KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak merestui
cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama
dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.
Pengerusi PIBG Nasional Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan (gambar)
berkata pelajar tidak sepatutnya dibenarkan membawa sebarang peralatan
komunikasi termasuk telefon bimbit ke sekolah kerana ini bukan sahaja
boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan akan
mewujudkan budaya tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka.
Beliau berkata, langkah ini juga dikhuatiri akan disalah guna termasuk
membuat rakaman yang tidak sepatutnya selain mengganggu kesihatan untuk
jangka masa panjang.
“Telefon bimbit tidak boleh dibenarkan pada waktu sekolah, kalau
luar waktu sekolah itu terpulang kepada ibu bapa atau penjaga,” katanya
ketika dihubungi Bernama. Beliau mengulas keputusan Kementerian
Pelajaran yang membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk
telefon bimbit dan iPad ke sekolah, mulai tahun depan. - Bernama
myMetro: 18 Julai 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan