KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengarahkan Jabatan Pelajaran Kedah mendapatkan maklumat terperinci mengenai laporan sebahagian besar penagih arak murah di kalangan remaja di negeri itu membabitkan pelajar.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pihaknya juga meminta semua Pengarah Pelajaran negeri memberi perhatian dan memantau kegiatan berkenaan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil jika berlaku.
Katanya, jika benar kegiatan itu membabitkan pelajar, ia sesuatu amat mengecewakan kementerian, walaupun perbuatan meminum arak itu dilakukan di luar sekolah.
“Saya minta Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu termasuk daripada Urusetia Menangani Gejala Sosial Kedah yang diharap dapat membantu menangani kegiatan penagihan arak murah itu di kalangan pelajar.
“Saya berasa kecewa kerana ia bertentangan dengan usaha kementerian yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu pendidikan dan melahirkan modal insan berdisiplin dan cemerlang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Berita Harian Online: 1 Disember 2008
Isnin, 1 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan