Sabtu, 30 Julai 2011

Guru mesti ikhlas, henti merungut

2011/07/30

SEJAK akhir-akhir ini pembaca sering didedahkan dengan pelbagai isu mengenai ketidakpuasan hati golongan guru di Malaysia terutama selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai kenaikan pangkat Pengetua dan Guru Penolong Kanan.

Isu pangkat, tempoh berkhidmat, perpindahan, penempatan, guru terpinggir, guru dilupakan dan banyak lagi diutara melalui media.

Saya berpendapat seharusnya golongan ini lebih ikhlas dalam menjalankan tugas harian. Berbeza dengan pendidik masa dulu, isu naik pangkat atau gred amat jarang didengar. Mungkin ada, tetapi disalurkan melalui saluran betul.

Maaf jika dikatakan corak pemikiran pendidik kini mungkin berubah. Ada yang ‘berkelahi’ secara terbuka dalam media mengenai ketidakpuasan sesama mereka.

Oleh itu pendidik sekalian, mari kita muhasabah diri. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga menyinggung perasan orang lain. Sedarlah terlalu besar amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kalian untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Jika hendak dikirakan beban tugas, mari kita renungkan rakan kita yang bertugas sebagai polis. Kerja siang, malam; tidak balik rumah, tinggalkan anak isteri dan macam-macam lagi sehingga menggadaikan nyawa. Tetapi mereka tidak pernah merungut di akhbar. Ada anggota polis hanya berbuka puasa sambil bertugas di tepi jalan.

Mungkin sukar pada zaman ini untuk mencari di mana pendidik setaraf Ghafar Baba dan Pendeta Zaaba. Guru yang ada sekarang mungkin hanya guru yang tidak pernah bercita-cita menjadi pendidik tetapi kerana sudah tiada kerja lain maka terpaksalah jadi guru.

FAISAL MOHAMAD,
Putrajaya


Berita Harian Online: 30 Julai 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kau duduk dlm profesion perguruan barulah kau tahu betapa Skim Perkhidmatan Pendidikan sudah jadi cacamerba, bercelaru malah ada yang melucukan....

paling senang kalau nak tahu..... Ketua Jabatan mempunyai gred yg lebih rendah drp org bawahan.

Ini tak berlaku pada jabatan lain tau.....

Tanpa Nama berkata...

Sangat tak bersetuju...

guru lama berkata...

Biasalah ada guru yang suka komplen tapi tiada kerja. Tak tau pun buat kerja hanya mulut sahaja pom-pam,pom-pam. Bila di suruh banyak alasan...Jadi inilah yang cakap tin kosong..

cakap tak serupa bikin

Tanpa Nama berkata...

pertama, kita kena kaji rungutan guru, tak boleh lah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan... sebab antara banyak-banyak kaki komplen, ada juga yang atas sebab yang rasional. antara sebab ada diantara PK yang tidak layak naik pangkat menjadi guru besar atau pengetua. sebagai contoh, seorang PK yang langsung tak pernah masuk kelas (mengikut jadualnya)... tak hadir sekolah tanpa sebab,,, tiba2 jadi ketua pentadbir

Tanpa Nama berkata...

Memang majoriti komplain guru tu ada rasionalnya.

Tak kan cikgu nak jadi lembu dicucuk hidung KECUALI menang ada cikgu jenis itu.

Gurulah yg paling banyak kompalin pasal perkhidmatan mereka dlm akahbar. Sebab apa? Sebabna perkhidmatan pendidikan banyak yg perlu diperbetul sebab sudah ketinggalan zaman.