Rabu, 3 Disember 2008

‘Bukan pinggir bahasa Malaysia’

PELAKSANAAN Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak bermakna kerajaan meminggirkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu terbukti apabila bahasa kebangsaan itu diguna pakai pada peringkat antarabangsa, apabila ia dijadikan salah satu kursus di Beijing, bagi melatih siswazah dari negara itu.

"Kadar penggunaan bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan memberangsangkan iaitu 59 peratus, walaupun PPSMI dilaksanakan.

"Tidak harus timbul kerajaan mahu meminggirkan bahasa Malaysia kerana kita perlu ingat bahasa kebangsaan adalah lingua franca dan bahasa perpaduan," katanya menjawab soalan Ismail Kasim (BN-Arau).

Berita Harian Online: 2 Disember 2008

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Karut. PPSMI jelas sekali membunuh bahasa Melayu dalam mata pelajaran itu. Bukan lagi soal meminggir.

Maka seterusnya buku-buku dalam mata pelajaran itupun akan tiada lagi dalam bahasa Melayu.

Kesimpulan, demi kelangsungan martabat dan maruah bahasa Melayu, PPSMI mesti ditentang.