Selasa, 30 September 2008

Iktiraf guru kaunseling setaraf tanggungjawab

SAYA menyokong penuh pandangan 'Ahli PEKA' yang disiarkan ruangan ini, pada 20 September lalu, mengenai pengiktirafan peranan guru kaunseling.

Memang tidak dinafikan bahawa sekolah sering kali menganaktiri guru kaunseling. Mereka ini tidak diberi penghargaan padahal kalau dilihat daripada hiraki carta pengurusan sekolah, guru kaunseling bertanggungjawab terus kepada pengetua.

Mereka sepatutnya diajak berbincang bersama dalam mesyuarat mingguan pentadbir sekolah yang dianggotai pengetua, guru penolong kanan dan ketua bidang. Malangnya, kebanyakan sekolah tidak mengendahkan langsung perkara ini.

Perlu saya nyatakan di sini bahawa guru kaunseling menghadapi risiko yang tinggi apabila menghantar pelajar berkursus. Adakah keselamatan guru kaunseling ini terjamin kerana kita tahu malang tidak berbau.

Mereka juga menjadi guru bagi menggantikan guru cuti, sakit atau berkursus.

KAUNSELOR PRIHATIN,
Melaka.

Berita Harian Online: 30 September 2008

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kaunselor tmpt sy makan gaji buta saja, kerjapun sehingga jam 12.30 tghari.. sibuk urus ladang kelapa sawit dia.. xpecaya? datanglah buat lawatan mengejut di keningau, sabah..