Isnin, 11 Januari 2010

SMK Tiang Chandi adakan majlis kesyukuran


SEBAHAGIAN daripada guru dan pelajar memasak bubur Asyura di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi, Rantau Panjang, kelmarin.


RANTAU PANJANG 10 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiang Chandi di sini mengadakan majlis kesyukuran pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan bergotong-royong memasak bubur Asyura semalam.

Pengetuanya, Wan Dalila Wan Alwi berkata, majlis itu juga bagi mendekatkan lagi hubungan pelajar, masyarakat setempat dengan pihak sekolah.

''Majlis ini juga bagi meraikan kejayaan sekolah yang mencatatkan lonjakan peratusan kelulusan dalam peperiksaan baru-baru ini dan daripada 214 calon, seorang pelajar, Mohd. Afnan Hamdan memperoleh 8A sekali gus mencatatkan sejarah bagi sekolah itu.

''Sebanyak sembilan kawah bubur dimasak menggunakan perbelanjaan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Menurutnya, seramai 210 pelajar yang tinggal di asrama bersama guru bergotong-royong membuat persiapan serta memasak bubur berkenaan bermula pukul 8 pagi.

Utusan Malaysia Online: 11 Januari 2010

Tiada ulasan: