Jumaat, 27 Julai 2012

Telefon bimbit di sekolah beri kesan negatif kepada pelajar

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (PERBIT) Malaysia berpendapat kebenaran bagi pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah lebih banyak memberi kesan negatif daripada positif.

Presiden Perbit, Ali Ibrahim, berkata selain mengganggu pelajaran, telefon bimbit yang menyediakan pelbagai akses internet akan memberi peluang kepada pelajar mengakses laman pornografi di sekolah, yang mana akan menggalakkan aktiviti sumbang dan membawa implikasi negatif kepada masyarakat.
"Pelbagai perkara yang tidak baik boleh berlaku termasuk mencuri, merompak, rogol, berzina, terbabit kegiatan samseng dan ponteng sekolah. Yang paling parah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam," katanya di sini, hari ini.

Ali berkata, pelajar berpendapat mereka bebas melayarai internet dan juga menghubungi sesiapa saja kerana tiada siapa tahu apa yang mereka buat selain tiada siapa yang memantau aktiviti mereka.

"Ini memberi satu impak negatif kepada pelajar, terutama pelajar Islam kerana kebanyakan mereka, walaupun di peringkat tingkatan lima, masih lagi belum matang," katanya

Ali berkata, penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar akan hanya mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa menjelaskan bil yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih perlu.

"Pelajar juga akan terleka dengan hiburan yang tersedia dalam telefon bimbit hingga mengabaikan pelajaran," katanya.
Walaupun kebenaran untuk penggunaan telefon bimbit bagi pelajar adalah atas faktor keselamatan, beliau tetap bimbang penyalahgunaannya oleh pelajar.

Beliau berkata, seharusnya setiap sekolah perlu menyediakan satu bilik telefon khas untuk pelajar membuat panggilan kecemasan kepada ibu bapa mereka bagi menggelakkan perlunya pengunaan telefon bimbit di sekolah.

Katanya, PERBIT akan menjalankan kempen kesedaran penggunaan telefon bimbit kepada pelajar di seluruh Malaysia pada bulan depan.

- BERNAMA: 27 Julai 2012

3 ulasan:

guru lama berkata...

keputusan tegas melarang pelajar membawa handphone ke sekolah wajib dibuat dan penting demi disiplin pelajar dan keharmonian serta keamanan persekitaran sekolah.

kesan buruk lebih besar berbanding kebaikannya.

Jadi Menteri bertanggungjawab mesti tegas, arahan biar keras tapi bertanggungjawab kepada seluruh warga sekolah dan kementerian.

Suara2 sumbang diluar Kementerian Pelajaran Malaysia tak payah dengar sama ada dipihak pembangkang atau pihak penyokong Bn sendiri..

Suara guru yang harus didengar kerana yang berhadapan dengan masalah nanti ialah guru bukan pemimpin masyarakat atau orang-orang politik...

yang menjadi sasaran jika berlaku masalah salahlaku murid ialah guru bukan ahli-ahli yang berhormat. Mereka hanya pandai mengkritik dan mencadangkan shaja tetapi pelaksanaan mereka tidak tahu kesan dan akibatnya...yang tahu hanya guru ...jadi SILA DENGAR PANDANGAN WARGA GURU...BUKAN IBUBAPA SAHAJA, BUKAN, PEGAWAI-PEGAWAI DILUAR LENGKUNGAN KEMNTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ATAU YB-YB.....

DENGAR CAKAP GURU.....

Tanpa Nama berkata...

telefon bimbit memang memberi kesan negatif kepada pelajar di dalam sekolah tetapi berubah positif apabila di luar kawasan sekolah dan lagi2 melibatkan keselamatan apatah lagi kes jenayah yang banyak seperti kes culik,rogol dan bunuh yang berleluasa sekarang. mungkin telefon bimbit boleh dibawa tapi disimpan oleh pihak sekolah atau guru kelas sewaktu sesi persekolahan.pelajar-pelajar ini hanya boleh mengambilnya waktu pulang .kawalan dari segi model telefon bimbit, yang murah dan tanpa kamera, hanya boleh di bawa untuk elak dari hilang,harap jenayah melibatkan pelajar dapat di kurangkan. semuanya ada pros and cons. ini cuma satu pandangan sahaja........telefon bimbit hanya digunakan di luar kawasan sekolah dan ia tiada lagi kaitan dengan tanggungjawab guru dan pihak sekolah. perjalanan pulang dari sekolah sangat menyeramkan sekarang...ibu bapa boleh hubungi mereka setiap masa..dan pelajar juga dapat hubungi sekiranya kecemasan di luar kawasan sekolah.

Tanpa Nama berkata...

mcm la cikgu kelas x de kerja lain.....nak jaga handphone pula..baik x payah jadi cikgu kalau macam ni...semua cikgu...ibu bapa nak jadi apa....