Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my
2011/04/26
SELEPAS dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) digantikan kepada Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), guru yang menerima Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) resah dengan dakwaan elaun berkenaan mungkin dimansuhkan tahun depan.Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata walaupun pihaknya menyambut baik transformasi pendidikan itu, namun mengharapkan jika ada cadangan menarik balik elaun berkenaan, pelaksanaannya perlu dilakukan beransur-ansur.
Beliau berkata, KGMMB meminta supaya guru yang tidak mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris saja ditarik BISP, manakala yang masih mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris dikekalkan sehingga pelaksanaan MBMMBI 2016.
Memandangkan perubahan mengikut keperluan semasa, wajar bagi kementerian membuat penelitian kerana proses pengajaran kini semakin kompleks dan pembayaran BISP dilihat sebagai imbuhan wajar.
Sementara itu, Mohamed Sabri berkata, bagi memantapkan proses pengajaran sedia ada, kesatuan mencadangkan guru opsyen bahasa Inggeris mengajar sekurang-kurangnya 20 hingga 25 waktu seminggu, kecuali sekolah yang mempunyai lebihan guru opsyen dan sekolah kurang murid.
Pelaksanaan itu kata beliau, bertujuan mengekalkan kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang dikuasai mereka.
Secara dasarnya KGMMB katanya, bersetuju dengan transformasi pendidikan itu kerana kajian `Global Trends in Mathematics and Science Studies’ majalah Times mendapati kedudukan Malaysia dalam pencapaian bagi mata pelajaran peringkat 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira merosot.
“Hasil kajian mendapati pencapaian negara menurun pada kedudukan 20 pada 2007 berbanding 10 pada 2003, sedangkan tiga pencapaian tiga peperiksaan umum mencatatkan peningkatan A,” katanya.
Mohamed Sabri berkata, penstrukturan bayaran BISP itu juga baik untuk mengurangkan rasa tidak puas hati guru yang tidak menerima imbuhan berkenaan walaupun mereka mengajar subjek penting seperti bahasa Malaysia di sekolah aliran Cina dan Tamil serta bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan.
Bagi memantapkan KSSR pula, beliau berkata, kesatuan mencadangkan jika BISP yang ditarik balik, peruntukan sedia ada perlu digunakan untuk memperkasakan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mewujudkan makmal bahasa melalui pengubahsuai makmal komputer sedia ada.
Berita Harian Online: 26 April 2011
13 ulasan:
Saya sokong BISP digugurkan kerana ramai juga guru BI yang menerima BISP tetapi tidak menjalankan tugas seperti yang dikehendaki oleh KPM.
Kalau mereka menjalankan tugas dengan baik ramai sudah guru-guru Sains dan Matematik yang fasih bercakap BI. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya
Saya setuju ditarik balik, sebaliknya diberikan kpd Guru subjek yg benar-benar kritikal spt BM di SJK BI di SK tetapi jgn beri dlm bentuk imbuhan 10%@5%. Sebaliknya wang tersebut dituntut bedasarkan perbelanjaan guru utk meningkatkan prestasi murid spt pembelian kamus, buku latihan, modul pembelajaran untuk guru dan kamus.
Selama ini, duit BISP digunakan utk bayar hutang bulanan cikgu. Nak fotostat latihan murid pun berkira.
Satu lagi"
Sementara itu, Mohamed Sabri berkata, bagi memantapkan proses pengajaran sedia ada, kesatuan mencadangkan guru opsyen bahasa Inggeris mengajar sekurang-kurangnya 20 hingga 25 waktu seminggu, kecuali sekolah yang mempunyai lebihan guru opsyen dan sekolah kurang murid"
TLG LA KGGMB(KESATUAN TAK POPULAR) WAKTU MENGAJAR 20-25 WAKTU TU BIARLAH UTK SEMUA GRED SEKOLAH. ADA YG TAK TAHU, MEREKA INGAT SKM(YG LEBIH 100 MURID) TU, CIKGUNYA RELAX KA. MAI LA MENGJAR SINI,BARU TAU.
Mansuh BISP, ramailah cikgu2 yang gaji bersihnya kurang 40%.
Tolonglah. Jgn mansuh dulu. Nak bayar duit hutang kereta tak habis lagi ni.
satu lagi yang paling patut kena tarik bisp ialah cikgu bahasa inggeris..mereka ini sememangnya guru opsyen sepertimana cikgu bahasa melayu..saya tak nampak apa yang penting sangat untuk diberi kepada mereka..kalau bagi kat mereka maka patut juga untuk guru bahasa melayu..macam tu la..adakalanya dilayan seperti anak tiri
Jangan salahkan guru B.I bila guru m3 dan sn tidak menguasai B.I kerana semuanya berpunca dari diri sendiri sama seperti murid. Kita ajar semua yang perlu supaya dapat menguasan B.I tetapi hanya segelintir yang mampu mengikutinya kerana mereka sendiri tidak membuat kerja tambahan untuk membantu mereka menguasai B.I. Guru B.I bukan boleh buat miracle, cuma membantu yang membuat perubahan adalah indidividu itu sendiri.. Individu tersebut mestilah mempunyai kesanggupan untuk belajar lebih .
Jangan salahkan guru B.I bila guru m3 dan sn tidak menguasai B.I kerana semuanya berpunca dari diri sendiri sama seperti murid. Kita ajar semua yang perlu supaya dapat menguasan B.I tetapi hanya segelintir yang mampu mengikutinya kerana mereka sendiri tidak membuat kerja tambahan untuk membantu mereka menguasai B.I. Guru B.I bukan boleh buat miracle, cuma membantu yang membuat perubahan adalah indidividu itu sendiri.. Individu tersebut mestilah mempunyai kesanggupan untuk belajar lebih .
salam..BISP buat kami guru bahasa Inggeris adalah satu miracle,bonus,durian runtuh yg kerj.berikan .Kenapa hendak pertikaikan subjek bm dan bi di mana kedua2nya adalah sgt berbeza,kami tidak dilahirkan di Britain terus berckp b.i ,kami struggle belajar dan mengajar...anda guru b.m lahir dah berckp melayu......ambik tmpt kami dan kami ambik tmp cikgu ok tak.....
guru bi telah bekalkan jadual untuk guru2 m3 dan sains untuk hadir kelas bi . ramai yang tidak dtg ....ada juga yg dtg ,kami teruskan juga walaupun 4 atau 5 org sahaja, fenomena di sekolah adalah berbeza jgn pandai hendak mununding jari shj.Keberkesanan P@P adalah bergantung pada individu,kesedaran dan tanggungjawab adalah sgt penting .BISP mansuh atau tidak ,jika itu adalah amanat ,teruskan jg .Kenapa 3 golongan yg mdpt BISP menjadi sasaran....hairan..wassalam
Saya setuju jika elaun BISP ditarik balik kerana selama ini pemberiannya tidak adil kpd pihak yg sepatutnya dapat. Misalnya sekolah rendah 10% manakala sekolah menengah 5%, padahal pengajaran di sekolah menengah lebih susah jika dibandingkan. Ada guru DG41 yg mengajar di sekolah rendah dapat 10% manakala DG41 sekolah menengah dapat 5% saja. Ada guru yang telah mengajar lebih 3 tahun tapi belum memohon elaun ini kerana tiada sijil Etem. Saya rasa elok elaun kritikal diberikan kepada guru K.Hidup kerana beban mereka lebih teruk kerana banyak kerja kursus pelajar dan tiada pembantu bengkel. Guru-guru K.Hidup terpaksa mengemas sendiri dan mengira stok barang2. Banyak masa dihabiskan di bengkel. Kalau guru subjek lain tamat masa terus keluar kelas sahaja.
BISP saya sebanyak 5% telah dimansuhkan dalam gaji Januari 2012.Oleh itu kini saya mengajar 100% dalam BM sahaja walaupun semasa Tahun 4 dan 5 murid-murid ini belajar dalam BI...apa nak buat, itu kehendak Kementerian kan!
Kita sama-sama warga pendidik harap bersatu hati dan membantu sesama kita barulah kesatuan kuat. Segala apa yang kita minta untuk kita akan ditunaikan. Tapi kalau masing-masing dengki dan hasad dengan rezeki kawan-kawan maka kita juga akan rugi. Harap pemansuhan bayaran BISP biarlah dilaksanakan dengan berhemah dan soft landing. Mana-mana bayaran yang telah dilakukan tu janganlah mintak balik. Berhentikan mengikut tarikh semasa jangan sampai guru itu terasa dianiaya kerana kesannya amat buruk untuk imej pendidikan kita!!!!!!!!!!!
Kenapa elaun 5 peratus ini menjadi suatu isu yang menimbulkan rasa dengki guru-guru bukan opsyen bahasa inggeris? jawatan jawatan besar di peringkat atasan dapat macam macam elaun tidak dipertikaikan? pelik lah
Catat Ulasan