Isnin, 6 Februari 2012

Dasar 60-40 Sains-Sastera pandangan guru perlu diambil

PENDEDAHAN bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam tempatan menyedarkan kita masih jauh untuk mencapai sasaran Dasar 60-40 iaitu 60 peratus pelajar aliran sains dan 40 peratus pelajar aliran sastera.

Keadaan ini boleh menjejaskan matlamat Pelan Haja Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi dan usaha mencapai status negara maju menjelang 2020. Usaha berkesan perlu dilakukan untuk meningkatkan minat pelajar dalam aliran sains seperti galakan daripada ibu bapa dan keluarga, kualiti pengajaran guru, keberkesanan pengurusan sekolah, kemudahan prasarana, aktiviti kokurikulum akademik berasaskan sains, pengaruh rakan sebaya, peruntukan kewangan dan pelbagai insentif. Memang benar jika minat sudah meningkat maka mata pelajaran Sains tidaklah dianggap sukar.

Namun minat sahaja tidak cukup jika tidak disertai dengan disiplin belajar yang tinggi. Faktor paling penting ialah wujudnya kesedaran dalam diri individu pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Budaya kesungguhan belajar bermaksud amalan belajar dengan gigih, tekun, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menghormati dan bertanya guru tentang pelajaran, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan tambahan di rumah, mempunyai jadual belajar dan kerap berbincang dengan rakan tentang pelajaran. Nilai belajar sedemikianlah yang selalu disebut calon cemerlang semasa ditemu bual pemberita sejurus menerima keputusan peperiksaan.

Dalam sistem pendidikan kita penentuan jurusan bermula di Tingkatan 4. Biasanya pelajar yang mendapat gred A atau B mata pelajaran Sains dan Matematik pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijadikan ukuran kelayakan ke aliran sains.

Pelajar yang memperoleh lebih rendah daripada gred B dalam kedua mata pelajaran tersebut menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran khususnya subjek Sains Tulen jika dipilih ke jurusan sains. Ini disebabkan penguasaan kemahiran dalam huraian sukatan pelajaran subjek tersebut agak lemah dan akibatnya mereka tidak berkemampuan mengikuti pelajaran di peringkat menengah atas yang memerlukan tahap kemahiran lebih tinggi. Kita perlu meningkatkan bilangan pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya gred B Sains dan Matematik dalam PMR. Sungguhpun kita ada sekolah berasrama penuh yang menjurus kepada aliran sains, sekolah ini dilihat sebagai tempat dalam proses mengumpulkan pelajar yang sudah cemerlang dari sekolah harian supaya kecemerlangan mereka dapat dimantapkan.

Untuk memenuhi kuota 60 peratus pelajar aliran sains kita perlu melihat bagaimana majoriti pelajar berprestasi sederhana di sekolah harian dapat ditingkatkan pencapaian mereka khususnya di peringkat menengah rendah. Program yang berkesan termasuk peruntukan dan insentif perlu dijurus ke arah kumpulan sasar pelajar berprestasi sederhana di sekolah harian. Pada 30 Januari lalu 15 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) menjadikan jumlahnya 182. Kemudian pada 3 Februari 14 lagi sekolah dianugerah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadikan jumlahnya 66. Kita perlu merancang bagaimana penjenamaan SKK dan SBT dapat dijadikan pemangkin yang lebih berkesan dalam membantu mencapai matlamat Dasar 60-40. Elok juga jika difikirkan suatu bentuk penganugerahan untuk mengiktiraf sekolah yang berjaya meningkatkan pencapaian kumpulan pelajar berprestasi sederhana ke suatu tahap tertentu khususnya di peringkat PMR.

Dalam usaha mendapatkan maklum balas pelbagai pihak untuk merealisasikan Dasar 60-40, maka pandangan daripada guru amat penting.

Utusan Malaysia Online: 6 Februari 2012

3 ulasan:

guru lama berkata...

Dasar 60-40 Sains- Sastera merupakan Pelan Haja Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi serta usaha mencapai status negara maju menjelang 2020. Dasar ini tidak tercapai andainya pihak sekolah tidak mmemberikan ruang yang terbuka kepada pelajar lepasan PMR membuat pilihan sendiri jenis aliran mana yang mereka pilih sebelum melangkah masuk ke Tingkatan 4.

Apa yang menjadi kerisauan ialah bukan pelajar yang memilih aliran sendiri tetapi sebaliknya pihak sekolah yang menentukan aliran mana pelajar ini masuk berdasarkan kelayakan yang mereka perolehi dalam peperiksaan PMR. Mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka, berminat atau tidak berminat, pelajar tiada pilihan lain kerana pihak sekolah sudah menyenaraikan kelas-kelas mana pelajar ini masuk.

Masalah yang ke dua ialah sekolah terikat sangat dengan ABM yang dihantar ke jabatan. Oleh itu pihak sekolah tidak boleh menambah bilangan kelas sains sesuka hati kerana bekalan buku yang dihantar ke sekolah pada tahun berikutnya berdasarkan ABM tahun sebelumnya. Namun begitu, ada juga sesetengah sekolah melalui keputusan pengetua dan penolong kanan kurikulum tidak berusaha menambah bilangan kelas aliran sains sebaliknya menghadkan bilangan kelas yang sudah tersedia. Ini adalah satu keputusan yang kolot dan membebankan malah merugikan pelajar kerana dengan bilangan kelas aliran sains yang terhad sudah pasti bilangan pelajar yang dapat memasuki kelas aliran sains adalah juga terhad. Malah ada sesetengah sekolah itu mempunyai bilangan pelajar lebih daripada 1000 orang pelajar tetapi bilangan kelas aliran sains hanya 2 sahaja, iaitu 1 tingkatan 4 dan 1 lagi tingkatan 5.

Masalah yang paling serius ialah ada segelintir pengetua dan Penolong kanan kurikulum memandang keputusan PMR adalah tahap keupayaan sebenar pelajar.Pihak pentadbir sekolah langsung tidak memberikan ruang dan peluang kepada pelajar yang berminat menduduki kelas-kelas sains tulen.

Inilah beberapa kekangan dalam mempastikan Dasar 60-40/sains-sastera tercapai sepenuhnya.

7 Februari 2012 5:16 PG

Guru sains @ matematik berkata...

Pandangan guru lama di atas adalah keadaan sebenar di sekolah. Keadaan ini berlaku kerana sekolah berlumba-lumba mahu mendapatkan pengiktirafan "new deal" juga takut prestasi sekolah jatuh

Inilah beberapa kegelojohan pihak pentadbir sekolah dan langsung tidak terfikir masa depan, cita-cita pelajar diketepikan. Laporan guru kaunseling tidak diambil perhatian oleh pihak pentadbir. Mata mereka dikelabui oleh RM7 500.00 dan RM1800.00 dan prestasi sekolah.