GEORGETOWN: Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan kenaikan gred
penjawat awam termasuk guru yang memperoleh ijazah menerusi program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penangguhan kenaikan gred
penjawat awam berijazah hanya akan mendatangkan lebih banyak masalah
selain turut menyebabkan mereka beranggapan dilayan dengan tidak adil.
“Cuepacs tidak mahu masalah membabitkan penjawat awam mendapat ijazah
melalui PJJ timbul pada masa akan datang dan mereka ini sudah lama
belajar untuk mendapat segulung ijazah.
“Kerajaan harus mempertimbangkan kenaikan taraf mereka supaya
mereka ada semangat untuk bekerja lebih cepat, tepat dan berintegritri,”
katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Lim
Guan Eng di sini semalam.
myMetro: 24 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan