Rabu, 7 Julai 2010

Calon guru IPTA kena temu duga

2010/07/07

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk kepada SMS APIS1984:BHA32609 dalam ruangan Rakan@bh pada 23 Jun lalu.

Kementerian merujuk SMS Harap Kementerian Pelajaran mempercepatkan penempatan guru dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya pelajar program pendidikan sekolah rendah.

Sebagai makluman, semua graduan pendidikan lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk graduan UPSI perlu membuat permohonan ditemu duga dan dilantik sebagai guru sandaran terlatih (GST) sebelum ditempatkan ke sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web kementerian melalui aplikasi e-GST.

Selepas lulus temu duga, barulah calon ditempatkan ke sekolah berdasarkan jadual penempatan yang ditetapkan pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
Kegagalan calon memohon melambatkan urusan penempatan ke sekolah.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 7 Julai 2010

Tiada ulasan: