KUALA LUMPUR 2 Sept. - Seramai 518,616 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini bermula dari 9 hingga 11 September ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 98.6 peratus atau 511,367 adalah calon daripada sekolah Kementerian Pelajaran manakala baki 1.4 peratus atau 7,249 merupakan calon swasta.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, sebanyak 8,171 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan tersebut.
Kenyataan itu juga mengingatkan calon-calon supaya membawa Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR 2008 pada setiap hari peperiksaan.
Utusan Malaysia Online: 3 September 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan