Sabtu, 9 April 2011

Sayang anak, cikgu jadi mangsa

2011/04/09

TERDETIK di hati saya untuk menyuarakan pendapat mengenai keganasan pelajar sekolah di negara kita pada masa sekarang. Terlalu banyak yang berlaku hingga ada kala membimbangkan kerana isteri saya juga seorang guru.

Tindakan pelajar menumbuk sehingga mencederakan guru, menyerang rakan sekolah lain seperti samseng, bergaduh di dalam kelas dan banyak lagi perkara yang kita tidak sanggup dengar kini semakin menjadi-jadi.

Pada zaman saya bersekolah dulu, tidak pernah kedengaran masalah disiplin melampau seperti ini.
Kita juga nakal, tetapi masih menghormati dan takut kepada guru. Kita ditampar, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika mengadu kepada ibu bapa, mereka pula yang meminta supaya hukuman itu ditambah.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru disiplin adalah individu paling ditakuti. Terdengar saja bunyi tapak kaki terus bertempiaran masuk ke dalam kelas. Guru pada zaman lalu diberikan kebenaran untuk menjalankan hukuman tanpa mencederakan murid, bergantung pada budi bicara guru itu sendiri, tidak tertakluk kepada guru disiplin, Penolong Kanan HEM, pengetua atau pun guru besar.

Tetapi kini, hendak dijentik sekalipun tidak dibenarkan. Bagaimana pula jika guru berkenaan diserang? Adakah mereka berhak untuk mempertahankan diri? Ibu bapa pada masa kini lebih banyak membela anak mereka dengan membuta tuli, termasuk suka mengugut guru dengan tindakan undang-undang. Adakah mereka prihatin berkenaan dengan disiplin anak mereka? Akibat terlalu sayangkan anak, guru dijadikan mangsa.

Dalam Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan baru-baru ini, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pendidikan hanya lebih ditekankan kepada pengurangan tahap buta huruf pelajar. Kenapa tidak diwujudkan sekali NKRA Pendidikan itu mengenai masalah disiplin pelajar?
Saya memohon supaya perkara ini diatasi segera kerana mereka ini generasi kita pada masa hadapan. Jika tidak ditangani sekarang, bayangkan apa lagi masalah yang mungkin timbul 10 atau 20 tahun lagi.

Rasanya tidak sanggup saya menempuh masa berkenaan. Saya berharap apa yang suarakan ini diberikan perhatian secara serius demi keselamatan guru dan masa depan anak kita.

MUHD HABANI HELMI,
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 9 April 2011

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt. dan salam 1 Malaysia.
Isu keselamatan di sekolah adalah penting. Keselamatan bukan hanya kepada warga pendidik tetapi juga kepada pelajar.
Guru seharusnya dibekalkan pengetahuan tentang bagaimana mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan "Kesalahan Berat" yang dilakukan oleh pelajar.
Contohnya pihak sekolah perlu menyediakan garis panduan atau SOP.

Juga, Guru dilarang mengambil risiko ke atas perlanggaran Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Guru adalah Warga Pendidik yang core bisnesnya mendidik dan memberi pengetahuan kepada pelajar.
- bapa prihatin, jelawat, bachok

Tanpa Nama berkata...

1 drp punca pljr jadi biadap hari ini krn peraturan sekolah skrg yg terlalu memanjakan murid. Cuba tegas sikit. Kalau yg samseng tu, buang je dr sekolah. Sekolah lain jgn terima. Kalau dia ni bermasalah kat luar, biar polis uruskan.

Biarlah kita korbankan beberapa ekor hantu ini demi utk menyelamatkan yg lain.

kamanuk berkata...

Dulu bila cikgu rotan murid tiada ibubapa campurtangan. Tahun demi tahun timbullah teori-teori P & P hingga mendorong PIBG,orang-orang politk memaksa KPM mengenakan peraturan kepada setiap guru yang akhirnya guru seperti patung pandang murid pun tidak boleh jauh sekali merotan murid.

Ah ..inilah akibatnya ...murid jadi manja, naik kepala ...

Bapa-bapa, ibu-ibu, YB-YB jangan salahkan guru pula ..

Cari orang-orang yang memaksa KPM mengenakan peraturan ketat kepada guru disiplin..

Tapi minta maaf saya tetap rotan murid yang biadap kepada saya walau pun tanpa kebenaran dari pengetua kerana pengetua tidak boleh jaga 1000an pelajar

Setakat ini murid lari kalau ternampak saya dimana-mana memeriksa kawasan sekolah. Ini bermakna mereka takut dan segan. Tiada yang berani menunjukkan biadap kepada saya.

Tanpa Nama berkata...

Pelarasan ungkapan Kamanuk :
pelajar - biadap - rotan - takut

Pelarasan kesimpulan Kamanuk :
pelajar - takut - tidak biadab - sekolah aman?

Mungkin inilah ungkapan mudah dpd ibubapa kepada guru-guru :
Negara Kita telah lama MERDEKA Namun masih ada guru yang masih hidup dengan hukum rimba.

- bapa prihatin, jelawat, bachok.

Tanpa Nama berkata...

Pada peringkat ini, HUKUMAN lebih berkesan. Takkan lah merontan murid hukum rimba. Hukum RIMBA ada, cthnya yg tayang video l****. Tapi ............
Fikir-fikirlah sendiri.

Nizar_Ryza berkata...

apa bapa prihatin ni pandai sangatkah menjaga anak tanpa hukuman? atau di rumah hanya selalu memberi kaunseling sahaja?

untung 'bapa prihatin' x dapat anak yang nakal atau biadap. mungkin keturunan encik satu hari nnt akan ada yang begitu, teringin kami nak tahu bagaimana 'bapa prihatin' menasihatinya hari2. Sanggupkah nak nasihatinya jika baru hendak ditegur, kaki mereka sudah naik ke kepala 'bapa prihatin'?

Tanpa Nama berkata...

hukum rotan tu hukum rimba ke? mungkin pakcik ni bukan islam kot

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya kalau menulis tanpa berfikir, setakat nak bercakap, boleh lah, saya harap bapa prihatin bukan seorg guru, memalukan

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sahabat2 blog PP.
Sememangnya isu pelajar samseng bukan sahaja di sekolah. Kes yang berlaku di Perlis menunjukkan bahawa pelajar berkenaan mmg mempunyai masalah di luar sekolah. Si Samseng ini, juga dikatakan berkelakuan biadap di kampungnya. Dia juga menjadi "gangster" dan khidmat sentiasa diperlukan dalam menyelesaikan kes pergaduhan. Pada hari kejadian tersebut dia telah membawa sebatang kayu untuk memukul pelajar lain sebelum menumbuk guru perempuan yang cuba menghalang tindakan si samseng itu. Setelah dihalang, samseng itu, melepaskan tumbukan ke muka guru berkenaan.

Berkali-kali pelajar ini terlibat dalam pergaduhan di sekolah itu...cuba bayangkan jikalau guru itu tidak menjadi penghalang sudah tentu pelajar lain akan menjadi mangsa samseng berkenaan. Cuba bayangkan kecederaan yang mungkin dialami oleh pelajar yang dikatakan menjadi sasaran samseng itu dengan pukulan kayu meja patah yang masih mempunyai skru.

Guru bukan seorang individu yang boleh dikatakan sebagai punca masalah di sekolah. Tindakan seseorang guru itu bergantung kepada tindakan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin tegar. Mereka ini tidak ada minat untuk bersekolah, dan kehadiran mereka merosakkan intitusi pendidikan itu sendiri. Secara tak langsung mereka ini juga memberi contoh negatif kepada pelajar-pelajar lain.

Anak-anak ini mungkin menunjukkan tingkah laku baik sebagai lakonan di pentas ibu bapa, tetapi di luar kawalan ibu bapa mereka adalah kepala samseng yang amat ditakuti pelajar-pelajar lain.

Ibubapa seharusnya memainkan peranan dalam membantu guru-guru menjalankan proses mendidik anak-anak mereka dan bukannya menekan guru-guru dengan tohmahan yang keterlaluan. Guru juga adalah manusia yang mempunyai hati.

Rawatan Islam Darul Khalish berkata...

Assalamualaikum sahabat2 blog PP.
Sememangnya isu pelajar samseng bukan sahaja di sekolah. Kes yang berlaku di Perlis menunjukkan bahawa pelajar berkenaan mmg mempunyai masalah di luar sekolah. Si Samseng ini, juga dikatakan berkelakuan biadap di kampungnya. Dia juga menjadi "gangster" dan khidmat sentiasa diperlukan dalam menyelesaikan kes pergaduhan. Pada hari kejadian tersebut dia telah membawa sebatang kayu untuk memukul pelajar lain sebelum menumbuk guru perempuan yang cuba menghalang tindakan si samseng itu. Setelah dihalang, samseng itu, melepaskan tumbukan ke muka guru berkenaan.

Berkali-kali pelajar ini terlibat dalam pergaduhan di sekolah itu...cuba bayangkan jikalau guru itu tidak menjadi penghalang sudah tentu pelajar lain akan menjadi mangsa samseng berkenaan. Cuba bayangkan kecederaan yang mungkin dialami oleh pelajar yang dikatakan menjadi sasaran samseng itu dengan pukulan kayu meja patah yang masih mempunyai skru.

Guru bukan seorang individu yang boleh dikatakan sebagai punca masalah di sekolah. Tindakan seseorang guru itu bergantung kepada tindakan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin tegar. Mereka ini tidak ada minat untuk bersekolah, dan kehadiran mereka merosakkan intitusi pendidikan itu sendiri. Secara tak langsung mereka ini juga memberi contoh negatif kepada pelajar-pelajar lain.

Anak-anak ini mungkin menunjukkan tingkah laku baik sebagai lakonan di pentas ibu bapa, tetapi di luar kawalan ibu bapa mereka adalah kepala samseng yang amat ditakuti pelajar-pelajar lain.

Ibubapa seharusnya memainkan peranan dalam membantu guru-guru menjalankan proses mendidik anak-anak mereka dan bukannya menekan guru-guru dengan tohmahan yang keterlaluan. Guru juga adalah manusia yang mempunyai hati.

Hanya guru yang memahami dunia perguruan.

Tanpa Nama berkata...

Setiap anak dilahirkan dlm keadaan putih bersih. Ibu bapanya lah yg mencorakkkannya menjadi yahudi@nasrani.

Apa pun org kata, mak bapaklah yg perlu bertanggunjawab pertama sekali.

Tanpa Nama berkata...

Dua hari saya bercuti ...
Bila masuk website :
Nak tergelak kami sekeluarga bila melihat komen mereka yang berwarga GURU.
Entahlah .. mungkin tersilap profesyen kut. Sepatutnya mereka bekerja di Jabatan Penjara (core bisnesnya menjaga PESALAH yang dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah).

Guru perlu kompiten untuk mengajar dan jika guru MERASA / DIDAPATI DIRINYA tidak kompiten baik letak jawatan. MASIH RAMAI rakyat Malaysia yang LEBIH KOMPITEN untuk menjadi guru.
Mungkin guru yang komeng dan pendek akal sahaja yang melatah.

Sila baca Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )1959 dan fahami bahawa di mana kuasa Guru KAPCAI untuk merotan murid? Hanya Guru Besar dan Guru yang terpilih untuk memiliki surat watikah beliau shj yang LAYAK merotan !!!
Dimana Boleh merotan ???
tepi jalan ? kantin ??
Tidak ... jawabannya di dalam bilk guru dan dirotan oleh Guru yang berautoriti. Hukuman ini bukan bersifat DERAAN dan perlu memenuhi SOP sewaktu merotan.

Hukum Rimba saya maksudkan kepada Guru yang melihat Pelajar sebagai seorang PESALAH dan perlu sentiasa dihukum.
Mengapa guru tidak melihat pelajar sebagai PELANGGAN DALAMAN ???
MS ISO 9001:2008
Masih ramai guru perlu ikuti kursus Kualiti ini.

Saya berlapang dada untuk memberi komen dan sedia menerima teguran.

Ungkapan PM Najib "Zaman Kerajaan selalu BETUL sudah berlalu"

Tanpa Nama berkata...

Dua hari saya bercuti ...
Bila masuk website :
Nak tergelak kami sekeluarga bila melihat komen mereka yang berwarga GURU.
Entahlah .. mungkin tersilap profesyen kut. Sepatutnya mereka bekerja di Jabatan Penjara (core bisnesnya menjaga PESALAH yang dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah).

Guru perlu kompiten untuk mengajar dan jika guru MERASA / DIDAPATI DIRINYA tidak kompiten baik letak jawatan. MASIH RAMAI rakyat Malaysia yang LEBIH KOMPITEN untuk menjadi guru.
Mungkin guru yang komeng dan pendek akal sahaja yang melatah.

Sila baca Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )1959 dan fahami bahawa di mana kuasa Guru KAPCAI untuk merotan murid? Hanya Guru Besar dan Guru yang terpilih untuk memiliki surat watikah beliau shj yang LAYAK merotan !!!
Dimana Boleh merotan ???
tepi jalan ? kantin ??
Tidak ... jawabannya di dalam bilk guru dan dirotan oleh Guru yang berautoriti. Hukuman ini bukan bersifat DERAAN dan perlu memenuhi SOP sewaktu merotan.

Hukum Rimba saya maksudkan kepada Guru yang melihat Pelajar sebagai seorang PESALAH dan perlu sentiasa dihukum.
Mengapa guru tidak melihat pelajar sebagai PELANGGAN DALAMAN ???
MS ISO 9001:2008
Masih ramai guru perlu ikuti kursus Kualiti ini.

Saya berlapang dada untuk memberi komen dan sedia menerima teguran.

Ungkapan PM Najib "Zaman Kerajaan selalu BETUL sudah berlalu"

- bapa prihatin, jelawat, bachok

Tanpa Nama berkata...

pelanggan dalaman yang bermasalah perlu dirotan, cikgu

Rawatan Islam Darul Khalish berkata...

mengulas kenyataan BAPA PRIHATIN.

Mungkin tuan adalah orang yang guru-guru cari dalam penyelesaian kemelut pelajar - guru ini. Kita bukan nak menegakkan benang yang basah dalam aspek keselamatan seperti ini. Yang salah tetap salah dan perlu diadili agar dijadikan iktibar kepada semua.

cuba kita bincang ada kupas bagaimana kita nak menangani isu ini agar institusi pendidikan dapat dimartabatkan sebagai satu platform melahirkan insan minda kelas pertama.

Saya beranggapan bahawa BP merupakan seorang yang berpelajaran tinggi berbanding guru2 ini yang hanya ada diploma dan ijazah pendidikan sahaja.

Saya bercakap bagi pihak saya yang juga bergelar GURU. Kami berdepan dengan pelajar dari pelbagai jenis latarbelakang. sebagai contoh, jika guru itu mengajar 3 kelas, guru-guru itu perlu mengawal sejumlah pelajar yang secara purata mungkin hampir 100 orang.

Bukan semua dalam kalangan pelajar ini bermasalah. Hanya segelintir daripada mereka ada ciri2 negatif.

Jikakalau setakat nakal sahaj itu adalah kebiasaan, tetapi kalau pelajar itu melebihi had kenakalan bagaimana cara terbaik untuk mengawal pelajar ini, dan saya minta persoalan ini dijelaskan atau dikupas oleh BP. Guru-guru telah menggunakan pelbagai kaedah dan kemahiran namum orang kata " rebus tak empuk"...dan tidak keterlaluan sampai ketahap pelajar mencabar guru itu.

kita bincang isu ini dengan berhemat agar tidak menjadi perbalahan di antara guru dan juga IB. Hubungan IB dan guru penting dalam memastikan agenda negara dalam menbentuk pelajar yang cemerlang dar segi Jasmani Emosi Rohani Intelek.

Usahlah kita jadikan isu ini sebagai satu jurang semasa kita.

Islam sendiri menggalakkan kita bersatu sebagai ummah agar menjadi kuat menepis segala ancaman luar.

sekian...

GURU Perlis

Mama Prihatin berkata...

murid ini x wajar dibuang sekolah, dia hanya perlu dikaunseling sahaja

guru sekarang suka bertindak melampau, saya kesal dengan sikap media yang membesar2kan cerita. kasihan anak muda harapan bangsa ini.

dalam hal ini, saya bangga dengan - encik (bapa prihatin, jelawat, bachok). pelajar cuma nakal sikit saja, dh nak kena tuduh macam2. kasihan mereka didera emosinya.

Guru adalah Warga Pendidik yang core bisnesnya mendidik dan memberi pengetahuan kepada pelajar, so x payah nak marah, rotan atau meninggikan suara kepada anak2 kami

Rawatan Islam Darul Khalish berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rawatan Islam Darul Khalish berkata...

mungkin kita tidak akan berkata begitu sekiranya kita berada di tempat guru2, sebab pengalaman dan pengkisahannya hanya warga guru yang lalui.

kalau diberi peluang, sudilah kiranya, MP dan BP meluangkan masa untuk menjadi pendidik di mana2 sekolah yang dikenal pasti mempunyai risiko pelajar nakal dan bermasalah.

saya boleh bantu uruskan di peingkat Jabatan Pelajaran tentang kemungkinan hasrat tuan dan puan itu.

Belajarlah berurusan membuat laporan disiplin, mencatatkan peratusan kehadiran pelajar, mengkategorikan jenis kesalahan ikut kesalahan, mengawal pelajar semasa kokurikulum, tidur di khemah bersama pelajar demi menjaga keselamatan, membawa kumpulan pelajar sukan, latihan sukan dan permainan, badan beruniform, mengadakan kelas tambahan petang, kelas prep dan juga hujung minggu, menghantar pelajar sakit ke klinik, menjadi warden, menguruskan buku2 latihan, membuat persediaan mengajar, membuat latihan dan soalan ujian serta peperiksaan, merangka pelan strategik dan taktikal untuk kelas-kelas peperiksaan, menyediakan TOV (Take off value) untuk kelas peperiksaan, kewangan pelajar, kaunseling dan motivasi pelajar, kebajikan pelajar dan pelbagai lagi yang warga guru lebih memahami...

Tugas sebagai suami/isteri?

Ternyata semua itu bukanlah core business guru yang terpaksa diuruskan.

usahlah kita saling menyalahi antara satu sama lain...bersikaplah adil dan bukan beri tekanan kepada GURU.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Bapa Prihatin.....kenapa perlu tergelak bila membaca tulisan di sini.

Agaknya selalu menonton raja lawak kot? Pasal tu asyik nak tergelak saja.

kamanuk berkata...

kepada Tanpa nama yang meletakkan tindakan guru merotan pelajar yang biadap sebagai hukum rimba? Saya akur mungkin juga ada guru-guru yang terlajak macam sayalae..tapi saya ingin tanya semula kalaulah kamu berhadapan dengan murid yang melondehkan seluar, baju diluar, rambut panjang dan bila ditegur mengejek guru pula atau lebih daripada itu hisap rokok di hadapan guru dalam kawasan sekolah, atau menumbuk pelajar lain dalam kelas, keluar masuk dan ganggu pelajar lain semasa P & P berjalan, tidak membuat kerja sekolah atau pendek cerita GURU ITU HANYA SEPERTI BUDAK-BUDAK.. sanggupkah Tanpa nama menonton dan membiarkan itu berlaku sepanjang masa. Apa lagi kalau perkara itu sering berlaku atau dilakukan secara berulang-ulang oleh pelajar yang sama ??? Macam mana cikgu yang mengatakan merotan itu HUKUM RIMBA??

Perlis Young Leaders berkata...

ada satu lagi peristiwa, berlaku semasa perkhemahan badan berunifom sekolah menengah di sebuah organisasi kerajaan. Seorang guru menegur beberapa pasang pelajar sedang berdating pada sebelah malam. Bila ditegur pelajar berkenaan," Cikgu ni sekolah mana? bukan cikgu kami..." itu pernyataan yang dikeluarkan mereka. Bagaimana jika sedara-sedara yang rasa bijak nak berdepan dengan situasi bg pihak2 guru-guru rimba ni?

bila bercakap sesuatu, cuba bayangkan kita berapa dalam situasi tu...jangan bercakap dengan meletakkan pihak tersebut sebagai orang yang tidak berakal.

pendek kata, hanya GURU yang MEMAHAMI dunia GURU

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt. dan salam 1 Malaysia.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd Mama Prihatin yang menyokong usaha saya bagi menyelamatkan pelajar dan memartabatkan profesyen perguruan.

Terima kasih kepada Rawatan Islam Darul Khalish (Guru Perlis) yang boleh menawarkan saya melalui Jabatan Pelajaran untuk ditempatkan di 'tempat terpilih'.
Terima kasih kepada semua komen-komen daripada Kamanuk dan Perlis Young Leaders.

Saya memohon semua pihak berlapang dada dan terima polemik yang kita ikuti ini sebagai suatu perbincangan ilmiah dan semasa.

Pertama:
Saya ingin mencadangkan supaya diujudkan Makmal Khas NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Kementerian Pelajaran yang menempatkan ibubapa dan Guru-Guru untuk berbincang mengenai keselamatan pelajar disekolah.

Kedua :
Adakah Pencapaian kita dalam P & P telah diukur dengan betul?

Are We Doing Things Right? Business Planning (How?)

Are We Doing Right Things?
Business Planning (What?)

Ketiga:
Maaf, komen dan catatan saya ada hadnya. Warga Pendidik telah mempunyai Guru Cemerlang dan Majlis Pengetua/Guru Besar yang hebat. Ahli fikir yang tersohor memartabatkan pelajar hari ini. Gelanggang telah saya cadangkan ... ayuh warga guru kita BERBENGKEL mencari titik pertemuan.

- Bapa Prihatin, Jelawat, Bachok, Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Guru-guru hari ini telah cuba melakukan yang terbaik dan terdaya walaupun terpaksa berkorban untuk anak muridnya.Saya juga seorng guru dan saya juga memahami bagaimana tugas seorang guru yang sebenar.Pada pendapat saya ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk anak tu sendiri.seandainya ibu bapa mendidik anak itu dengan baik, insyaAllah walau di mana pun dia berada, dia akan menjadi anak yg baik.saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri.seringkali ibu bapa pelajar yg bermasalah tidak hadir ke sekolah apabila dipanggil untuk berbincang mengenai masalah anak mereka seolah2 ingin lepas tangan dan menunding jari kepada guru diatas kesalahan anak mereka.pernah suatu ketika,sewaktu saya berada di satu kedai dan kelihatan ramai pelajar yg sedang berjalan untuk ke sekolah.keadaan mereka tidak seperti pelajar,baju sekolah hanya disangkutkan di bahu,seluar koyak,rambut panjang sambil merokok.maka terdengarlah makcik disebelah berkata kepada tokey kedai.."tgk tu budak2 sekolah tu..teruk betul.cikgu2 tak buat ape2 ke diorg mcmtu?"...tersentuh hati saya..kenapa guru yg dipersalahkan?kenapa tak tanya "mak ayah diorg tak buat ape2 ke?"..bukankan ibu bapa mereka yg hidup serumah,makan semeja bersama mereka?takkan tidak perasan keadaan anak mereka mcm mane?ataupun ibu bapa itu sendiri yg memang tidak mengambil kisah tentang anak mereka,tentang penampilan mereka,tentang adab mereka,tentang pelajaran mereka,buku apa yg mereka bawa,ke mana mereka pergi....ntahlah..susah nk dicakap..sudahnya cikgu juga yg dipersalahkan.macam cikgu pulak yg jaga anak mereka 24 jam...pikir2 kan lah..