KOTA BHARU: Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan termasuk mencabul kehormatan dan cubaan merogol pelajarnya, antara Mac hingga April 2007.
Guru terbabit, Mohd Nasir Ab Rahman, 52, dari Kampung Gual Nering, Rantau Panjang, turut didakwa memiliki koleksi gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya.
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu sebaik tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Madihah Zainol, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Ridzuan Muhamad.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 15 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya dalam bilik Unit Peperiksaan SMK Rantau Panjang, kira-kira jam 3.30 petang pada 16 Mac 2007.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa cuba merogol mangsa di sebuah rumah dekat Kampung Gual Nering, jam 12 tengah hari pada 14 April 2007.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Nokia N90 dan komputer riba jenis Acer berwarna perak di Balai Polis Rantau Panjang kira-kira jam 11.25 malam, pada 24 April 2007. Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Che Mohamad Zulkifly membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita Harian Online: 24 Februari 2009
3 ulasan:
Nak termuntah....umur 52 tahun, perangai macam ni????
inilah yang dikatakan haruan makan anak, cikgu ooo cikgu. cikgu didik murid dalam pelajaran sex lah tu.
yg ni ok..sbb pendidikan sex lah tu.mungkin guru nak ajar cara amali dan praktikel kot..heheheh.baik punya...
Catat Ulasan