Khamis, 14 Julai 2011

Setengah tahun berlalu, guru ganti belum dapat gaji

SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.

Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak PPD.

Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima.

Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD. Pihak PPD menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha memohon peruntukan daripada pihak KPM.

Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD.

Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah.

Saya sangat kecewa. Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum menerima gaji. Kenapa begini?

Utusan Malaysia Online: 14 Julai 2011

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pernah menjadi guru ganti sebanyak 3kali. Kali pertama saya menjadi guru ganti, gaji saya dibayar mengikut scale gaji ijazah memandangkan saya juga merupakan graduan ijazah. Gaji dibayar mengikut hari bertugas. Gaji saya akan dimasukkan setiap hujung bulan, atau kadang2 lewat sedikit, tapi Alhamdulillah, saya dapat gaji saya. Selepas saya tamat menjadi guru ganti di sek A, saya ditawarkan pula menjadi guru ganti di sekolah B. Menurut surat tawaran, saya diberi gaji ijazah. 2minggu kemudian, ppd memberi pula surat tawaran baru mengatakan gaji kami dinaikkan. Tuhan saja yang tahu gembiranya hati saya. Kemudian seminggu selepas itu, saya menerima panggilan telefon dari PPD menyuruh semua guru ganti hadir untuk membincangkan sesuatu. Rupanya gaji kami diberi tahap SPM pula, katanya tidak ada peruntukan. Saya memang buntu dan tidak puas hati. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan saya pemegang ijazah. Sekolah C juga saya turut menerima gaji SPM.

Tanpa Nama berkata...

Jika berbicara tentang gaji, ia amat penting. Mana tidaknya, tanpa gaji, apa pun tidak mampu dibeli waima mahu masuk ke tandas awam sekalipun, kini perlu membayar 30 sen. Kepada yang bertanggungjawab, cubalah selesaikan dengan cepat. Jika benar tiada peruntukan, mengapa masih dikeluarkan surat lantikan? Pegawai yang menandatangani surat lantikan seharusnya bertanggungjawab. Perkara-perkara sebeginilah sebenarnya merencatkan pandangan orang awam kepada penjawat awam yang lain.

Tanpa Nama berkata...

semoga tuan tau kaedah dan kadar pembayaran gaji GSTT dan Guru Ganti.

Tanpa Nama berkata...

saya juga telah tamat khidmat mengajar di sebuah sek menengah (SMK) di Kuala Langat sejak akhir Mac 2011. tapi malangnya gaji yang ditunggu tidak secepat permintaan mengajar di sekolah tu....sampai hari ni (Ogos) masih belum dapat gaji... Moga kita tergolong di kalangan orang yang sabar di bulan y mulia ni..amin...

Tanpa Nama berkata...

i've been there.. with PPDHL .. selama 2thn lebih saya menjadi guru ganti.. xpernah sekali pon gaji saya dibayar dengan cepat..kali pertama..it tooks 6 months for them to pay me after i finished my contract..so mengganti 2 bulan..plus another 6months..then sekali lagi mengganti for a year contract (renew every 3 months).. it took another 1 year to be paid.. mcm2 mslh..trn naik PPD.. mcm2 mistakes n excuses they gave me.. bayangkan..sy dah mengajar kat sekolah tuh for 2 months but surat tawaran xkuar2..memo penempatan pon xdiberi.. biler follow up with them they said i nvr applied.. but somehow biller cek.. my IC# ade but with different name..that is 1 mistakes.. after that after a few months baru surat tawaran sampai.. but another mistake..bhgn gaji, mereka tulis RM0.00 .. am i working for free?? again i went to PPD and complaint bout this..then they correct the mistakes but again it took a few months b4 i get the letter. because w/out the offer letter, kerani pon tak boleh uruskan hal gaji. then another excuses they always gave me, "kerani xder hantar pon borang kew-8..macamane nak uruskan gaji"..hakikatnyer kerani dah hantar dah kesemua kew-8..and the last excuses they gave me..tgu jerlah.. xder peruntukan ni.. thats it.. seriously.. i've been working for 1 year tanpa terima 1 sen pun...ader yg kata pembayaran gaji guru ganti dibuat tiap2 bulan.. ader juga yg kata..once dah habis contract baru uruskan pembayaran gaji.. saya pon tak tahu mana yg betul.. tapi harap mereka pon fikir bg pihak kita.. it's not easy..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun masih tidak mendapt gaji saya.saya mula bekerja 11 jan sehingga 1 april 2012 tp sehingga kini, gaji saya masih tak dapt.saya tidak tahu cara hendak buat aduan, bila saya baca komen ini, sayq keliru. Saya perlukan duit tuk membayar mcam-macam.tp masih tak ada hints y gaji saya akan masuk.

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua....

Saya amat bersimpati terhadap masalah yang dihadapi. Saya cadangkan kepada guru ganti agar bertindak proaktif untuk hak anda
1. Semak pada kerani sekolah yang menyediakan dokumen gaji adakah telah dihantar ke PPD berkaitan...kerana ada sekolah yang menghantar tuntutan setelah kontrak guru tersebut tamat iaitu selepas 3bulan.
2. Sekiranya ada bukti penghantaran ke PPD semak dgn PPD samaada peruntukan,sekiranya tiada pastikan PPD memohon di jabatan pelalajaran negeri dan Jabatan akan memanjangkan permohonan tersebut ke KPM.

Harap tips ringkas di atas dapat membantu.

Tanpa Nama berkata...

Hampir setahun berlalu tetapi saya masih belum menerima gaji sebagai guru ganti di sebuah sekolah di sarawak.

Tanpa Nama berkata...

Hmmm susah la macam ni. Saya pun jadi guru ganti bermula mac hari tu sampai la minggu lepas. Banyak sekolah yang saya masuk.

Tapi gaji satu sen tak pernah dapat. Adakah benar KPM kurang dana?

Sedihnya, baru ingat nak guna gaji tu sebagai perbelanjaan raya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum..herm..lepas baca komen2 ni, takut la plak nk minta jd guru ganti, sy baru je cadang nk mohon..tapi InsyaAllah...moga Allah permudahkan segalanya..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

saya juga pernah menjadi guru ganti bermula april hingga julai.. di kawasan ppd petaling perdana..

bayangkan surat tawaran untuk menjadi guru ganti saya dapat setelah 2 bulan tamat kontrak.. setelah 2 bulan baru dpt surat tawaran,, bila ditanya sekolah dan ppd saling menyalahkan antara satu sama lain...

sehingga sekarang setelah tamat tugas awal julai sehingga sekarang iaitu 15 oktober 2012 ..saya masih tidak mendapat apa-apa bayaran lagi.. yang paling dikecewakan.. bajet 2013 KPM banyak menerima bajet.. tp tiada sedikitkan utk membela nasib guru ganti ini??

keaadaan amat menyukarkan apabila saya sudah berkeluarga.. ini menimbulkan masalah kewangan yang teruk... inikah dikatakan membela nasib rakyat?? adakah ini dikatakan janji ditepati??? soalan saya kenapa kami perlu menunggu teralu lama untuk mendapatkan bayaran atas titik peluh sendiri... menyedihkaan apabila dlm akaun pun ade baki rm 1.00 shj...

Tanpa Nama berkata...

salam...saya pun mengalami nasib yang sama..alasan untuk saya lagi teruk "pegawai m.c,xdpt uruskan hal gaji" sebulan pulak tu m.c...pastu bila sy call sendiri tanpa minta prtolongan kerani..xsakit pulak dia..siap suuh sy dtg ppd lagi..tp masih lg xdpt gaji..dah 4 bulan..pastu bila sy call lg ppd..diorang cakap,"xmungkin xdpt lg gaji"..apa lak xmungkin..memang xdapat pun lg..pastu dia bg alsan p[ulak "kpm xbukak key in untuk masuk gaji awl bulan" lg alsan diterima "hujung tahun ni byk sgt kerjaa..xsempat nak urus psl gaji" hadoi..mungkin diorang xfikir bila diorang berada dalam keadaan ni diorang pasti marah juga bila xdpt gaji..hmm..n lagi satu sy perasan..kat sini tiada pun respon dari kpm untuk kami yang buat aduan ni? macam xambil kisah pun :'(..kecewa dengan kerajaan macam ni :'(

Tanpa Nama berkata...

Saya menjadi guru ganti di sekolah A di kuching, sarawak dan masih dalam tempoh kontrak. So, gaji untuk dua bulan pertama belum lagi dapat. Saya risau saya pun akan mengalami seperti kalian. Apa yang perlu saya buat? Saya perlukan duit , untuk bayar pinjaman segala bagai. Takkan sampai sekarang xd penyelesaian ye, walaupun sering berlaku.

Tanpa Nama berkata...

ahh...mmg la nak kje free je kn js guru ganti..mna boleh cmti...kne la btaggunggjwb..igt kte kje main2 ke...me too..masih mnunggu gji yg mmg nk gune sgt2..

Tanpa Nama berkata...

herm...sm ngan nasib, skrg tgh tggu gaji msuk... dlm Surat tawaran da ditulis gaji akan msuk setiap hujung Bulan.... sepanjang hampir 3 Bulan mengajar gaji xpenah msuk. sampai ke hari ini dah 3 minggu Tamat mengajar.... Kwn sy sorg lg dah hampir 2 Bulan tmt mgajar 1 sen pun xdapat lg... bila Tanya Kat skolah dorg ckap tggu Surat peruntukan sampai.... krg mseh bole bersabar tggu dlm beberapa Bulan lg mgkin sy akan kenakan saman rugi Kat pihak yg xbertanggung jwb ni....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua...bila baca2 ni saya jdi takut plak..saya baru je 2 minggu jadi guru ganti so means this week adalah hari gaji saya..kalau xde...habisss laaa...

Tanpa Nama berkata...

Saya baru tamat berkhidmat sbg kgsk, dan masih tidak menerima apa2 bayaran lagi. Raya bakal menjelma, setiap org mahukan persiapan raya. Doa je lah banyak2..

Unknown berkata...

Tanpa Nama

Saya sudah dekat 3 minggu tamat sebagai guru ganti di sebuah seolah di Kemaman. Saya belum dibayar gaji. Apabila ditanya pada kerani sekolah, jika belum dapat gaji hujung tahun, sila call pihak sekolah. Hujung tahun bermakna lagi 4 bulan? Bagaimana saya nak membayar kereta semua. Saya sedang menganngur kerana menjaga ibu bapa di kampung

Tanpa Nama berkata...

Kita semua ni senasib. Saya pun tak dapat gaji lagi. Dah sebulan lebih saya tamat sebagau guru ganti di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Bila sangat kerap call sekolah, macam2 alasan kerani sekolah. Katanya gaji yang nak dimasukkan ke akaun saya di reject oleh bank sebab ada dua akaun yang nak transfer duit ke akaun saya. Tetapi bila saya check dgn bank, memang tiada masalah langsung. Hari2 saya check akaun bank, tapi masih tak nampak bayang duit gaji. Sedihla macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga tengah tunggu gaji... saya tamat kontrak guru ganti dah sebulan tapi sampai sekarang masih belum dapat gaji lagi. Dah la banyak benda nak bayar...

Tanpa Nama berkata...

Saya juga mengalami masalah yang sama.kononnye kerja nak dptkan duit tapi duit sume abis ke duit mnyk dan duit belanja.gaji tak jugak dapat2.cikgu2 rmai gtau suh bersabar nnt dpt selepuk byk terus.dorang x fkir ke prbnlnjaan bulanan kita tu kte nk byr mcm mn.senang je ckp.tp yg mengalaminye je yg tau

Tanpa Nama berkata...

Betul3....punca gaji lambat masuk ni antara 3 pihak:kerani sekolah,PPD atau KPM..dorang gaji masuk tiap2 bulan memang tak heran lar dgn kita ni..macam kita lak jadi pengemis mintak gaji bila nak masuk sume..tenaga kita dorang kerah,gaji kita buat tak endah je..memang kena tebalkan muka pergi sekolah dan ppd tuh tanya dah proses ke belum..kita makan nasi hari2,bkn mkn batu dgn kayu.

Unknown berkata...

Saya ditawarkan menjadi guru ganti pada 2.2.2020 sehingga 2.3.2020 pada mulanya gaji saya dapat semua ok. Sebelum saya tamat kontrak pada 2.3.2020 pihak sekolah memberitahu kontrak saya dilanjutkan sehingga 2.4.2020.. Perasan pada ketika tu sanggat seronok.. Tapi malang nya saya last berkerja pada 13.3.2020 kerana PKP dijalankan akibat penularan Covid-19.. Sehingga kini gaji saya belum dikreditkan.. Saya penah bertanya pada pihak ppd..mereka kata gaji saya masih dalam proses kewangan.. Sehingga kini saya tidak tahu mahu memberitahu pada siapa tentang masalah ni