Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata risiko pengaruh budaya politik yang negatif amat membimbangkan berikutan mereka masih belum matang membuat pertimbangan sewajarnya pada usia terlalu muda.
Lebih memburukkan keadaan, beliau berkata, dikhuatiri berlaku sebarang bentuk campur tangan daripada ibu bapa yang menginginkan kemenangan berpihak kepada anak mereka, selain perselisihan berhubung ‘calon murid pilihan’ hingga boleh wujud unsur sabotaj yang mungkin tercetus dalam kalangan guru sendiri.
“Adalah terlalu awal dan tidak wajar memperkenal serta mengamalkan sistem pemilihan pemimpin murid ala pilihan raya di sekolah rendah, malah lebih banyak aspek yang menggalakkan elemen negatif berbanding positif.
“Paling dikhuatiri, kemungkinan akan timbul serta berleluasa sentimen permusuhan, membina puak masing-masing, saling memfitnah dan menghasut, memberi suapan dengan cara mereka tersendiri dan menabur janji kosong dalam tempoh berkempen,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar baru-baru ini melaporkan, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua murid
Pemilihan menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.
Berita Harian Online: 19 Januari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan