Rabu, 5 November 2008

Tambah IPG tampung kekurangan 35,000 guru

sambil diperhatikan Satinah (kanan)." title="RAMAH...Razali bersalam dengan pelajar antarabangsa di IPBA,
sambil diperhatikan Satinah (kanan)." border="0" height="215" width="300">
RAMAH...Razali bersalam dengan pelajar antarabangsa di IPBA,
sambil diperhatikan Satinah (kanan).

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menubuhkan beberapa lagi institusi perguruan (IPG) bagi menampung kekurangan kira-kira 35,000 guru untuk ditempatkan di 10,000 sekolah menengah dan rendah seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata langkah itu sebahagian usaha dan gerakan reformasi kementerian bagi melahirkan guru lebih berkualiti untuk mendidik anak bangsa.

Selain itu, katanya, semua guru sekolah menengah dan rendah di seluruh negara perlu melengkapi diri dengan ijazah sebagai syarat kelayakan utama untuk menjalankan tugas mendidik menjelang 2010.

“Ketika ini ada kira-kira 10 peratus lagi guru di sekolah menengah tidak mempunyai ijazah manakala hanya 30 peratus mempunyai ijazah di sekolah rendah,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama kira-kira 350 pelajar dan pensyarah Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah IPBA, Satinah Saleh dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Abd Halim Abd Razak.

Selain itu, katanya, bagi mencapai hasrat mempertingkatkan kualiti pendidikan, pihaknya juga sedang membuat tinjauan mengenai tahap kelayakan bahasa Inggeris guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains.

myMetro Online: 4 November 2008

Tiada ulasan: