Ahad, 12 Februari 2012

Guru berperanan jelas perkara benar



MUHYIDDIN disambut guru-guru pada Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di Ipoh semalam.


IPOH - Guru berperanan menjelaskan kepada rakyat perkara benar bagi menangkis serangan pembangkang terhadap kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun tidak boleh terlibat dalam politik secara aktif, guru sebagai penjawat awam berperanan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai serangan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.

"Kita tidak perlu bersifat apologetik apabila kita membicarakan apa yang kerajaan telah buat," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini semalam.

Beliau berkata, pembangkang sering memfitnah dan membuat pelbagai tohmahan tetapi guru dalam perkhidmatan kerajaan tahu bahawa ia tidak benar.

Menjawab soalan lain, Muhyiddin berkata, kerajaan akan menyemak semula elaun guru besar yang didakwa terlalu rendah iaitu RM100 sebulan.

Kosmo Online: 12 Februari 2012

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA...guru perlu jelas perkara benar khasnya mengenai penyelewengan wang rakyat/negara, rasuah, salah guna kuasa dll.
Yang baik juga perlu dipuji. Yang lemah ditegur utk diperbaiki.

Tanpa Nama berkata...

ya..saya setuju..TETAPI ada segelintir guru yang menjelaskan perkara yang tidak sepatutnya kera beliau merupakan pati pembangkang..
perkara ini jika dilihat pasti akan berlarutan sampai bila-bila..jadi apakah penyelesaiannya????
sama-sama fikirkan...

p/s-saya kasihankan anak-anak yang keliru..kita tidak mahu negara ini jatuh..