Ahad, 31 Mei 2009

Benar PIBG kutip 'yuran aksesori'

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran membenarkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah membuat kutipan yuran tambahan atau 'yuran aksesori' bermula Jun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, bagaimanapun berkata, kementerian tidak menetapkan harga siling bagi bayaran yuran tambahan itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada PIGB serta pihak sekolah.

“Pekeliling mengenai perkara itu sudah diedarkan tanpa ada jumlah minimum dan maksimum, cuma ia perlu dibuat selaras keperluan sekolah, aktiviti pelajar dan juga latar belakang ibu bapa.

“Kementerian menetapkan dua kriteria utama di dalam penetapan bayaran yuran tambahan iaitu akademik dan latar belakang ibu bapa pelajar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Konvokesyen Program Berkembar Sarjana Muda Pendidikan (TESL), Institut Pendidikan Guru Malaysia - Kampus Bahasa Antarabangsa, di sini, semalam.

Berita Harian Online: 31 Mei 2009

Tiada ulasan: