SAYA ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya dapat mengkaji semula kadar elaun warden di asrama sekolah harian di Malaysia.
Mengikut makluman, sudah sekian lama kadar elaun ini tidak dinaikkan. Sebagai contoh kadar elaun warden masa kini ialah RM240 sebulan tetapi elaun Cola dan Elaun Perumahan tetap dipotong separuh daripada jumlah yang diterima sekiranya mendiami premis kerajaan.
Ini bermakna elaun seorang warden adalah sama dengan elaun seorang guru biasa yang bukan warden walhal tugas dan bebanan kerja adalah berbeza. Sekiranya warden tinggal di rumah yang sempurna seperti kuarters atau rumah khas di kawasan asrama, itu agak memadai.
Bagaimana pula warden yang terpaksa tinggal di asrama bersama-sama pelajar dengan sekatan diubah suai menjadi 'rumah' untuk keluarganya. Mungkin ada beranggapan tuntutan ini tidak relevan kerana tugas seorang warden lebih mulia berbanding dengan wang ringgit.
Tidak perlulah berkira sangat. Dari satu segi, sepatutnya begitu tetapi tuntutan dunia hari ini tidak lagi meletakkan taraf pengorbanan secara membabi buta. Segala-galanya perlu bergerak dengan wang sebagai pemudah bicara.
Ada juga warden terpaksa kekal lama di asrama sekolah tertentu kerana tidak dapat melepaskan jawatan mereka kerana tiada pengganti atau bahasa mudahnya guru lain tidak mahu menjadi warden. Saya ingin mencadangkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh pihak kementerian terbabit dan JPA;
1. Elaun warden dinaikkan daripada RM240 kepada RM400-RM500 sebulan.
2. Rumah atau kediaman warden mesti dinaikkan taraf supaya lebih sempurna dan selesa.
3. Elaun Cola atau Elaun Perumahan mesti dibayar penuh atau tidak perlu dipotong.
4. Jawatan warden boleh dijadikan jawatan hakiki atau yang setaraf.
Cadangan itu sekurang-kurangnya boleh memperbaiki beberapa kelemahan di asrama. Mungkin jawatan warden menjadi satu tarikan kepada lebih ramai terutamanya dalam kalangan guru di sekolah berkenaan.
PARAS DADA
Utusan Malaysia Online: 6 Julai 2011
5 ulasan:
ya, memang perlu lakukan sesuatu. lebih kurang sama kes dengan guru tingkatan 6, yang dulu kurang digemari. tetapi ramai yang berebut nak mengajar tg6 apabila dapat naik pangkat.
pihak tertentu perlu lakukan sesuatu supaya ramai yang berebut nak menjawat jawatan warden pula selepas ini.
salam..pada dasarnya kami warga warden sahaja yang tahu pengorbanan warden asrama..mcm saya dah 8 tahun jadi warden..duduk di blok quarters yang sudah diubahsuai..elaun rumah dan cola separuh sahaja dapat..keadaan rumah tak macam orang duduk quarters lain..dinding rumah plywood sahaja...lebih2 lagi satu floor dengan budak2..tapi alhamdulillah saya seronok dengan kerja dan rumah saya..tak pernah pertikaikan hal elaun warden..tapi lagi seronok kalau pihak kpm naikkan elaun warden..lagi baik ikut gred perkhidmatan..cth dg1-1 rm240..dg1-2 rm 500...harap diambil perhatian..tq
salam... Kenapa Elaun Warden perlu dinaikkan?
1. Tugas dan Tanggungjawab warden semakin hari semakin bertambah, semua pelajar yang tinggal di asrama adalah di bawah tanggung jawab warden. Warden bagaikan seorang ayah dalam sesuatu keluarga bertangungjawab sepenuhnya ke atas penghuni asrama (sila rujuk tugas warden)
2. Apabila menjadi warden pergerakan kami terbatas. Kami tidak lagi bebas kemana-mana kerana terikat dengan tugas menjaga dan menguruskan penghuni asrama.
3. Elaun Warden rendah cuma RM240.00 sebulan tetapi wajib memberi kometmen setiap hari keatas penghuni asrama setiap masa. Jika tinggal di kuarters ITP, COLA di potong.
PERHATIAN........
INI ADA SATU PENGUMUMAN BARU KEPADA WARGA PENDIDIKAN.
- PELUANG KENAIKAN PANGKAT PERCUMA KEPADA GURU YANG MENGAJAR TINGKATAN 6 DAN LAYAK DINAIKKAN PANGKAT SEHINGGA KE GRED DG52 ....
- KENAIKAN PANGKAT PERCUMA KEPADA PENTADBIR DI SEKOLAH. CONTOH SEK MEN ASAL SAJA JADI PENTADBIR DAPAT PANGKAT PERCUMA DG 48
- TIME BASED... DIPENDEKAN DARI 10 TAHUN KEPADA 8 TAHUN
- BISP DI TERUSKAN
- ELAUN PENDALAMAN DIKAJI SEMULA
- ELAUN WARDEN ..... KENAPA TAK NAIK?
Tolong kali elaun warden.. saya dan rakan2 telah menjawat jawatan warden selama 11 tahun. tak dapat ditukar kerana semua guru menolak jawatan ini sebab elaun yang terlalu sedikit berbanding dengan tanggungjawab. Kerana rasa tanggungjawab kami teruskan cuma perbelanjaan warden di kawasan luar bandar sangat besar. terutama bila pelajar sakit di waktu malam.. Kami kena hantar ke hospital yang jauh.. guna pengangkutan sendiri. kadang-kadang kena tunggu sehingga pukul 2-3 pagi. Esoknya megajar seperti guru-guru lain. Tanggungjawab kami sangat berat.. oleh itu tolong kaji atau naikkan elaun warden.. Mungkin ini boleh meningkatkan minat guru lain untuk menjawat tugas ini.
Catat Ulasan