Selasa, 19 April 2011

Guru dituduh edar 371 gram ganja

2011/04/19

Abdul Karim Mohammad
Abdul Karim Mohammad
KUALA TERENGGANU: Guru bahasa Inggeris di sekolah agama di Ladang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengedar dadah di rumahnya di Jalan Hiliran, awal April lalu.

Abdul Karim Mohammad, 40, dituduh mengedar dadah jenis ganja seberat 371 gram di rumahnya di Jalan Hiliran pada 6 April lalu kira-kira jam 1 pagi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Pendakwaan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah, Mohd Rusli Ahmad dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh berpakaian lokap warna oren sempat bersalam dan mencium isterinya yang duduk di barisan depan di galeri awam ketika dibawa keluar daripada kandang tertuduh, sambil isterinya memberikan kata semangat kepadanya.

Mohd Rusli menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Akhbar awal bulan ini melaporkan, guru sekolah agama di Ladang ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja seberat 371 gram ketika serbuan di rumahnya di Jalan Hiliran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata siasatan awal polis mendapati suspek adalah penagih dan ujian air kencing mendapati bapa tiga anak itu positif ganja dan polis tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan pelajar sekolah sebagai sasarannya untuk menjual dadah berkenaan.

Berita Harian Online: 19 April 2011

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Media massa Malaysia begitu mudah memaparkan 'muka-muka' dan 'nama-nama' Orang Kena Tuduh (OKT).

Jelas OKT hanya boleh disabitkan kesalahan apabila mahkamah mendapati OKT bersalah.

Mutakhir ini ramai Penjawat Awam (Pegawai Kastam, Imigresen, Guru, etc) yang menjadi mangsa lensa Media Massa.

Saya tidak berniat untuk melindungi sesiapa hatta penjenayah sekalipun namun kekadang mahkamah di akhir perbicaraan memutuskan 'tiada kes''didapati tidak bersalah', etc.

Usahlah kita mendahului Mahkamah.

Peringatlah diri kita dan keluarga kita ke arah jalan kehidupan yang diredhai Allah swt. Dunia adalah medan ujian menuju Akhirat.
- Bapa Prihatin, jelawat, bachok

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...sepatutnya kalau dah dijatuhi hukuman bersalah barulah boleh paparkan wajah mereka.

Media kita hari ni dah tak fikir dosa pahala.

Tanpa Nama berkata...

Memadai adanya sebab/keterangan dia dituduh di mahkamah berkaitan dengan kes tersebut.. walaupun belum terbukti kesalahan.. pihak pendakwaan takkan tuduh seseorang tanpa keterangan yang mencukupi..

kamanuk64 berkata...

Hai..kalau betul ...KPM buang sahaja guru macam ni. Diluar sana ramailagi bakal guru yang lebih baik.

guru ini tak gunapunya lah..