Sabtu, 23 Mei 2009

UMNO Seputeh hantar kek hargai jasa guru

KUALA LUMPUR 22 Mei - Sempena sambutan Hari Guru, UMNO Bahagian Seputeh mengambil inisiatif menghantar kek istimewa kepada 18 buah sekolah di sekitar Seputeh, baru-baru ini.

Ketua UMNO bahagian itu, Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, usaha kecil bagi menghargai jasa guru itu adalah langkah permulaan untuk mendekatkan para guru dengan pemimpin di kawasan tersebut selain memeriahkan sambutan Hari Guru.

Katanya, pendekatan tersebut diharap membolehkan guru-guru mengenali pemimpin setempat serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Seri Setia di Jalan Kuchai Lama di sini.

Sementara itu, Mustapa Kamal berkata, program sambutan Hari Guru itu akan menjadi acara tahunan bagi UMNO Bahagian Seputeh.

Ujarnya, sekiranya hubungan antara guru dan pemimpin baik, banyak aktiviti dan program dapat dianjurkan bersama.

"Sebelum ini, UMNO Bahagian Seputeh ada membuka pusat tuisyen percuma di sekitar Seputeh dengan kerjasama guru-guru sekolah dan program tersebut mendapat sambutan di kalangan pelajar.

"Oleh yang demikian, sekiranya guru dan pemimpin dapat bekerjasama, lebih banyak program akan diadakan sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua pihak," ujarnya.

Utusan Malaysia Online: 23 Mei 2009

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Guru.

Peruntukan apa yang di gunakan oleh UMNO ni. Satu kek lima puluh ringgit. 18 sekolah kira sahaja berapa harganya. Jadi kalau nak hantar kek ke semua sekolah di Malaysia berapalah agaknya UMNO nak belanja untuk menyambut hari guru setiap tahun.

Saya jururawat, tak nak hantar kek kesetiap hospital pada hari jururawat? Kami juga berjasa pada negara. Begitu juga dengan pegawai polis. Guru cuti pada hari raya, tahun baru cina , depavali dan kerismas, tapi kami terpaksa bertugas. Kalau hantar kek ka sekolah, patut juga hantar ka hospital dan balai polis, barulah adil.

hamman berkata...

UMNO? Sekolah?
Bole pulak berpolitik kat sekolah.

kat kelantan, penang n kedah wakil kerajaan negeri jangan kata nak buat program bersama sekolah, gambar MB n KM pun xboleh gantung sebab kononnya politik..

kalo UMNO semua boleh.. apa laa.. kalo x boleh tu, semua la tak boleh.. baru adil..