Isnin, 13 Februari 2012

Bukan semua pelatih guru dapat elaun

SAYA ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Sabah, kerana menulis berkaitan dengan BB1M seperti yang disiarkan dalam akhbar ini baru-baru ini.

Kepada rakan Kesang Boy, saya juga mengucapkan terima kasih dengan reaksi anda tetapi fakta yang diberikan perlu diulas dengan lebih terperinci.

Untuk makluman, terdapat dua kategori pelajar di IPG. Pertama, pelajar sepenuh masa (PPSIMP, PISMP dan DPLI) dan kedua, pelajar Kursus Dalam cuti (KDC), Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) serta pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Sememangnya benar bahawa pelajar sepenuh masa PPISMP dan PISMP telah menerima elaun buku. Oleh itu, saya yakin pelajar IPG yang menulis bukanlah daripada program sepenuh masa.

Kami, pelajar separuh masa (KDC, LPBS, PGSR, KDPM & PPG) yang belajar di IPG tidak menerima elaun buku seperti yang diterima oleh pelajar sepenuh masa. Justeru itu, kami juga perlu membeli buku rujukan untuk pengajian kami.

Selama ini saya hanya menggunakan perkhidmatan fotostat kerana saya perlu berjimat dalam pengajian memandangkan saya dan rakan lain tidak menerima elaun lain, kecuali hanya ditaja yuran pengajian sahaja.

Saya inginkan penjelasan daripada pihak berkenaan, mengapa kami tidak layak untuk menerima bantuan BB1M ini? Mengapa pula rakan kami program daripada Sarjana Muda Perguruan (SMP) dan Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang ditaja oleh KPM tetapi belajar di IPTA serta IPTS dibantu dengan baucar BB1M ini?

Lebih menghairankan saya ialah pelajar yang ditaja oleh JPA melalui Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) peringkat sarjana dan doktor falsafah di IPTA turut dibantu dengan baucar BB1M.

Mereka juga telah menerima elaun buku dengan jumlah RM1,000 hingga RM1,800 setahun. Justeru itu, apa kurangnya mereka dan lebihnya kami sehingga tidak diberi bantuan itu?

Saya mohon Rektor IPGM dapat melihat perkara ini dan mengambil tindakan proaktif dengan sewajarnya dalam usaha menyelesaikan isu ini.

Utusan Malaysia Online: 13 Februari 2012

4 ulasan:

guru siswazah lama berkata...

satu perkara yang saya anggap lupa daratan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah apabila tidak lagi menganggap UPSI sebagai sebahagian daripada institiusi utama dalam melahirkan guru-guru yang baik dan diberi keutamaan sama seperti IPG-IPG yang lain.

Mengimbas kembali fungsi UPSI yang sebelum ini adalah sebuah maktab yang membekalkan tenaga guru utama di beri nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) kemudian dinaik taraf kepada Institiusi Perguruan Sultan Idris( IPSI) dan pada ketika itu semua biaya adalah melalui BPG, kementerian Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu semua bakal yang berkursus disana mendapat elaun kursus perguruan dan semua pelatih pula akan tetap menjadi guru setelah menghabiskan tempoh kursus di sana. Tetapi malangnya, setelah dinaikkan taraf menjadi universiti semua kepentingan dan kelebihan UPSI kini telah hilang kerana tiada lagi elaun pelatih atau graduan yang berkursus disana. Pelajar-pelajar dibebankan dengan hutang PTPTN, mereka makan sendiri, bayar yuran sendiri dan yang paling sedih ialah semua bakal-bakal guru yang berkursus di UPSI tidak dijanjikan tempat sebagai guru.

Lain halnya dengan IPG-IPG yang menawarkan kursus yang sama walau pun bertaraf kolej sahaja tetapi semua bakal guru disana dapat elaun berkursus malah mereka tetap keluar sebagai guru. Tempat mereka sudah terjamin..


Satu keadaan yang tidak baik dan berat sebelah.

UPSI bukan lagi gudang pengeluar guru yang dijamin dan diutamakan walhal UPSI itu diilhamkan sebagai satu-satunya universiti yang dibangunkan untuk menyediakan pakar-pakar guru yang berwibawa.tapi sekrang kemana sudah fokus dan amanah yang dibentuk semasa penaikan taraf dari sebuah maktab perguruan menjadi universiti perguruan?????????????????????????????????????????????????


hilang, rebah, dan binasa ........oleh kerakusan Kementerian Pelajaran Malaysia ..................................

Tg.Azlie SM berkata...

betul kata guru siswazah lama tu....


Saya turut merasa kasihan kepada pelajar2 keluaran upsi...dianak tirikan...anak saudara saya juga adalah bekas pelajar di upsi dan sekarang cuma bekerja kontrak di sekolah kerana menggantikan guru yg bersalin ...beliau masih menunggu utk jawatan tetap...umpama menunggu buah yg tidak gugur. namun masalah pokok disini bukannya IPG yang bermasalah...tetapi fikirlah tentang graduan2 lain yg bukan dalam bidang perguruan yg mengisi jawatan guru..contoh terdekat adalah KPLI.IPG tetap dengan fungsinya dari dulu..mengeluarkan guru2 diploma dan upsi pula guru berijazah.(kalau saya tidak silap IPG sudah dinaik taraf)Sebenarnya,pelbagai cerita kurang enak yg pernah saya dengar tentang perkara ni..dimana sebahagian daripada guru2 kpli ini tidak benar2 bersedia untuk menjadi guru dan SEBAHAGIAN yg tidak ikhlas inilah yg membawa masalah kepada pengurusan sekolah.Nah, itulah yg sebenarnya yg menjadi persainagan kepada keluaran UPSI....Diharapkan nasib pelajar-pelajar keluaran UPSI lebih terbela...kerana mereka yg lebih berhak utk mengisi jawatan guru berbanding KPLI yang yg cuma berkursus selama setahun dan ada SEBAHAGIANNYA yg tidak benar2 dapat menjiwai watak guru..Rezeki memang ditangan Allah...dan siapalah kita untuk menafikannya...cuma sebagai manusia kita perlu fikirkan kebaikan dan keburukan dalam pelbagai sudut. Dan guru2 KPLI yg TERPILIH itu harus bersyukur dgn kurniaan ALLAH kepada mereka..kerana sebenarnya ada yg lebih layak daripada mereka..terutama kpd guru2 yg sombong dan tidak sedar diri....sekadar mengigatkan....

Tengku Azlie SM
http://rakanblog.com

Tanpa Nama berkata...

dalam hal ini, saya berpendapat mereka yang memegang pemerintahan upsi yang bersalah... mereka mahu menjadikan UPSI sebuah U setanding dengan UM dan USM lalu menawarkan banyak kursus open market kepada pelajar... masyarakat percaya kursus open market ini boleh jadi cikgu kerana keluar UPSI boleh jadi cikgu tetapi semua itu palsu. Selain itu, UPSI juga telah mengambil lebih banyak pengambilan pelajar berbanding dengan unjuran yang diberi oleh KPM....

Tanpa Nama berkata...

IPG skrg bukan lagi diploma..tetapi Ijazah Sarjana Muda Perguruan..diploma hanya ditawarkan untuk KPLI / DPLI sahaja..