Isnin, 25 Julai 2011

Insentif kenaikan pangkat punca pegawai JPN, PPD ‘rujuk’ jadi guru

2011/07/25

SAMBUTAN Hari Guru 2011 sangat memberi makna kepada pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan kokurikulum yang sedang bertugas di sekolah menengah.

Berita gembira diumumkan Timbalan Perdana Menteri bagi pihak Perdana Menteri, iaitu semua pemegang jawatan di atas akan menerima insentif yang menjadi impian mereka.

Menerusi pengumuman itu, semua pengetua sekolah menengah dinaikkan pangkat DG52, manakala penolong kanan pentadbiran (PK1), penolong kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan penolong kanan kokurikulum (PK Koko) dinaikkan kepada DG48 mulai 1 Januari 2012. Namun, sebahagian daripada pemegang jawatan itu memang berada dalam gred DG48 dan DG52.

Banyak pihak berasakan pemberian insentif ini wajar kerana bebanan tugas berat terpaksa dipikul mereka. Apa yang menjadi bahan ketawa guru berikutan pengumuman insentif itu ada pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sanggup kembali bertugas di sekolah semata-mata kerana berhajatkan kategori DG52 atau DG48 yang bakal dinikmati mulai Januari 2012.

Jika selama ini pegawai di JPN dan PPD yang asalnya adalah guru enggan kembali bertugas di sekolah kerana bertugas di JPN dan PPD dianggap lebih dihormati berbanding bertugas di sekolah.

Sebenarnya guru tidak ambil kisah sekiranya pegawai JPN dan PPD kembali ke sekolah untuk memegang jawatan pentadbiran yang disenaraikan di atas sekiranya tempoh perkhidmatan mereka lama.

Sepatutnya pegawai ini terus saja berkhidmat di PPD atau JPN, mungkin kerajaan perlu menstruktur semula perjawatan di JPN dan PPD supaya mereka dapat menikmati apa diimpikan dan lebih penting tiada guru terguris perasaannya.
GURU HITAM PUTIH KEHIDUPAN,
Tapah, Perak

Berita Harian Online: 25 Julai 2011

13 ulasan:

guru lama berkata...

Kenaikan pangkat dari DG44 ke DG48 bagi semua GPK di sekolah menengah sepatutnya bukan automatik. Kena ingat bahawa tarikh perlantikan GPK adalah berbeza, ada yang sudah senior dan sebenarnya sudah memohon DG48 , sudah berada dalam senarai pemohon. Manakala ada juga GPK yang baru dilantik ke DG44 pada tahun 2010. Jadi persoalannya bagaimana Kementerian dapat memberikan keadilan kepada semua GPK supaya kekanan mereka tetap terpelihara.

Soal pegawai dari JPN dan PPD memohon balik ke sekolah tu no komenlah siapa dapat itu rezeki dialah. Tapi bagi saya tidak sepatutnya mereka bertindak demikian kerana mereka sendiri yang memohon di pejabat maka kena akurlah dengan sebarang perubahan di sekolah. Biarlah guru-guru kanan yang setia disekolah yang mengambil alih jawatan pengetua atau GPK.

Ini jelas bahawa pegawai-pegawai di JPN dan PPD hanya menejar pangkat.

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Tahun 2011, JPM masih tidak menentu hala tuju dalam Hiraki Perjawatan Skim Perkhidmatan DG???

Apa peranan NUTP??

Apa peranan JPN dan PPD dalam Birokrasi JPM? Budak suruhan JPM?

Diambil catatan dpd Peranan Dan Tanggungjawab PPD :
l Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.

l Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.

l Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.

l Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.

l Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.

l Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.

l Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.

l Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.

l Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.

l Menyelia institusi Pendidikan swasta serta mempastikan intitusi tersebut menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.

l Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.

l Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru dalam daerah.

l Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pelajaran.

l Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di peringkat daerah pelajaran.

l Penghubung antara masyarakat

guru lama berkata...

Semua itu cantik dalam kertas sahaja tetapi hakikatnya apa yang tertulis itu tidak berlaku khususnya dari segi LNPT dan juga penempatan mengikut kesesuaian.

guru lama berkata...

Semua itu cantik dalam kertas sahaja tetapi hakikatnya apa yang tertulis itu tidak berlaku khususnya dari segi LNPT dan juga penempatan mengikut kesesuaian.

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal kenaikan pangkat GPK Pentadbiran,GPk Hal Ehwal Murid,dan GPK Kokurikulum 2011 dari DG44 ke DG 48; bagaimana pula dengan GPK Tingkatan Enam(DG44)dan GPK(Penyelia) Petang?Saya kira kenaikan mereka tidak boleh dikesampingkan sebab mereka juga adalah kumpulan pentadbir di sekolah.GPK Tingkatan Enam buat masa ini tiada elaun seperti GPK lain.Sekadar masa mengajar 8 masa seminggu.Sedangkan beban mengurus ialah 4 bidang utama iaitu pentadbiran,kurikulum,hal ehwal pelajar,dan kokurikulum.Pengabaian ini sudah tentu memberikan kesan psikologi kpd mereka.Jika hal ini berlaku,sampai bila mereka akan berpeluang naik ke DG48,DG52 dan seterusnya?Ini secara teorinya berdasarkan pengumuman yang dinyatakan.Lainlah kalau ada peluang atau perincian lain selepas ini.Harap2 perkara ini disemak dan dikaji dengan lebih mendalam oleh pihak yang berwajib.

Tanpa Nama berkata...

Semakan dan penelitian perlu dibuat oleh pihak KPM dalam menentukan PK yang berhak naik dari gred 44 ke 48. PK Petang juga mempunyai tanggungjawab dalam pentadbiran. Bagaimana mungkin PK yang baru dilantik pada tahun 2011 dapat naik dg48 sedangkan PK petang yang sudah dilantik lebih awal dan sudah lebih lama berada di gred 44 dipinggirkan?

Tanpa Nama berkata...

jangan menuding jari menyalahkan orang lain atau berhasad dengki dalam memberi pendapat. Apa yang perlu adalah memberi pandangan membina agar semua warga guru sama ada di sekolah, PPD, JPN mahupun KPM mendapat habuan atau ganjaran sama rata mengikut hak sebenar. 'guru lama' belum dapat jadi guru besar atau pengetua ke? kalau belum...tentunya ada sesuatu yang perlu dimuhasabahkan...renung-renungkanlah..

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dengan nasib saya..memegang PK KoKu selama 4 tahun sebelum dipanggil berkhidmat untuk membuka sebuah PPD Baru..

Tanpa Nama berkata...

Betoi, memang betoi semuanya. Kalau dulu ramai guru yg sengkek di sekolah tetapi guna line politik atau guna kabel tertentu dapat le pergi ppd dan jpn. Ada kuasa untuk hentam guru di sekolah atau musuh politik. Pengetua atau guru besar ditengking2 dihentak2...ya le kerana aku pegawai ppd atau pegawai jpn sekarang walaupun baru setahun jagung di ppd/jpn. Tapi bila tiba saat naik pangkat ke gd48/dg52, masing2 dengan penuh HINA DINA sanggup turun ke sekolah sebagai guru penolong kanan / pengetua. Demi dg48/dg52 berok2 ni sanggup ke sekolah semula. Rezeki ke apa ke bukan jadi persoalan di sini, tapi kalau dah potong rezeki guru lain dan niat yang tak betul, hancur sekolah yg dia pergi tu. Guru2 lain tahu dan pasti melihat golongan oportunis dan lapar mengtangkedarah pangkat dan gaji lebih ni. Harap2 kalau jadi lah perubahan ni, akan ada syarat memegang gpk di sekolah sekurang2 3/4 tahun ke, baru padan muka berok2 oportunis ni.. Jangan mareee...

Tanpa Nama berkata...

Minggu lalu kalangan warga pendidik di daerah saya bertugas heboh tentang senarai GPK sekolah menengah (PK kokum, PK HEM dan PK Pentadbiran)yang telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48 telah pun dikeluarkan. Malangnya, PK Petang seperti saya dan PK ting. 6 tidak ada dalam senarai. Bukannya kita tergila-gilakan sangat pangkat dan kita yakin itu rezeki orang lain tetapi yang saya ingin persoalkan di sini adalah soal keadilan. Saya sudah memegang jawatan PK Petang dan berada dalam DG44 sudah melebihi 10 tahun sedangkan PK HEM di sekolah saya yang mendapat perlantikan sekolah belum pun sampai 6 bulan terus melompat ke DG48. Di manakah keadilan pembuat dasar ini? Saya sebenarnya betul2 tidak boleh terima apabila guru yang pernah bertugas di bawah kita di sidang petang beberapa ketika telah pun 'memintas' kita dari segi gred perjawatan.Apakah jusifikasi sebenarnya dasar kenaikan pangkat GPK di sekolah? Kalau prestasi diambilkira, Semenjak memegang jawatan PK Petang, saya dah dua kali mendapat APC dan markah LNPT sentiasa 90 ke atas.

Kenapa jawatan PK Petang dipinggirkan? sedangkan PK Petang sama pentingnya dengan jawatan Kokum, HEM dan Pentadbiran. Harap mendapat perhatian dari pihak Kementerian.

Bekas PK Sekolah berkata...

Saya amat setuju sekali dengan pendapat kalian tambah pula bagi kami pegawai2 PPD & JPN yang merupakan bekas PK2 sekolah yang ditukarkan ke sana. Kami pun ingin menuntut hak kami.

Benta, Pahang berkata...

Jangan kata orang JPN/PPD. Orang Kementerian pun ada yang turun dah, masuk sekolah jadi PK

Tanpa Nama berkata...

Inilah sistem meritokrasi(orang kafir suka sangat). Mengejar markah, kroni dan pangkat. Di zaman para sahabat masing-masing menyorokkan sumbangan kerana ikhlas dan mengharapkan balasan dari Allah.