Rabu, 6 April 2011

Mana surat panggilan Guru Sandaran Tidak Terlatih?

SAYA merupakan salah seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah berkhidmat lebih dua tahun. Saya ditamatkan kontrak perkhidmatan 31 Disember 2010.

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, segala tugas dan amanah yang diberikan kepada saya dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa mengira waktu dan tempat. Ini termasuklah pada hari cuti umum sekiranya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti luar seperti perkhemahan atau aktiviti sukan.

Di sekolah, kami juga tidak terkecuali bertugas seperti Guru Sandaran Terlatih (GST) yang lain seperti menjadi guru kelas, guru kadet dan sebagainya.

Tujuan saya memperincikan tugas ini bukan untuk mendabik dada atau mengungkit apa yang telah kami lakukan. Tetapi ia adalah sebagai renungan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya tidak mengabaikan nasib guru seperti saya. Apa yang membezakan GSTT dan GST adalah daripada segi ikhtisas sahaja kerana dari segi pengalaman dan mutu kerja ada antara kami yang lebih menyerlah berbanding GST.

Kenyataan dan pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 Mac 2011 bahawa surat penamatan perkhidmatan yang diberikan kepada guru GSTT ditarik balik selain ingin menyerap golongan guru tersebut sebagai guru tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) amat menggembirakan 13,000 orang guru GSTT di seluruh negara. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Itulah perasaan kami.

Tetapi yang menghairankan sehingga kini berita tersebut yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri 'tidak sampai' kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Buktinya, sehingga kini kami guru GSTT masih belum menerima sebarang surat panggilan bertugas. Saya berasa amat sedih dan rasa seperti kami dipermainkan sedangkan kami percaya dengan prinsip kerajaan untuk mengotakan setiap apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Oleh itu saya berharap agar Timbalan Perdana Menteri meninjau sekali lagi sama ada arahan tersebut telah dilaksanakan oleh kakitangan KPM atau sebaliknya.

Kami guru GSTT sedia berkhidmat di mana sahaja asalkan kami berpeluang menjadi guru tetap. Kami tidak meminta lebih daripada itu. Yang kami pinta hanyalah renungan kasih pihak kerajaan tentang nasib kami guru GSTT di seluruh negara.

CIKGU GSTT

Taiping, Perak


Utusan Malaysia Online: 4 April 2011

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

encik gstt,
mungkin anda rase senang untuk mengajar dan tiada beza guru yg mempunyai iktisas dan tiada iktisas..
saya kenal ramai gstt..memang mereka bagus dan komited..tetapi jgnlah menganggap level tersebut telah sama seperti mereka yang mempunyai iktisas..manusia tetap manusia..ada guru tetap yg bagus, ada guru tetap yg sebaliknya..sama juga dengan gstt..
jgnlah anda terlalu meradang dan menyalahkan org lain kerana anda tidak dapat kerja dan terlalu mengharapkan kerajaan tanpa usaha sendiri

Guru Pedalaman berkata...

Tidak salah lagi memang perbezaan di antara GST dan GSTT adalah dari segi kelayakan ikhtisas, tetapi tidak perlulah melabelkan para GST sedemikian rupa. Bukan semua GST seperti yang Cikgu GSTT utarakan mengenai pengalaman dan mutu kerja GST kurang menyerlah berbanding GSTT. Sebelum menjadi GST lagi, para pelatih PPISMP, PISMP, KPLI dan DPLI telah diberi pendedahan secara teori dan praktikal yang secukupnya dan menyeluruh oleh pensyarah2 yang memang berkelayakan dalam soal2 pendidikan. Bahkan para pelatih KPLI sebelum ini yang pernah menjadi GSTT juga merasakan kelayakan ikhtisas adalah perlu bagi menjamin mutu profesionalisme keguruan itu utuh. Tidak perlu pengalaman menjadi kayu pengukur disini sebab Cikgu GSTT bukannya guru tetap. Melainkan Cikgu GSTT adalah guru yang mengajar selama 10-15 tahun bolehlah berkata sebegitu. Semoga Cikgu GSTT diserap sebagai guru tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC). Ketika menjalani KDC barulah Cikgu GSTT merasa yang apa kami rasa dan pelajari.

Tanpa Nama berkata...

kami tau guru gstt mempunyai pengalaman mengajar. Namun tidak semua guru gstt tu boleh mengajar mengikut kaedah pedagogi yang kami pelajari. Selain daripada itu, saya pernah menjalani praktikum dan saya boleh lihat sesetengah guru gstt mmg mengajar, namun tidak tahu kaedah bagi menyampaikannya kepada pelajar dan ijazah tidak sesuai dengan subjek yg diajar. Saya graduan ismp masih menunggu semakan keputusan temuduga yang sudah 2bulan lebih, namun masih lagi belum dikeluarkan. Anda sebagai guru gstt perlu rasa bertuah kerana diberi peluang serta diberi keutamaan berbanding kami dan anda hanya perlu bersabar sahaja. Kami perlu lulus ujian dan temduga sedangkan anda hanya berdasarkan pengalaman shj. Mana mungkin anda mengatakan gstt lebih baik dr gst sedangkan kelayakan ikhtisas itu sngt penting untuk menjadi seorang guru. Anda memilih guru sebagai pilihan kedua dan boleh apply bekerja tempat lain, sedangkan kami, ijazah hanya terikat dalam bidang pendidikan yang memang hak kami. Jadi tidak salah sekiranya kami mempertikaikan hak kami. Kami terima sekiranya guru gstt diserap bagi memenuhi keperluan guru, tapi janganlah anda mempersendakan kelayakan ikhtisas yang kami ada dengan pengalaman 3 tahun anda itu. maaf sekiranya saya meluahkan perasaan saya di sini. Semoga anda berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Bekas GSTT 2010 berkata...

Saya telah membaca kesemua ulasan, bagi saya janganlah pula guru GSTT dan guru GST bertekak siapa yang lebih profesional. Semua manusia sama, ilmu dan segala yang kita miliki di dunia ini hanyalah milikNYA.Nasib dan takdir penentu segalanya.

Saya pun setiap hari menunggu panggilan bertugas semula seperti pengumuman yang di buat Menteri Pelajaran.Namun saya akur, masanya belum tiba.Bersangka baiklah dengan semua orang.

Tanpa Nama berkata...

Guru Oh Guru,

Mungkin ada sebab guru GSTT tersebut meluahkan perasaannya...guru GST jangan menyalahkan guru GSTT tersebut kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh beliau ada benarmnya. saya telah berkhidmat sebagai guru sudah lama. Memang terdapat perbezaan antara guru GST dan guru GSTT walaupun mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang sama. Guru GST lebih suka tunggu diarah dan lebih suka mendiamkan diri dari menyumbangkan idea. tetapi guru GSTT saya melihat ianya lebih produktif, berkeyakinan dan dinamik. bukan saya hendak melemahakan guru GST tetapi sebagai guru lama saya berasa amat malu dengan situasi sedemikian. memang betul anda pembaca dalam ruangan ini mengatakan soal pedagogi, jangan salahkan guru GSTT kerana satuhu saya Pedagogi tidak semestinya belajar di Universiti atau maktab perguruan sahaja. Pedagogi juga boleh berlaku dalam kelas. Buktinya apabila pencerapan guru berlaku, orang yang menilai ialah ketua panitia, Guru kanan, penolong kanan malah penegtua sendiri. Dan apabila setelah selesai pencerapan. guru-guru GSTT ini diberi penerangan kaedah pengajaran yang betul. Dan untuk pengetahuan saudara, guru GSTT kebanyakkanya tidak berat mulut untuk bertanya.Oleh demikian, jangan salahkan guru GSTT.kalau anda ditempat mereka anda juga menyuarakan perkara yang sama.terim akasih.

Tanpa Nama berkata...

GSTT mempunyai hak bersuara, salahkah kami pihak GST bersuara? GSTT lebih didahulukan berbanding GST? GSTT boleh mencari peluang pekerjaan lain, mengapa masih mengharapkan guru sebagai peluang untuk mereka? Kami GST, ISMP kami hanya laku dalam bidang pendidikan sahaja. Apa peluang pekerjaan untuk kami selain daripada sebagai guru? Kami GST, terpaksa menggunakan diploma kami untuk mendapatkan pekerjaan lain dan terpaksa menyorokkan ISMP kami. Sebab orang xkan ambil kami bekerja kerana merasakan kami akan bekerja dalam tempoh sementara sahaja. Pengambilan GSTT 13,016 orang diambil dan tidak tercicir seorang pun, sedangkan kami GST perlu melepasi ujian dan temuduga. Sekiranya lulus sekali pun, kami hanya bergantung kepada kekosongan guru. Kami tahu ini rezeki mereka tetapi tidak salah kan sekiranya kami juga menyuarakan hak kami.

Guru Pedalaman berkata...

Kepada GSTT, ini ada maklumat mengenai tawaran mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat tawaran di laman sesawang MOE. Bersama-samalah kita memantapkan lagi falsafah pendidikan negara tanpa melibatkan sebarang pertelingkahan atau persalahan faham kerana klien utama bukan GSTT atau GST itu sendiri tetapi anak-anak murid kita.

Tanpa Nama berkata...

Ex-GSTT 2010,
GST atau GSTT, kita sama2 pendidik... yg mendidik anak2 bangsa... kedua-dua golongan ini memainkan peranan penting. jd jgnlah bertekak sesama sendiri wahai guru2 semua. be professional. saya sendiri pun sedang menunggu surat panggilan... sementara itu, saya sedang bertugas sbg guru ganti skrg... yg berakhir pd hujung mei ini... tgh bingung jugak dgn nasib diri ini. walau apa pun, sabar lah wahai sahabat GSTT semua... pasti peluang akan datang kpd kita. bykkan berdoa... all da best... :-)

Tanpa Nama berkata...

Xkesah lah GST atau GSTT... Saya rasa GSTT boleh diserap bagi yang betul-betul layak lebih 5tahun, tapi untuk serap semua, saya rasa tidak adil. Bgaimana sekiranya anda mengikuti ujian insak dan temuduga bagi melayakkan diri untuk KDC seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak KPM. Ini lebih adil tertakluk pada kekosongan dan opsyen yang sesuai.Kami GST pun perlu melaluinya untuk betul2 layak menjadi seorang guru. KPLSPM,DPLI, KPLI juga begitu.
tapi kalau serap semua GSTT bgaimana dengan nasib bakal2 guru yang masih belajar? Bagaimana dengan nasib mereka akan datang? rezeki tu ada di mana-mana sahaja.. GSTT perlu ingat, sekiranya ini rezeki mereka,tapi jangan sampai mencantas rezeki orang lain.. Tidak lama lagi, bakal2 guru pula akan menganggur sebab kekosongan guru sudah tiada. Pendidikan guru hanya untuk menjadi guru... tidak seperti anda, banyak peluang pekerjaan menanti anda dan mengapa hendak bersaing dengan kami?

Tanpa Nama berkata...

Aduhai. jgn lah pula nak menyalahkan GSTT sedemikian rupa... kami bkn nak mencantas kerjaya kamu semua. sebab kementerian yang berkata begitu dan mesti lah byk yg excited. skrg, biarlah kementerian yang buat keputusan. kita jgn pula nak bertekak gara2 isu ini pula. nanti tak terlaksanalah perpaduan sejajar dengan gagasan 1 Malaysia tu... sedih PM kita nanti. bukan nya kami tak nak kerja lain tp secara jujur nya, saya telah mengalami satu sindiran yang sangat menyakitkan hati oleh seorang majikan syarikat swasta berkenaan dengan pengalaman bekerja sebagai GSTT. hal ini berlaku semasa saya di temuduga oleh beliau. dia telah mengatakan bahawa saya tak layak bekerja d syarikat itu kerana saya telah terikat dengan janji kerajaan bhwa GSTT akan diserap. so, kalau semua majikan ada pemikiran yg sama sprti itu, mcm mana nak dpt kerja?

Tanpa Nama berkata...

yela..gstt pn ade hak diorg.. skang bile sy pikir2.. sbnrnye xcantas pn rezeki org lain.. tu sume rezeki msg2. ape pun sy doakan gstt berjaya dgn pertubuhn PGM... maaf ngn keterlanjuran sy berkata2 sblm ni...

Tanpa Nama berkata...

Ya. terima kasih atas perhatian anda. trima kasih juga krn memahami mslh kami. Kami juga turut mendoakan semua pendidik. tak kira lah yg kontrak atau tetap. yg penting matlamat 1 jer, mendidik anak2 bangsa. Salam Damai, Salam 1 Malaysia.