Jumaat, 8 April 2011

Pukul cikgu

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.
SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.

“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

myMetro: 8 April 2011

8 ulasan:

Raden berkata...

waa...zaman da berubah..dulu saye nmpak cikgu sebatu lagi da kecut perut da walaupon tak buat salah..

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kata. Anak-anak hari ni kurang ajar, biadap, tidak berakhlak MUNGKIN berpunca drp sumber rezeki ibu bapa yang HARAM dan dimakan oleh anak-anak.

Hati jadi gelap.
Marilah kita sama-sama beringat.

Aida Ali berkata...

Onak duri kerjaya seorang guru....

Tanpa Nama berkata...

Humban saja budak tu ke kadang harimau Kat Zoo Negara. Ada juga fekdahnya utk harimau.

Mr. Deen berkata...

Apabila emosi lebih menguasai fikiran berbanding kewarasan dan keimanan...

Tanpa Nama berkata...

Sapalah mak bapak budang ni. Malang sungguh.

bapa prihatin, Israel berkata...

kita jangan salahkan murid, guru itulah yang bersalah. Kami para ibu bapa prihatin kesal dan sedih kerana murid itu ditahan tanpa usul periksa. Apa perasaan ibu bapanya nanti.

Rawatan Islam Darul Khalish berkata...

Assalamualaikum sahabat2 blog PP.
Sememangnya isu pelajar samseng bukan sahaja di sekolah. Kes yang berlaku di Perlis menunjukkan bahawa pelajar berkenaan mmg mempunyai masalah di luar sekolah. Si Samseng ini, juga dikatakan berkelakuan biadap di kampungnya. Dia juga menjadi "gangster" dan khidmat sentiasa diperlukan dalam menyelesaikan kes pergaduhan. Pada hari kejadian tersebut dia telah membawa sebatang kayu untuk memukul pelajar lain sebelum menumbuk guru perempuan yang cuba menghalang tindakan si samseng itu. Setelah dihalang, samseng itu, melepaskan tumbukan ke muka guru berkenaan.

Berkali-kali pelajar ini terlibat dalam pergaduhan di sekolah itu...cuba bayangkan jikalau guru itu tidak menjadi penghalang sudah tentu pelajar lain akan menjadi mangsa samseng berkenaan. Cuba bayangkan kecederaan yang mungkin dialami oleh pelajar yang dikatakan menjadi sasaran samseng itu dengan pukulan kayu meja patah yang masih mempunyai skru.

Guru bukan seorang individu yang boleh dikatakan sebagai punca masalah di sekolah. Tindakan seseorang guru itu bergantung kepada tindakan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin tegar. Mereka ini tidak ada minat untuk bersekolah, dan kehadiran mereka merosakkan intitusi pendidikan itu sendiri. Secara tak langsung mereka ini juga memberi contoh negatif kepada pelajar-pelajar lain.

Anak-anak ini mungkin menunjukkan tingkah laku baik sebagai lakonan di pentas ibu bapa, tetapi di luar kawalan ibu bapa mereka adalah kepala samseng yang amat ditakuti pelajar-pelajar lain.

Ibubapa seharusnya memainkan peranan dalam membantu guru-guru menjalankan proses mendidik anak-anak mereka dan bukannya menekan guru-guru dengan tohmahan yang keterlaluan. Guru juga adalah manusia yang mempunyai hati.

Hanya guru yang memahami dunia perguruan.