Rabu, 20 Mei 2009

Mutakhir: 70 murid, 3 guru muntah akibat terhidu gas

SHAH ALAM: Semua 70 murid dan tiga guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Emerald, Jalan Bukit Kemuning, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Klinik Kesihatan di Seksyen 7, hari ini, selepas muntah dan pening akibat terhidu gas.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid, berkata 20 murid pengsan selepas terhidu gas Ethyl Mercapton yang bocor ketika kerja penyelenggaraan saluran paip dijalankan, kira-kira 500 meter dari sekolah berkenaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila gas Ethyl Mercapthon digunakan untuk mengesan kebocoran paip gas yang disalurkan ke kilang berdekatan, bocor berikutan ada bahagian saluran paip itu yang longgar.]

"Gas ini menyebabkan mangsa muntah, pening kepala dan pengsan. Tetapi keadaan semua terkawal dan semua murid dibenarkan keluar selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Berita Harian Online: 20 Mei 2009

Tiada ulasan: