Ahad, 15 Februari 2009

MCA mahu Matematik, Sains guna bahasa ibunda

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu bahasa ibunda digunakan semula dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Beliau berkata, kebanyakan murid di sekolah rendah ada masalah memahami dua subjek penting itu apabila diajar menggunakan bahasa Inggeris berikutan kekurangan pendedahan terhadap bahasa antarabangsa berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, penggunaan bahasa Inggeris sebagai penghantar dalam subjek Sains dan Matematik perlu diambil kira bagi sekolah menengah dan peringkat lebih tinggi.

“Kita kena ambil kira masalah murid yang tiada pendedahan bahasa Inggeris,” katanya selepas merasmikan Persidangan Bahasa Cina anjuran Majlis Piawaian Bahasa Cina di sini, semalam.

Berita Harian Online: 15 Februari 2009

Tiada ulasan: