Selasa, 19 Januari 2010

NUTP tidak adil bela guru?

SAYA menyertai Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) sejak mula berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar pada tahun 1991. Saya diperkenalkan kepada kesatuan ini oleh seorang guru lepasan diploma.

Saya menyertai NUTP memandangkan ia sebuah kesatuan yang memperjuangkan nasib guru-guru di Malaysia. Saya tidak pernah menyesali keputusan saya menyertai kesatuan ini sehinggalah sejak kebelakangan ini apabila saya melihat seolah-olah wujud double-standard dalam setiap perjuangan NUTP.

NUTP yang kononnya berjuang untuk menegakkan keadilan bagi semua peringkat gred guru, pada realitinya hanya memperjuangkan nasib segelintir guru sahaja atau lebih khususnya guru-guru DG29/41. NUTP berjaya mendapatkan pelarasan 25% bagi kumpulan ini dan hanya 10% sahaja bagi kumpulan DG41. Sepatutnya kesatuan ini berlaku adil dan memohon pelarasan sebanyak 10% untuk semua gred.

NUTP juga menggesa kerajaan menimbangkan pemberian insentif kepada guru-guru dalam kumpulan DG44 yang dilantik dari kalangan DG29/41. NUTP hanya menggesa JPA lebih prihatin dan peka terhadap kumpulan ini sekali lagi apabila diminta mengambil kira tiga tahun perkhidmatan mereka di gred DG29/41 dianggap sebagai satu tahun pengalaman ke DG44/48.

Bagaimana dengan nasib kami yang dari awalnya memang graduan gred DG41? Apabila urusan kenaikan pangkat mula diumumkan sejak tahun 2004, kebanyakan kami dari kalangan graduan (DG41) telah berkhidmat lebih dari 15 tahun dan bukannya time-based 10 tahun yang sepatutnya. Kami telah kerugian empat hingga lima tahun di DG41. Hanya guru-guru muda dapat menikmati time-based 10 tahun sebenarnya.

Apabila NUTP mula memperjuangkan hak DG29/41 ke DG44/48, kami berasa amat kecewa sekali. Apakah NUTP sengaja tidak memperjuangkan hak kami? Jika NUTP memperjuangkan perkhidmatan dan pengalaman gred DG29/41 ke DG44/48, ia juga perlu memperjuangkan hak kami yang telah rugi hampir beberapa tahun di DG41/44 ke DG48.

Jika selama ini NUTP hanya memikirkan nasib bukan graduan dan kemudiannya digelar graduan, kini tiba giliran kami pula yang dari mulanya memang graduan. Salahkah kami digelar DG41 dari awalnya?

KECEWA

Sitiawan, Perak

Utusan Malaysia Online: 19 Januari 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askm..saya tertarik dengan pandangan saudara diatas...saya juga seorang guru, pertama-hari ini ratusan guru menuju ke KPM berkaitan dengan mereka ditukarkan ke merata tempat, jauh dari kediaman mereka....dimanakah exco-exco kesatuan menghilang?
kedua- nasib guru yang terpaksa berjauhan dengan suami/isteri kerana tidak dapat berpindah mengikut pasangan,, alasan yang kpm bagi adalah guru penuh di kedah,kelantan dan t'ganu....walhal...org yang ada 'kabel' dpt blk ke negeri berkenaan xsampai 6 bulan mengajar pn...apa lah nasib guru2 nie kan... dimanakah juga exco-exco kesatuan menghilang?
kalo macam nie....xda kesatuan pn x apa..