Perkara yang hendak diketengahkan oleh saya ialah isu perlantikan jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah kebangsaan. Untuk makluman, mulai 2004, guru gred DG41 yang dinaikkan pangkat daripada gred DG29 dan DG32 mula dikekalkan di sekolah rendah.
Kebanyakan daripadanya memiliki pengalaman mengajar hampir 20 tahun atau lebih. Bukan saja pengalaman, bahkan prestasi juga cemerlang. Kalau prestasi tidak cemerlang, masakan mereka dilepaskan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pertama di universiti. Malah ada yang memiliki ijazah kedua sekarang ini.
Tetapi amat malang, mereka yang rata-ratanya berumur 40-an ini menjadi mangsa kepada Pekeliling Kementerian Pelajaran yang tidak peka kepada perkembangan semasa. Kenaikan pangkat untuk menyandang jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah hanya diberikan kepada guru DG32.
Apabila dipersoalkan mengapa guru gred DG41 dan DG44 yang sudah berumur dan berpengalaman ini tidak ditawarkan ke jawatan itu, jawapan diterima ialah mereka tidak layak. Adalah menjadi harapan kami agar Kementerian Pelajaran pada 2010 ini membuat sedikit pindaan kepada pekeliling berkenaan.
Kita tidak mempertikaikan kewajaran DG32 atau lain-lain jawatan kumpulan sokongan diletakkan di tempat itu jika kementerian rasa ia perlu diteruskan, tetapi berilah juga tawaran kepada guru bergred DG41 dan ke atas yang memiliki pengalaman mengajar lebih 20 tahun ini ke jawatan berkenaan.
Sungai Petani,
Kedah
Berita harian Online: 7 Januari 2010
33 ulasan:
saya dengan ini menyokong usul ini 100% kerana selama ini pun kebanyakan di kalangan guru dg41 yg senior ini sememangnya 'sudah lama' melakukan kerja-kerja pentadbiran sekolah atas nama 'membantu' penolong-penolong kanan yang 'kurang' berkemahiran dalam hal-hal pentadbiran. maaf cakap la, saya bukan prejudis tapi itulah kenyataannya.
amat 'malang' sekali apabila guru-guru senior ini menamatkan pengajiannya dan dilantik ke dg41, mereka telah 'kehilangan' senioriti untuk menjawat jawatan penolong kanan secara 'automatik'.
kpm perlu mengambil tindakan yang positif ke arah memperbetulkan 'ketidakseimbangan' perjawatan yang berlaku di sekolah-sekolah di seluruh malaysia. zaman telah berubah, tapi 'prosedur' perjawatan ini masih tidak berubah mengikut zaman. mereka yang senior ini sambung belajar pun kerana menyahut seruan kpm juga supaya guru mempertingkatkan tahap profesionalisma keguruan mereka. fikir-fikirkanlah...
Kalu mau sangat jawatan penolong kanan, boleh amek la wahai cikgu2 yang nak kan pangkat.
Apala ada pada pangkat, niat tu penting. Kalu nak pangkat dgn mengata org baik x payah.
hakikat yang wujud, GPK yanag lama berkhidmat tidfak boleh menerima pendapat mereka2 yang kononnya 'MASIH MENTAH' dalam hal pendidikan? apa salahkah kami mengemukakan pendapat dalam meningkatkan kecemerlangan JERI pelajar. sepatutnya GPK yang dari dg32 berusaha bersungguh2 untuk menyaingi DG41 yang mentah ini dan bukannya MEMPERLEKEH atau MENCEMUH dg41...itu hakikatnya cikgu2
Sokong. Banyak ada pada pangkat yakni kredibiliti, tanggungjawab, komitmen sebab pangkat datang bersama tuntutan2 tertentu yg wajib dilaksanakan oleh yang empunya pangkat (asalkan bukan gila pangkat). Wajar kalau guru 41 itu diberi peluang sama rata tanpa menidakkan kebolehan guru2 29/32.
kenapa nak dibeza-bezakan gred pulak asal saja ada kelayakan dan kebolehan bagi je la pada sapa2 pun jadi pentadbir.ini tidak kebanyakan pk koko yang baru naik nak buat mesyuarat sukan pun kecoh.mujur ada su sukan yang tau bantu.tak wajar sangat naik jadi pk nampak terkial2 kena tanya sana tanya sini perkara2 yang asas jer.harap kementerian ambil pusing la pasal pentadbiran sk yang merugikan kerajaan dan murid-murid.
KPM mungkin tidak sedar bahawa ramai guru-guru DGA32 dan DGA34 yang dilantik ke jawatan penolong kanan dan guru besar tidak mempunyai kredebiliti untuk menjawat jawatan itu. Ramai di anatar mereka yang menjadikan guru-guru DG41 untuk mengambil laih tugas mereka. Ada di antara mereka yang membuat kertas kerja untuk sesuatu program pun sudah terkial-kial. akhirnya disiapkan oleh guru lain juga. MMenyebabkan mereka sudah lama bertugas merek dilantik ke jawatan itu tapi tidak tahu tugas sebenar menyebabkan jadi bahan lawak di sekolah di kalangan guru-guru dan masyarakat setempat. Saya minta maaf kerana tidak semua guru penolong kanan dan GB bersikap seperti ini. ada juga diantara mereka yg berwawasan untuk memajukan prestasi sekolah. Inilah yg menyebabkan prestasi sekolah menurun kerana guru-guru hanya jalankan tugas secara ala kadar apabila penolong kanan2 dan GB bersikap demikian. Di sesetengah tempat yang masyarakat di sekeliling sekolah yng sudah maju dalam bidang pendidikan, konflik norma perjawatan ini jadi bahan bualan kenapa KPM tidak nampak isu ini sebagai satu kelemahan dalam pengurusan sekolah. KPM mungkin perlu buat kajian terhadap perkara ini jika masih was-was.
Saya sangat hairan mengapa KPM mengambil masa yang lama sangat buat kajian pasal hal ini. Target KPM separuh guru sekolah rendah terdiri dari guru siswazah DG41 mungkin dah tercapai. Tapi waran jawatan GB dan GPK masih DG 34 dan DG32. Ini lah yang jadi bahan cerita warga pendidikan.
Harap KPM ubah dasar cepatlah siswazahkan gred GB dan GPK tahun 2010 ni kerana ramai GB dan GPK yang bersara tahun ni dan scara langsung pengganti GB diambil dari guru siswazah DG41 yang senior dan berkorban belajar mereka banyak pengalaman dari gred DG29/DG32/34 pergi belajar masuk U dan graduate takkan jd cikgu biasa je.
Dari segi moralnya GB 34 sedikit sebanyak terganggu apatah lagi ada guru cemerlang Gred DG48 dan DG44 di sekolah rendah. So bila ada GB n GPK yang pencen gantikanlah dengan Guru Siswazah. Ubah dasar dan waran perjawatan GB sekolah rendah kepada Gred DG 44. Bagi GB DG 38,DG34 dan DG32 yang sedia ada usah diganggu. Biar mereka terus menjawat jawatan GB dan GPK sehingga mereka bersara jika tak mahu sambung belajar. Beri peluang kepada guru siswazah yang berpengalaman, GPK siswazah sedia ada dan bekas Guru Besar yang dah ada ijazah yang bertugas di sekolah, PPD, JPN dan KPM menjawat jawatan GB dan GPK.
Pihak kesatuan guru jenguk2 dan fikir2kan lah juga masalah ni. Jangan hilang fokus kerana ramai kalangan guru yang sambung belajar ni ahli kesatuan.
Pihak KPM ubah lah dasar perjawatan kerana dulu KPM juga galakkan guru sambung belajar untuk dapatkan ijazah tapi yang untungnya guru tak sambung belajar dapat naik pangkat dan habuan yang tinggi.
Malulah dengar ungkapan rakan guru yang tak sambung belajar yang berbunyi " guru sambung belajar bijak, tapi yang tak belajar ni bijak-bijak kerana dapat naik pangkat". renungkanlah wahai rakan pegawai-pegawai BSM di KPM. Mulalah mengorak langkah untu ubah dasar waran perjawatan Guru Besar sekolah rendah dari bukan siswazah kepada siswazah.

Kalau nak melihat peningkatan perstasi khususnya di sekolah-sekolah rendah yang kebanyakannya masih ketinggalan KPM perlu membuat peruahan secara menyeluruh. Sistem pengurusan sekolah perlu diubah secara menyeluruh. Pengurus sekolah bukan dilantik berdasarkan senioriti tetapi berdasarkan kemempuan seseorang itu memikul tanggungjawab tersebut. Kebanyakan Guru Besar dan Penolong Kanan sekarang khususnya di SK dilantik berdasarkan senioriti. Ada yang GB dan penolong-penolong kanan dah berkali-kali ikut PTK tetapi tahap 3 pun susah nak dapat. Rupanya selama ini mereka menguruskan sekolah berdasarkan pengalaman semata-mata tanpa memahami secara mendalam dasar-dasar yang termaktub dalam sistem pendidikan sekarang ini.
Kita rasa macam kita yang layak. Layakkah kita digelar GURU? Apa tanggungjawab GURU? Guru sebagai pendidik, apa yang DIDIDIK? Mari sama-sama fikirkan ... Fikir .. Fikir ... Fikir .... Masalah di sekolah semakin bertambah, bukan masalah murid, masalah guru pun sama .... Di mana kehebatan kita? Fikir dan renungkan ...
Senang cerita KPM perlu melantik PK-PK dan GB-GB daripada guru-guru berpengalaman lebih daripada 15 atau 20 tahun keatas tanpa mengira gred jawatan yang betul-betul berkelayakan.
Isu guru DG 41 tak dapat jawatan PK dan guru besar timbul lagi. semua telah diperkatakan oleh kita yang malang ini, tetapi ada yang lebih malang yg mana mereka yg telah mengikuti kursus NPQH yg dirancang oleh PM kita selepas dapat segulung ijzajah kekallah mrk di sek rendah!bukankah mereka ini yg dipanggil naik ke genting IAB yg terpaksa tinggalkan keluarga selama 6 bulan dan menelan belanja kerajaan dgn banyak akhirnya tetap tidak diberi peluang kerana dasar. Fikir-fikirlah wahai pemimpin pendidikan,adakah ini satu pembaziran ilmu dan wang.
sesuatau jawatan pentadbiran mestilah disandang oleh individu yang kredibiliti dan berpengalaman. senioriti tidak menjamin sesebuah sekolah yang cemerlang.yn layak diutamakan tidak mengira tua atau muda.matlamat kita murid dan sekolah cemerlang.bukan mengutamakan senioriti tetapi mengorbankan kecemerlangan sekolah dan murid.
Guru Dari Sabah...
Keadilan dan kepatutan untuk semua gred DG32/34,DG41/44...Selayaknya diberikan tawaran secara terbuka tanpa kekangan gred...UBAHLAH WARAN PERJAWATAN TU WAHAI BPSM KPM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kalau dah tahu,nak jadi pk atau gb sekolah rendah mengapa susah payah sambung belajar?kamu tahu atau tidak kalau guru dg41 nak dilantik gb dan pk di sekolah rendah kamu memang tidak ada peluang,jpa melihat guru dg41/44 berlambak di sekolah menengah,mereka ini yang lebih senior, yang lebih layak untuk jadi gb dan pk di sekolah rendah,bukan dg41 hingusan spt kamu.inilah yang akan berlaku.jpa bukan melihat perkara ini serpti katak dibawah tempurung.how,fikir=fikirkan.dulu lepasan diploma yang naik pangkat sbg gb dan pk sekolah rendah.dah kecoh[awal 90-an]kamu tak ingat
dg41 di sk rendah adalah dg41/44 instant.kamu ingat kami guru 41/44 di sk mennengah lagib besar cabaran,tak kalut pun nak pangkat.ramai antara kami dg52 sedangkan pk hanya 44/48.kerja je la tak payah fikir.kalau rrezeki tak kemana,syukurlah
salam, saya tertawa dalam hati ketika membaca luahan hati sahabat2 guru, saya adalah gpk yg baru berumur 39 tahun dan telah memegang jawatan ini sejak 7 tahun yg lampau. bayangkanlah ketika mula2 menerima jawatan GPK disekolah baru yg mempunyai enrolmen murid SK seramai 2800 org di sebuah daerah yg amat panas dgn pelbagai kerenah ibubapa. sy menerima jawatan sebagai gpk lantikan dalaman setelah beberapa org guru senior DG32 dan DG41 menolak tawaran/meletak jawatan sebagai gpk dengan alasan tidak sanggup menanggung siksaan dan tekanan menjadi pentadbir, alhamdulillah setelah saya melalui pelbagai rintangan dan dugaan (melayan kerenah murid, ibubapa dan guru2 terutamanya) akhirnya saya berjaya "menyabarkan" diri dan kekal hingga akhirnya saya ditawarkan jawatan hakiki. Pada rakan2 yg bercita2 hendak menjawat jawatan pentadbir moleklah kiranya cermin-cerminkan diri, tak semua guru DG32 atau DG41 berkaliber menjadi pentadbir, perlu banyak kesabaran dan rajin mencari ilmu (hadirilah kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran mentadbir). Saya juga pernah menjadi guru biasa sebelum menjadi pentadbir, saya juga pernah mengutuk pengurusan guru besar/gpk yg lemah, saya juga pernah melihat bagaimana gpk dimaki hamun ibubapa dan terpaksa menerima/ menanggung segala teguran pihak atasan apabila ada isu berkaitan guru dan murid di sekolah, (dan saya juga pernah cuba memohon sambung belajar tapi tidak berjaya dan merasa hairan kenapa guru biasa diterima mengikuti pensiswazahan guru besar sedangkan saya yang berpengalaman jadi gpk bertahun2 pun permohonan saya telah ditolak, pelik kan?)Pada saya segalanya urusan Yang Maha Esa, jodoh, ajal, pangkat kedudukan semua hanya dia yang tahu perjalanan hidup kita. Apa yang menjadi tanggungjawab kita ialah bersyukur dan mendoakan agar rezeki yang lebih dilimpahi ke atas kita dan keluarga. Kalau kita tidak dikurniakan kedudukan dan pangkat di dunia mungkin ada hikmah lain yang lebih membahagiakan telah dirancang untuk kita. PEKELILING tak salah, KPM pun tak terlepas pandang, dan kekurangan seseorang janganlah kita pertikaikan kerana kita semua insan yang tidak sempurna. Ikhlaslah jalankan tanggungjawab supaya rezeki kita dihalalkan Allah dan semoga Allah bukakan peluang2 yang lebih baik untuk masa depan kita sebagai GURU.
Saya amat tertarik dengan ulasan yang diberikan saya juga berpendapat agar KPM dAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA ubahlah syarat kenaikan pangkat sebagai guru besar bukan hanya kepada DG 32 dan DG34 tetapi perlu diperluaskan kepada DG 41 yang dilantik menjadi GPK hakiki semasa berada di DG32,Jika perlu tambahkan syarat iaitu mereka yang telah di lantik DG29 kemudian DG32 sama ada time base atau hakiki kemudian menyambung pelajaran dan telah dilantik ke DG41.Arus pendidikan telah berlaku mengapa Guru Besar masih lagi DG32.Sedangkan guru2 di sekolah ramai telah DG41.Ini bermakna guru biasa lebih tinggi jawatannya daripada guru Besar.Tidak hairanlah pada masa ini ramai guru yang tidak menghormati guru besar disebabkan gred jawatan mereka lebih tinggi.Bagaiman sesebuah organisasi akan ditadbirkan jika orang bawah mereka lebih tinggi gred daripada GB?Adakah mereka yang memegang jawatan GPK dan telah menyambung belajar dan mendapat DG41 akan duduk ditakut itu selamanya sehingga dia pencen?
KPM perlu memandang lebih luas keadaan ini jika mahu institusi pendidikan lebih maju lagi
Haaa...keluhan demi keluhan itulah yang keluar dari hati DG41 yang diabaikan bagi kenaikan pangkat dalam pentadbiran.Pengalaman dah puluhan tahun,masih buat kerja macam baru keluar IPG..asyik muka kita je yang buat kerja..dari membantu GB kepada GPK-GPK..majlis,padang,zon,daerah,negeri malah ke KPM kita terlibat tapi untuk ke jawatan pentadbiran tidak ada peluang...mungkin ada pembela dalam senario ini?Guru-guru DG41 yang berpotensi dan cemerlang suarakan pendapat anda..KPM...terbelakah nasib kami setelah seruan mendigree guru kami sambut dengan usaha sendiri sebelum adanya peluang pensiswazahan seperti sekarang.
assalamualaikum..
Saya lihat ulasan demi ulasan diberi dlm blog ini (sejak 2010 hingga 2012. Bermacam pandangan, cadangan dan teguran pun ada. Kita punyalah bersemangat bicara di sini tp sejauh mana pihak yang sepatutnya menjawab keluh kesah isu ini benar-benar membaca tulisan kita ini? Dah bertahun isu ini di suarakan tapi pihak berkenaan tetap membisu seribu bahasa....ada cadangan di platform mana sewajarnya isu ini dikemukakan? NUTP/KGGMB pun senyap je?
Saya setuju dengan pandangan guru-guru DG41 yang diabaikan peluang mereka untuk menjawat GPK.Sedangkan guru-guru DG 32 sekarang yng berpeluang mnjawat GPK masih muda dan kebnyakkannya terkial-kial unt menjalankan tugas.Sedangkan guru-guru senior yang sambung belajarlah yang banyak memjalankan dan membantu kerja-kerja pentadbiran dan mempunyai kemahiran dan pengalaman yang lebih baik dari mereka.Harap KPM dapat meneliti masalah ini. Berilah peluang kepada yang sepatutnya.
Saya rasa perkara ini telah terlalu lama diperkatakan. Minta tolong pihak KPM, Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan beri perhatian, memang sewajarnya guru2 yg memiliki DG41dan DG44 diberi peluang utk menjawat jawatan Guru Penolong Kanan dan Guru Besar...mmg mereka layak pun, kasihan kpd mereka yg rajin mymbung pelajaran tetapi dinafikan hak utk mmegang jawatan. Sepatutnya guru sebegini yg layak dijadikan pentadbir dan ditapis dan dipilih berdasarkan prestasi semasa. Buat saudara Yusri, anda tak memahami situasi tersebut dan tak mengalaminya, tolong jgn tuduh rakan2 guru sebagai gila kuasa...setiap org mmerlukan pengiktirafan sebagai pghargaan slpas bergelumang melebihi 20 tahun dlm dunia pendidikan. Jika anda tak kisah, mgkin anda bkn org yg berwawasan utk meningkatkan tahap pendidikan dan mgkin diri sendiri.
Apabila guru DG44 banyak mengajar Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mengenai urusan pentadbiran sekolah dan kewangan.. Ada sesetengah pekeliling yg tidak diketahui oleh GB dan GPK. Ada sesetengah prosedur tuntutan semula kewangan tidak diketahui oleh GB dan GPK. Apakah maknanya ini?
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam dalam isu ini. Saya dilantik sebagai penyelia petang di sebuah sekolah kebangsaan pada bulan februari 2014. Setelah bertugas sebagai penolong kanan petang selama hampir dua setengah bulan saya terima surat perlantikan dg41 dimana tarikh lantikannya dibelakangkan iaitu bertarikh 17 Julai 2013. Oleh sebab itu saya diberi pilihan samada memilih penolong kanan atau dg41. Sekiranya saya tidak me memilih dg41 saya kena mohon dg42 dan tak pasti saya kena tunggu sampai bila untuk dapatkan lantikan tersebut. Oleh sebab itu saya terpaksa melepaskan tugas saya sebagai penyelia petang dan menjadi guru biasa semula di sekolah baru. Saya rasa amat kecewa. Dalam setahun saya telah bertukar tiga buah sekolah. Emosi saya memang terganggu.
Saya tertanya-tanya, adakah rungutan dan rintihan daripada kami dari dg41 dan dg44 ini didengari oleh kpm dan kppk ???? Dah bertahun-tahun masalah ini dibangkitkan tetapi tidak diambil berat oleh mana-mana pihak pun.Sekarang, bukan shj jawatan gpk dan guru besar dihadkan untuk yang bukan siswazah, malah jawatan pegawai jpn pun ada yang diatur khas untuk yang bukan siswazah...pening,,, inikah caranya malaysia nak capai wawasan 2020 ke???
Tanpa Nama Berkata......
Saya sebagai pembantu pentadbiran dah beberapa tahun masih tidak dapat dinaikkan pangkat sebagai GPK semata -mata jawatan tersebut hanya bagi glongan guru dg32.
Amat menyedihkan saya tidak diberi peluang hanya kerana memegang gred dg41.
Berharaplah kpm boleh mengambil tindakan yang positif ke arah memperbetulkan 'ketidakseimbangan' perjawatan yang berlaku di sekolah-sekolah di seluruh malaysia.
Tolong cepat fikir-fikirkanlah...
Tak ada sesiapa nak dengar rintihan dg41. Mari kita ramai-ramai sokong pembangkang dalam pru 14. Tunjukkan kuasa kita!
Sangat setuju dgn statement di atas
Sgt2 setuju
Sgt2 setuju
Sangat setuju dgn statement di atas
Saya lulusan kpli.. pengalaman baru 10tahun..tp akn dipanggil utk interview gpk pend khas..sy ni byk lg benda xtahu..kalu org atasan tya pun kdg2 terkial2 nk menjawab.. camne nak urus anak buah...sy taknak..huhu..ramai lg cgu senior yg byk pengalaman tu..sy ni kecik sgt..
Catat Ulasan