2011/04/07
KUALA TERENGGANU: Seorang (BI) guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah agama di Ladang, di sini ditahan selepas polis menemui ketulan mampat dipercayai ganja seberat 371 gram ketika serbuan di rumahnya di Jalan Hiliran di sini, awal pagi kelmarin.Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, guru berusia 40 tahun berada di dalam bilik tidurnya dan pemeriksaan badan yang dibuat terhadapnya menemui wang tunai RM3,250 dalam genggaman tangannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata pemeriksaan dalam bilik menemui dua kotak yang di dalamnya terdapat ketulan mampat disyaki ganja.
“Kita menganggarkan nilai dadah yang dirampas sebanyak RM2,000 dan polis tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan pelajar sekolah sebagai sasarannya untuk menjual barang terlarang ini,” katanya.
Berita Harian Online: 7 April 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan