Sabtu, 11 Februari 2012

Kerajaan akan semak semula elaun guru besar

11/02/2012 6:18pm

IPOH 11 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menyemak semula elaun guru besar yang didakwa terlalu rendah.

"Saya janji perkara ini kita akan semak semula. Pada prinsipnya saya setuju tapi bukan saya nak bayar duit itu. Yang bayar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya bagi menjawab soalan seorang guru besar pada Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini hari ini.

Semasa sesi itu, guru berkenaan membangkitkan kepada Muhyiddin bahawa guru besar hanya menerima elaun sebanyak RM100 sebulan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perkara itu perlu dikaji dengan teliti kerana ia melibatkan kewangan kerajaan.

"Jika amount (peruntukan) tidak besar boleh diambil kira," katanya. - BERNAMA

Utusan Malaysia Online: 11 Februari 2012

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUKAN SHJ SEMAK ELAUN...TAPI KELULUSAN AKADEMIK & GRED GAJI GURU BESAR.

DAH KETINGGALAN ZAMAN SANGAT.....

guru lama berkata...

Sekadar semak elaun bukan impak yang besar yang paling penting sekarang ialah ubah keseluruhan struktur gred perjawatan di sekolah dan pastikan GB bagi sekolah-sekolah besar adalah DG44/DG48 manakala GPK-GPK adalah mereka yang siswazah.

Tanpa Nama berkata...

Setuju jika DG44 jadi GB, tetapi mereka mstilah drp kalangan guru SR yg melanjutkan pelajaran.
Pengalaman di SR mestilah sekurang-kurangnya 10 thn.

Yang cantiknya, buat permulaan ni...
1) Ambil semua PK drp kalangan DG41 + pengalaman
2) Selepas 5 thn, naikkan mereka ke DG 44 & seterunya jadi GB.

Dgn itu, jawatan GB DGA32,34&38 akan lupus secara soft landing..

Tapi, maaflah . Mana ada KPM nak buat transformasi perkhidmatan pendidikan. Mereka masih dgn dasar lapok sebelum merdeka...

guru siswazah lama berkata...

kalau guru-guru dari SR boleh berpindah ke SM tiada sebab guru-guru dari SM tidak boleh pegang jawatan di SR. Pokok pangkalnya kita mahu berubah atau tidak...

Jangan sangka guru SM tidak boleh mentadbir sebuah sekolah rendah. Kalau seorang guru boleh memimpin sekolah menengah yang lebih rumit jika dibandingkan dengan sekolah rendah tiada sebab mereka tidak boleh diturunkan dan mentadbir sekolah menengah dan untuk pengetahuan tanpa nama di atas ramai guru yang mengajar di sekolah menengah sebenarnya bermula di sekolah rendah.

Oleh itu, sekali lagi saya katakan tiada sebab guru SM tidak boleh turun ke SR untuk mentadbir sekolah.

Sebagai guru, kita kena buka minda dan sentiasa menerima perubahan. Kalau asyik dengan situasi lama maka sampai bila pun keadaan sekolah rendah yang asyik di belakang tidak akan berubah ..

Tanpa Nama berkata...

Ya...saya setuju guru SM ke SR utk jadi pentadbir...Yg penting pengalaman di SR perlu diambil kira. Tak sama suasana di SR dan SM. Kalau nak bawa budaya di SM ke SR, memang tak sesuai..

Guru SR ke SM hanyalah guru biasa. Lepas 8-10 thn, baru dpt naik pangkat jadi pentadbir. Sesuailah tu...

Apa pun, tak da siapa drp KPM nak buat benda ni....tak caya tunggulah.....

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kalau guru SR jadi pentadbir d SM..tentu ramai guru d SM akan resah gelisah dan akn terganggu mental mereka sbb selama ini mereka (guru SM) memandang rendah kebolehan guru SR..tu kenyataan.. Diakui juga tak semua guru SM yang punya kemampuan mentadbir...kaki lawan pengetua banyaklah sbb kononnya bawa ijazah dari oversea lebih tinggi darjatnya dari ijazah lapok pengetua..