Sabtu, 10 Julai 2010

Antara sebab kenaikan elaun pengetua tak dipertimbang

2010/07/10

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk laporan akhbar ini dalam ruangan surat bertarikh 25 Jun 2010 - 'Timbang kenaikan elaun tanggungjawab pengetua'.

Elaun pengetua kali pertama dilaksanakan di bawah pelaksanaan Dua Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mulai 1 Januari 1989 dengan kadar RM60 sebulan. Sekarang, elaun ini hanya diberi kepada pengetua sekolah gred B. Seterusnya kerajaan sudah membuat penambahbaikan terhadap elaun itu dengan menaikkan kadar daripada RM60 kepada RM100 sebulan mulai 1 Ogos 1993.

Berkuat kuasa 1 Januari 2001, semua PPP menyandang jawatan pengetua tanpa mengira gred penyandang dan gred sekolah layak dibayar Elaun Pengetua pada kadar RM150 sebulan. Bagi tujuan kebajikan pengetua di samping memberi penghargaan kepada PPP yang menyandang jawatan itu, kementerian pada 2008 mencadangkan elaun itu dinaikkan kepada kadar RM300 sebulan dan elaun guru besar daripada RM100 kepada RM200. Bagaimanapun, kerajaan selepas mengkaji permohonan itu tidak dapat mempertimbangkan pada masa itu berdasarkan perkara berikut:

(i)PPP yang dinaikkan pangkat ke jawatan pengetua berbeza daripada mereka yang dinaikkan pangkat secara ‘time-based’. Kenaikan pangkat secara ‘time-based’ perlu menggenapkan 10 tahun berbanding PPP yang dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi cemerlang tanpa perlu mengikut prinsip pemberian kenaikan pangkat secara ‘time-based’.

Peluang kenaikan pangkat pada masa kini adalah lebih baik berbanding dulu di mana mereka berpeluang menjawat ke gred yang lebih tinggi seperti gred DGA34 dan DGA38 bagi Guru Besar dan DG48, DG52 dan DG54 bagi pengetua dan pengetua cemerlang gred JUSA C; dan

(ii) Kerajaan bersetuju PPPS Gred DG41 dilantik di kalangan PPPLD dan memegang jawatan guru besar dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred DG44 sebagai guru besar selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar di gred DG41.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 10 Julai 2010

Tiada ulasan: