Ahad, 10 April 2011

'Pendidik mesti jujur bertugas'

2011/04/10

TANAH MERAH: Segelintir daripada 40,000 penjawat awam yang terbabit dalam sektor pendidikan di negeri ini dikesan gagal melaksanakan amanah diberikan kepada mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan), berkata beliau kesal kerana masih ada yang mengkritik kerajaan, tanpa mengutamakan amanah diberikan.

Katanya, penjawat awam harus sedar mereka sebenarnya menggunakan duit rakyat untuk pembayaran gaji selain sebagai pemegang amanah terutama dalam menghasilkan modal insan berguna kepada agama, masyarakat serta negara.
“Kumpulan penjawat awam terbesar di negeri ini terbabit dalam sektor pendidikan dan mereka perlu amanah dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan walaupun segelintirnya menentang kerajaan (Pusat).

“Saya minta penjawat awam tidak mengkhianati amanah kerajaan kerana ia bertujuan mendidik anak bangsa oleh itu mereka perlu fahami dasar kerajaan serta menyokongnya,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Taklimat Keselamatan dan Penjelasan Isu Keselamatan Negara kepada 1,000 warga pendidik negeri ini di Pusat Dakwah Jeli, Bukit Nangka, semalam.

Mustapa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, menasihatkan warga pendidik supaya tidak fanatik terhadap isu tertentu terutama membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, sebagai seorang pendidik, mereka perlu membuat pertimbangan rasional dalam memilih pemimpin masa depan bagi memastikan bukan saja negara maju, malah pembangunan modal insan rancak berkembang.

“Anwar bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri dan beliau seharusnya mempunyai akhlak yang baik selain tidak dibelenggu d pelbagai kontroversi. Orang seperti ini sukar menjadi pemimpin, kalau berjaya pun, akan menjadi pemimpin yang lemah,” katanya.

Berita Harian Online: 10 April 2011

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JUJUR maksudnya guru menjalankan tugas mereka utk mengajar murid semasa waktu persekolahan.

JUJUR tidak bermaksud guru tidak boleh mengkritik kerajaan. Banyak kritikan guru adalah yg membina & patut diambil perhatian.

Guru bukannya lembu yg boleh dicucuk hidung dan diheret ke sana sini sesuka hati.

Guru mesti menjalankan tugas mengikut kerajaan semasa yang memerintah.

JUJUR juga bermaksud guru bebas memilih mana-mana parti yg mereka suka tetapi jgn abaikan tanggungjawab mengajar.

mafrel berkata...

Jujur dan amanah adalah dua sifat kemanusiaan yang amat terpuji untuk diamalkan. Lagi bagus sifat ini diamalkan secara tidak berpilih (pilih bulu).
Oleh kerana warga guru merupakan majoriti utama Penjawat Awam (PA) maka setiap perlakuan, tindakan, pandangan akan segera ditafsir / dianalisa secara cepat oleh media dan orangramai.
Berpeganglah kepada amanah untuk mendidik anak bangsa Malaysia dengan jujur dan ikhlas.
Soal politik (ketentuan kuasa dan bagaimana kita mengurusnya) adalah tanggongjawab di luar sekolah.
Seharusnya semua PA mempunyai mentaliti yang waras dan sihat untuk berkhidmat kepada negara.
- bapa prihatin, jelawat, bachok

emi nizam berkata...

x paham la tang mana beliau kata guru ni x beramanah dalam menjalankan tanggungjawab. fokus guru tentu saja berkait rapat dengan PnP di kelas n akademik. segala apa yang berlaku dalam pendidikan dilaksanakan dengan baik dan komited. bukan satu dua perubahan dalam pendidikan yang berlaku, bahkan banyak sehingga dirasakan guru sebagai pelaksanan dasar pendidikan dan murid yang menerima dasar seolah-olah menjadi bahan ujikaji sejauhmana keberkesanan sesuatu dasar tu. amanah apa lagi yang beliau timbulkan? oleh kerana gaji guru itu adalah daripada wang rakyat yang membayar cukailah guru2 cuba sedaya upaya berusaha dengan penat lelahnya mengajar n menerapkan pengetahuan dalam diri murid demi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik.

guru 1Malaysia berkata...

kritik BN bermaksud x amanah la yek, kesian cikgu, sampai camtu sekali cercaan yang diterima. Segala jasa dan kepakaran menjalankan P&P ghaib begitu sahaja jika tegur atau kritik kerajaan. Lepas ni guru jadi lembu lah, dasar apa pun walau memudaratkan WAJIB ditaati tanpa banyak soal.