Khamis, 7 April 2011

Cadangan beri kelonggaran Sains, Matematik dalam BI dikaji

2011/04/07

DATUK Seri Najib Razak berkata kerajaan masih mengkaji cadangan sekumpulan ibu bapa supaya diberi kelonggaran kepada anak mereka yang ingin mengikuti pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Katanya, ketika ini kerajaan tidak membuat sebarang komitmen berhubung cadangan itu tetapi pada masa sama menilai hasrat ibu bapa terbabit.

“Kementerian Pelajaran akan mengkaji sama ada kelonggaran boleh diberikan kepada mereka yang ingin belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.
“Selepas kajian itu, barulah kerajaan akan membuat keputusan berhubung cadangan itu,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas mengakhiri lawatan tiga hari ke Korea Selatan, semalam.

Mengenai tayangan video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, Najib berkata: “Saya tidak mahu komen sebab dari awal lagi, perkara ini sesuatu yang perlu dinilai oleh rakyat sendiri.”

Berhubung tindakan sekumpulan rakyat Sabah mengumpul tandatangan untuk mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan mengenai masalah pendatang tanpa izin di negeri itu, Najib berkata, mereka boleh menghantar memorandum dan kerajaan bersedia menimbang cadangan mereka.

Katanya, kerajaan mengakui isu pendatang itu satu masalah besar dan langkah berterusan diambil oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri.

Berita Harian Online: 7 April 2011

3 ulasan:

Raden berkata...

nk jadik cikgu....

Tanpa Nama berkata...

Udah-udah le tu.......

Madame A berkata...

Kalau PM kata "Kementerian Pelajaran akan mengkaji .......belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris" - ini bermakna ada harapan bahawa PPSMI akan u-turn sekali lagi?