Oleh Adha Ghazali
Pengantin lelaki mangsa nahas jalan raya
KANGAR: Sepasang guru agama melalui detik paling bersejarah dalam hidup mereka semalam, apabila terpaksa diijabkabulkan sebagai suami isteri di Wad Ortopedik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Malah, Mohd Firdaus Kamaruddin, 23, terpaksa menerima hakikat diijabkabulkan dengan pasangannya, Hafizah Abu Hashim, 25, dalam keadaan kaki kanan berbalut selain besi yang berceracak, selepas patah dalam kemalangan jalan raya di Kuala Perlis di sini, pagi kelmarin.
Firdaus berkata, berdasarkan jadual awal, majlis akad nikah dijadualkan berlangsung di rumah Hafizah di Sungai Petani, Kedah, pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya, perancangan itu terpaksa diubah pada saat akhir apabila dia ditahan selama seminggu di wad kerana patah kaki kanan, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menyambut Aidiladha di rumah neneknya di Kuala Perlis.
"Sejak pagi semalam (kelmarin) saya buntu dan tidak berhenti memikirkan penyelesaian, apatah lagi segala persiapan untuk akad nikah sudah dirancang.
"Apa pun, saya bersyukur kerana kemalangan itu tidak serius dan masih mampu menjalani upacara akad nikah, walaupun dalam keadaan kaki yang patah di katil hospital. "Mungkin kami sudah ditakdirkan untuk bernikah di wad hospital.
Apa pun, saya akan kenang saat ini kerana ia akan menjadi detik paling manis dan bersejarah kepada permulaan hidup kami bersama," katanya.
Berita Harian Online: 10 Disember 2008
Rabu, 10 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan