
dan saya ingin berkongsi dgn tulisan bapa pelajar berkata...
25 September 2011 5:44 AM

INI PERKONGSIAN SAYA :
1. Mengikut Undang2 Tabii (Rules of Natural Justices) ada 2 perkara ie Hak Untuk Didengar (Right to be heard) dan Hukum Mencegah Berat Sebelah (Rule Against Bias).

Oleh kerana Kementerian Pelajaran telah mempunyai asas yang kukuh kepada Pengurusan Disiplin Murid, maka semua pihak pengurusan sekolah perlu akur kpd panduan yg termaktub.
Antaranya :
. Akta Pendidikan
. Ordinan Pelajaran 1957
. Surat2 Pekeliling KPM
. Buku Panduan Tatacara Disiplin.
. Peraturan2 Pendidikan (Disiplin Murid) 2006.

Diperingkat KPM telah ada :
. Sekretariat Tetap Menangani Gejala Salahlaku Murid
. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin
. etc

Nasihat saya :
1. Segala tindakan tatatertib mesti mengikut PROSIDUR yang telah diperuntukan/Undang2.
2. Guru dan Pengurusan sekolah perlu SMART. Ikut peraturan ...
3. Bidangkuasa pengurusan sekolah serta guru ada HADnya.
4. Serahkan bidangkuasa seterusnya kpd PPD, KPM.

salam.

KPLI 2005 berkata...

Yup...
Setuju dgn pendapat BAPA PRIHATIN..(Bagusnya ada ibubapa yg ambil tahu pasal undang2 ni)
Kita ikut je Undang2 tuh...Tugas hakiki guru adalah mengajar berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Benda2 lain tu, take for granted aje...yg penting, ikut prosedur..

1.Tulis kesalahan pelajar dalam Rekod Kawalan Kelas jika ada.

2.Maklumkan kepada Guru Disiplin,Guru Bimbingan, PK HEM atau GB jika perlu..Kalau boleh,biar ade hitam putih.walaupun tulisan tangan.

Dahh..itu aje tindakan yang guru boleh buat. Budak x nak buat kerja sekolah ke..merokok ke..ponteng kelas ke...gasaklah..yang penting, kita dah buat tindakan 1 dan 2 tadi..

Yang lain, biar Guru Disiplin, PK HEM, Guru Bimbingan dan GB yang buat kerja mereka..

Jadi guru zaman sekarang ni x boleh jadi macam guru zaman dahulu.Kena alert ye perkara ni cikgu-cikgi..Jangan kita musnahkan masa depan kita sendiri..

Budak2 tuh, biarlah mak bapak dia orang yang mendidik mereka..Nanti bile depa dah tua berkedut, barulah depa sedar betapa bodohnya tindakan mereka dulu!

Tanpa Nama berkata...

bagi saya sikap pelajar melambangkan sikap guru mereka........
Guru borek pelajar rintik.

bapa pelajar berkata...

Kepada tanpa nama yang mengatakan guru borek pelajar rintik. Tolong tunjukkan perkara ini ada kaitan dengan guru dan bukan dengan bapa.

selalu kita dengar bapa borek anak rintik tapi ini dah berpindah tangan pula bermakna bapa itu lebih baik berbanding guru..TUNJUKKAN EKSPERIMEN DAN MAKLUMAT ANDA

Tanpa Nama berkata...

Hi .. hi .. biar saya tlg jawab ..
Guru:
a. suka herdik
b. cakap kasar
c. ponteng ngajar
d. MC
e. pelupa
f. tertinggal bahan ngajar
g. perlekeh pelajar
h. jatuh maruah pelajar
i. tidak hormat pelajar
j. mencarut
k. ngajar tidak fokus
l. tidak penting masa
m. tidak jujur
n. kurang sopan
o. selekeh
p. buli pelajar
q. merokok
r. ganggu masa belajar murid
s. bawa rokok ke sekolah
t. datang lewat
u. ke kantin bukan waktu rehat
v. lewat ke perhimpunan
w. suka berlegar di sekitar sekolah.
x. ponteng aktiviti ko -k.
y. ponteng sekolah
z. direct selling.

bapa pelajar berkata...

ok kelemahan guru sudah ditunjukkan tapi apa bukti yang jelas itu hanya tuduhan. Tuduhan tanpa bukti adalah salah dan tidak diterima oleh mahkamah.Mana videonya?? Gambarnya..??Tunjukkan

Apa pula kelebihan ibubapa pelajar sehingga menggelarkan guru seperti pepatah Melayu yang diubah suai kepada " Guru borek pelajar rintik?? Tunjukkan pula kelebihan ibubapa pelajar

Tanpa Nama berkata...

sia-sia kamu jadik guru....
memalukan warga guru.

Tanpa Nama berkata...

KESIMPULANNYA"
1. Mendidik anak adlh tanggunjawab UTAMA ibu bapa.
2. Anak yg bermasalah biasanya dtg drp keluarga yg bermasalah.
3. Perangai anak melambangkan perangai mak bapak.

"BEGITULAH KESIMPULAN PERBINCANGAN KITA"

Tanpa Nama berkata...

KESIMPULANNYA"
1. Mendidik pelajar adlh tanggunjawab UTAMA guru.
2. Pelajar yg bermasalah biasanya dtg drp sekolah yg bermasalah.
3. Perangai pelajar melambangkan perangai guru mereka.

"BEGITULAH KESIMPULAN PERBINCANGAN KITA"

bapa pelajar berkata...

Kenyataan bahawa perangai pelajar melambangkan perangai guru adalah satu rumusan yang tidak tepat dan salah. Ternyata tanpa nama di atas adalah golongan manusia yang cetek pemikiran dan golongan manusia yang kecewa dengan guru. Itu sebab tidak dapat memberikan penilaian yang realistik dan profesional.

Tanpa nama di atas lupa bahawa pewarisan merupakan satu perkara yang sangat berkaitan dengan seseorang individu.Dan, pewarisan tidak diturunkan oleh seorang guru tetapi daripada kedua ibu dan bapa.Mungkin juga tanpa nama diatas adalah pelajar yang sebenarnya lemah menguasai ilmu sains.

Oleh itu, perangai pelajar adalah sebahagiannya diturunkan daripada gen kedua ibu dan bapa.Kalau ibubapa itu mempunyai sikap panas baran tentulah sikap itu diturunkan kepada anak.Selain daripada itu juga pengaruh persekitaran seperti sikap kaum itu sendiri. Sebagai contoh kalau sesuatu kaum itu kebanyakannya merokok maka tidak mustahil anak-anak mereka juga jadi perokok. Kalau ramai orang dewasa yang terlibat dalam ketagihan dadah tidak mustahil anak-anak mereka juga sebahagiannya jadi penagih dadah.

Pelajar hanya beberapa jam sahaja di sekolah, tetapi di rumah, dikampung mereka dilahirkan dan dibesarkan.

Kesimpulannya, perangai pelajar itu diwarisi daripada budaya bangsa nya dan persekitaran dimana pelajar itu membesar. Dan, sekali lagi bukan disebabkan oleh guru-guru kerana secara logiknya tiada sekolah atau guru-guru yang menyuruh pelajar kurang ajar, hisap rokok, jadi samsing, jadi perogol, jadi penagih dadah atau apa-apa sahaja yang negatif sebaliknya semua guru mengajar pelajar menjadi baik dan menghormati semua orang.

INI SAHAJA JAWAPANNYA

Muallim Adham berkata...

slm.. terima kasih atas ulasan anda.. itu la jwpn yg dinanti.. kita bukannya henda saling bertikam lidah masing2 menegakkan benang yg basah.. setiap hr saya percaya semua pihak berusaha mencari solution dlm perkembangan anak2 kita.. tdk d nafikan guru2 disekolah byk ditekan oleh pihak atasan utk mengajar plajar tanpa berkesempatan mendidik mereka soal akhlak.. kes ini tdk lah semuanya menggambarkan keadaan guru Malaysia. namun, jika benar wujud keadaan sedemikian, maka akan timbul sikap lantaklah korang, asalkan result exam korang meletup..

ini yg kita bimbangkan. sebenarnya visi dan misi kementerian adlh cukup jelas dlm membangunkan modal insan anak2 pelajar. peranan ini perlu diambil berat oleh semua pihak. bukan hanya guru. smua pihak perlu main peranan..

saya ingin mengajak tuan puan sekalian menonton filem "aku tidak bodoh" dalam youtube. yang menceritakan gambaran pendidikan anak2 kita skrg. cukup menyentuh hati semua pihak. sila la tonton sekarang..

jika zaman dulu cabarannya adlah pop yeh yeh.. ttp skrg cabarannya adlh black metal malah lebih dasyat lg. kita tidak boleh samakan manhaj zaman dulu dgn zaman skrg. kita kena sentiasa ada revolusi dlm mendidik anak dgn berpandukan syariat..

saya masih baru.. jgn pulak mem"black list" saya kerana saya tidak pandai untuk menyorokkan identiti saya.. sekian

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd tulisan Bapa Pelajar ..27 September 2011 7:03 PM

Tuan bersetuju dgn Penyataan :
1. Mendidik pelajar adlh tanggunjawab UTAMA guru.
2. Pelajar yg bermasalah biasanya dtg drp sekolah yg bermasalah.

tuan tidak setuju dgn Pernyataan :
3. Perangai pelajar melambangkan perangai guru mereka.

INILAH JAWABAN SAYA .

Mengikut Hukum Silogisme ...
Kita perlu mempunyai capaian kaedah berfikir yang tepat, logis dan sistemik.

P(1) Perangai pelajar melambangkan perangai guru mereka.

P(2) Ternyata ada pelajar yang terpengaruh dengan tingkahlaku guru mereka.

(Kesimpulan) Maka perangai guru mempengaruhi tingkahlaku pelajar mereka.

sekian, tuduhan tuan TERHADAP saya tidak arif hal sains amat dikesali kerna begitulah SIKAP guru yang SELALU HIPOKRIT dan bersifat KEPALSUAN.

KPLI 2005 berkata...

En. Tanpa Nama, 28/9/2011, 5.01pm

Jangan salah guna metode aristoteles tu..Syllogism tidak diterima dalam membuktikan dalam hujah en. kerana ia kurang aturan dan prinsip dalam menetapkan hukum penalaran secara ilmiah.

Apa asas en. meletakkan P1 dan P2 sebagai pernyataan masalah? Ada kajian lepas yang membuktikan P1 dan P2 sehingga senang2 boleh membuat kesimpulan deduktif macam tu?

Bak kata pensyarah saya, sekadar falsafah yang tidak dibuktikan dengan metode yang sesuai, bisa saja menjadi sampah. Atau kalau menurut hukum Islam, menjadi fitnah.

Tanpa Nama berkata...

he ... he..
betul ke cikgu ni? P1 P2,
kajian lepas? cuba tngk dlm website ipta .. bersepah kajian dibuat. kamu kann guru cari lerr sendiri. ipta m'sia, ipta i'sia, uk pun ada.

spesis guru mesti sokong guru
(P1)
JGN INGAT KAMI IBUBAPA SKOLAH ATTAP.

KPLI 2005 berkata...

ai...
hari tu kelemahan guru, boleh bagi a-z..ni bila minta kajian lepas, suruh cari sendiri.

Sila en. bagi a-z tajuk2 thesis atau disertasi, nama penyelidik, u mana tentang P1 dan P2 en. tu pulak...Yang pasti, warga pendidik tidak menggunakan hukum syllogism aristoteles tu utk buktikan kajian mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

Hi .. hi .. biar saya sekali lagi tlg jawab ..
Guru:
a. suka herdik
b. cakap kasar
c. ponteng ngajar
d. MC
e. pelupa
f. tertinggal bahan ngajar
g. perlekeh pelajar
h. jatuh maruah pelajar
i. tidak hormat pelajar
j. mencarut
k. ngajar tidak fokus
l. tidak penting masa
m. tidak jujur
n. kurang sopan
o. selekeh
p. buli pelajar
q. merokok
r. ganggu masa belajar murid
s. bawa rokok ke sekolah
t. datang lewat
u. ke kantin bukan waktu rehat
v. lewat ke perhimpunan
w. suka berlegar di sekitar sekolah.
x. ponteng aktiviti ko -k.
y. ponteng sekolah
z. direct selling.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..nak tergelak pelak bace komen tanpa bernama ni...kesimpulan yang aku boleh buat terhadap tanpa nama ni ialah :

1) penah kena belasah dgn cikgu smpai skarang berdemdam dgn cikgu
2) kantoi merokok lam tandas or kene denda dgn cikgu berlari tgh panas
3) masa skolah die nak dilayan seperti anak raja
4) kurang kasih syg cikgu hingga diri meronta-ronta sampai skrang
5) mungkin die nak jadi cikgu tp keputusan spm x brape bagus
6) sedang bosan menunggu posting
7) ataupun die ni pelajar dibuang sekolah yg menyamar jadi ibubapa dalam page ni..

sudahla tanpa bernama..kamii cikgu tahu apa yg kami buat,,kalau awak x suka dan benci cikgu awak boleh ambik anak awak dan awak menagajar sendiri rumah... kami suka bukan hingin sgt nak ngajar anak awak tu.. lagipun x jejas atau rugi ape2 pon kat kami..

KPLI 2005 berkata...

Mmm..ingatkan hari ni dapat jawapan yg ilmiah sikit. Ternyata jawapan Tanpa Nama 30 Sept 2011 hanya ulangan tanpa disandarkan kepada asas dan fakta serta tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Hanya dengar cakap2 orang atau melihat kepada 1-2 kes terpencil yang berlaku.

Jangan menunding jari kepada semua guru kerana perkara a-z yang disenaraikan hanyalah kes2 terpencil dan berlaku di mana2 institusi kerja kerajaan dan swasta. Bahkan ade yg lebih teruk lagi. Dalam setandan pisang, x semuanya elok.

Namun yg x elok itulah yang akan dilacurkan oleh media utk melariskan produk mereka walaupun peratusnya AMAT KECIL berbanding dengan bilangan guru di Malaysia seramai 405 716 orang (data KPM pada 30 Jun 2010).

Muallim Adham berkata...

Dlm 1 ptelingkahan & kita berada di pihak yg betul & benar, itu pun bukan jaminan utk kita dimenangkan & dibenarkan. Lebih2 lg masing2 menegakkan menang yg basah. Cr lah hikmah d sebaliknya

Tanpa Nama berkata...

piirah .. aku pun guru jugak. apa yg dikata itu benar a hingga z.

Guru:
a. suka herdik
b. cakap kasar
c. ponteng ngajar
d. MC
e. pelupa
f. tertinggal bahan ngajar
g. perlekeh pelajar
h. jatuh maruah pelajar
i. tidak hormat pelajar
j. mencarut
k. ngajar tidak fokus
l. tidak penting masa
m. tidak jujur
n. kurang sopan
o. selekeh
p. buli pelajar
q. merokok
r. ganggu masa belajar murid
s. bawa rokok ke sekolah
t. datang lewat
u. ke kantin bukan waktu rehat
v. lewat ke perhimpunan
w. suka berlegar di sekitar sekolah.
x. ponteng aktiviti ko -k.
y. ponteng sekolah
z. direct selling