2011/04/06
KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat 'Abang Chor, Ipoh, Perak', dalam ruangan ini bertarikh 29 Mac lalu bertajuk 'guru lama dakwa susah naik pangkat'.Jawatan Penolong Kanan adalah jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (hakiki) dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.
Untuk pengetahuan, buat masa ini, masih belum wujud jawatan Penolong Kanan, PPPS Gred DG41 dalam skim perkhidmatan di kementerian.
Pengisian jawatan itu perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.
Pengadu ketika ini adalah PPPS dan tidak lagi sebagai PPPLD. Oleh itu, sebagai PPPS, pengadu boleh menikmati urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat melalui Laluan Hakiki, Laluan Cemerlang dan Laluan Time-Based.
Oleh itu, beliau berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan di dalam skim perkhidmatan PPPS, bagaimanapun kenaikan pangkat itu tertakluk kepada wujudnya kekosongan jawatan kenaikan pangkat PPPS.
Pihak Kementerian tidak dapat mempertimbangkan PPPS Gred DG41 untuk memegang jawatan Penolong Kanan, PPPLD Gred DGA32 disebabkan pengadu sudah dilantik sebagai PPPS DG41 yang secara automatik meletakkan pengadu berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online: 6 April 2011
3 ulasan:
JAWAPAN yg dah selalu dgr. Menyampah. Tak pro aktif...bANYAK TIDUR..
Kenaikan pangkat guru di Sabah tidak mengikut kekanan dan bebanan tugas guru
Habis tu mereka ikut "kekirian" ke? Senioriti tak perkara kedua. Yg UTAMA tahu buat kerja sbg pentadbir.
Lagi satu PPPLD dah tak releven lagi utk menjadi pentadbir dlm tempoh 5 akan dtg nak seterusnya.
Catat Ulasan