Isnin, 9 Februari 2009

Ibu bapa risau sekolah tak telus kadar yuran PIBG

SAYA menghadiri satu mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan sepanjang mesyuarat itu, nampaknya topik panas ialah isu pungutan wang yuran dan derma yang ditetapkan jumlahnya dijadikan sebagai usul penting perbahasan.

Ada ibu bapa tidak puas hati dengan cara mendapat persetujuan untuk memungut yuran dan wang derma.

Sekolah hanya akan memaklumkan jumlah yuran PIBG selepas ibu bapa mengundi menyokong tanpa menjelaskan jumlah siling.

Ini sangat tidak adil kerana ibu bapa tidak dapat membahaskan jumlah sebenar dalam mesyuarat.

Tidak cukup ibu bapa kena bayar yuran PIBG, timbul pula usul seterusnya, iaitu ibu bapa diminta menderma kepada sekolah.

Jumlah derma itu pula agar besar juga. Jadi, ada ibu bapa tidak puas hati. Belum habis mesyuarat mereka yang tak puas hati tadi keluar dewan. Perbuatan itu tidak baik.

Saya ingin meminta majlis permuafakatan PIBG kebangsaan agar menetapkan jumlah siling yuran setiap sekolah mengikut jumlah pelajar supaya ibu bapa berpuashati dan tidak mempertikaikannya.

Kepada sekolah, janganlah jadikan PIBG sebagai alat untuk menekan ibu bapa bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

Kerajaan menyalurkan wang yang banyak untuk sekolah dan terkini, setiap PIBG mendapat bantuan kerajaan.

Jadi, ibu bapa mempertikaikan alasan sekolah meminta ibu bapa membayar yuran dan derma pada kadar yang agak besar juga.

Diharap sekolah jangan merosakkan imej kerajaan sekarang yang ikhlas membantu rakyat.

MATA KEPALA KERAJAAN,
Jelebu,
Negeri Sembilan.


Berita Harian Online: 9 Februari 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul. Saya tertanya-tanya juga. Sekolah anak saya ada membahagikan setiap orang anak untk satu sekolah. 1. Perkeluarga -RM90, 2.perIndividu - RM30.
Maksudnya sekiranya saya 2 org anak 1 sekolah saya perlu bayar RM 150. Seorang bayar RM120 yg sorg lagi bayar RM30.
Sekiranya 3 org anak? RM180...
Dgn keadaan sekarang. Sekolah kerajaan memang x dapat peruntukan dari badan kerajaan ke? Atau memang ibu bapa yg perlu tanggung kos penyelenggaraan sekolah?