Isnin, 23 Julai 2012

JPA lengah naik gred guru

400 tamat pengajian lima tahun lalu masih di takuk lama

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit.
Mula pengajian 2003

Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.

Berita Harian Online: 23 Julai 2012

2 ulasan:

guru lama berkata...

Tak pasti JPA lambat kah atau memang unit naik pangkat yang lambat atau salah bagi dokumen menyebabkan ramai yang terlepas/tercicir/ belum dinaikkan pangkat.

guru siswazah lama berkata...

Inilah situasi yang real berlaku kepada golongan guru

1. Ramai guru yang agak terkilan kerana nama ada dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dinaikkan pangkat dari DG41 ke DG44 ADA tapi sampai sekarang surat panggilan pun tidak di terima

2. Ramai lagi Kumpulan Guru Penolong Kanan ( Pentadbiran, HEM dan Kokurikulum) yang belum menerima Surat Pemangkuan DG48 seperti mana pengumuman Perdana Menteri pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2011 di Kuching, Sarawak. Nampaknya susah juga nak mengurus GPK-GPK ni..

Apa masalah pun kita tidak tahu..adakah masalah kewangan..

Andainya masalah kewangan maka guru-guru berkenaan akan berputih mata lah ....akhirnya