Sabtu, 8 November 2008

Bekas pegawai PPD ditemui mati


ANGGOTA polis forensik mengangkat mayat Ahmad Noor selepas ditemui mati akibat serangan penyakit jantung di Jalan Penjara Lama,Pekan Melayu, Alor Star semalam.


ALOR STAR - Bekas Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Star, Ahmad Noor, 56, dijumpai mati selepas dipercayai diserang penyakit jantung di Jalan Penjara Lama, Pekan Melayu di sini semalam.

Ahmad Noor yang juga suami kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Hasnah Ismail ditemui dalam keadaan tertiarap di kaki lima sebuah rumah kedai oleh orang ramai kira-kira pukul 6.50 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Star, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah berkata, dari siasatan awal mendapati bahawa mangsa pernah menjalani pembedahan pintasan jantung.

Menurutnya lagi, polis juga tidak menjumpai sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai kematian mengejut.

"Allahyarham dipercayai diserang sakit jantung sebelum rebah di kawasan tersebut.

"Tiada sebarang kesan menunjukkan mangsa disamun, dirompak, dipukul dan dicederakan kerana semua barang milik mangsa ada bersamanya," katanya di sini semalam.

Kosmo Online: 7 November 2008

Tiada ulasan: