Selasa, 19 Julai 2011

Cikgu berkelakuan pelik didakwa sakit jiwa

KUALA LUMPUR - Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Batu Caves yang didakwa sering memaki serta melakukan gangguan seksual terhadap murid-muridnya dipercayai mengalami gangguan mental.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit, Ramlan Suparman, pihaknya telah dimaklumkan bahawa guru itu mengalami masalah kesihatan dan mempunyai surat perakuan perubatan.

"Difahamkan guru tersebut ada masalah kesihatan dan ada surat doktor. Kami sudah bawa perkara ini untuk dibincangkan dengan pengurusan sekolah selepas laporan mengenai kejadian ini didedahkan dalam akhbar dan atas desakan ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menjadi mangsa.

"Saya yakin tindakan sudah diambil oleh pihak sekolah namun, sebagai penjawat awam, mereka perlu mengambil tindakan berdasarkan prosedur dan tatacara yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! pada Sabtu lalu mendedahkan mengenai tindakan pelik seorang guru yang didakwa melakukan gangguan seksual selain kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan tanpa sebab.


Kosmo Online: 19 Julai 2011

2 ulasan:

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Sudah terang lagi bersuluh (sijil penyakit mental dah ada) buat apa ditunggu lagi .... simpan saja guru ini dalam Wad Psikiatrik.
Minta diadakan Medical Board ...

Selamatkan anak-anak kita daripada guru-guru berpenyakit mental.

Puan Kamariah Youb berkata...

juga selamatkan anak2 kita semua dr guru pro pembangkang. Sewajarnya para guru perlu diwajibkan menjadi ahli UMNO sebagai lambang kesetiaan pada negara