Sabtu, 16 Julai 2011

Nota murid bongkar rahsia cikgu


BEBERAPA keping salinan gambar menunjukkan kelakuan
buruk seorang guru di Batu Caves, Selangor.


KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.

Kosmo Online: 16 Julai 2011

3 ulasan:

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Kalau benar insiden seperti yang dilapor maka itu menandakan ada bibit-bibit imej guru zaman kini mengalami kecelaruan otak(Schizophrenia).
Muga pihak KPM mengambil inisiatif awal dengan mewajibkab guru yang telah dikenalpasti untuk menjalani ujian Schizophrenia.
Harapan kami ibubapa semuga anak-anak kami selamat di sekolah.

Tanpa Nama berkata...

kenapa gambar hitam putih....macam gambar yg Dato' T hari tu je.. Zaman moden ni, buatlah gambar warna.

Tanpa Nama berkata...

memang ada cikgu yang ada masalah mental tapi tak diberhentikan tapi dibiarkan di sekolah. Sekolah lama saya pun ada sorang, sekolah kawan saya pun ada sorang. Yang hairannya, bahagian perjawatan atau mana2 pihak yang bertanggungjawab tidak menukarkan guru-guru ini ke pejabat-pejabat atau mana-mana yang kurang interaksi dengan ramai orang. Sebaliknya, ditukarkan ke sekolah-sekolah luar bandar atau yang dekat dengan kampung mereka.