SUBANG 10 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyertai 3,660,580 murid serta guru dari 10,000 sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara melakukan senamrobik dalam program Senamrobik
Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.
Bertempat di Sekolah Wawasan USJ 15 bersama kira-kira 3,000 peserta
di sini, Timbalan Perdana Menteri meluangkan kira-kira 45 minit
melakukan senaman tersebut yang turut disiarkan secara langsung oleh
stesen televisyen tempatan bermula 7.55 pagi.
Program itu merupakan senamrobik terbesar yang dianjurkan di negara
ini dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR).
Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk
Danny Ooi kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud
sambil disaksikan oleh Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, acara senamrobik itu selari dengan
dasar 1Murid 1Sukan bagi mewajibkan setiap murid yang sihat mengambil
bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Menurutnya, budaya bersukan perlu dipupuk daripada peringkat sekolah
sebagai alat perpaduan kerana ia terbukti telah menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang
secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan
murid-murid," katanya.
Program hari ini merupakan kesinambungan kepada Larian Serentak
1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan kementerian tersebut di Perak
tahun lalu.
Utusan Malaysia Online: 11 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
aktiviti senamrobik patut dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kalu dalam sebulan untuk menggalakkan budaya sihat di sekolah. KPM sepatutnya mengeluarkan satu surat pekeliling yang mewajibkan sekolah melaksanakan aktiviti tersebut kerana kalau hanya mengharapkan sekolah melaksanakan aktiviti tersebut tanpa pemantauan yang rapi dan teul maka ada sekolah yang mengambil sikap tak apa dahulukan akademik sedangkan peningkatan prestasi akademik seseorang pelajar itu bermula dari diri yang bersih, sihat dan aktif.
oleh itu aktiviti ini harus dibudayakan di sekolah dan untuk membudayakan senamrobik disekolah harus ada pelaksanaan yang kerap. Tapi kalau macam sekrang ni hanya dibuat sekali dalam beberapa tahun makan jangan haraplah aktiviti ini menjadi budaya sekolah
aktiviti senamrobik patut dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali dalam sebulan untuk menggalakkan budaya sihat di sekolah. KPM sepatutnya mengeluarkan satu surat pekeliling yang mewajibkan sekolah melaksanakan aktiviti tersebut kerana kalau hanya mengharapkan sekolah melaksanakan aktiviti tersebut tanpa pemantauan yang rapi pasti ada sekolah yang mengambil sikap tak apa, dahulukan akademik sedangkan peningkatan prestasi akademik seseorang pelajar itu bermula dari diri yang bersih, sihat dan aktif.
oleh itu aktiviti ini harus dibudayakan di sekolah dan untuk membudayakan senamrobik disekolah harus ada pelaksanaan yang kerap. Tapi kalau macam sekrang ni hanya dibuat sekali dalam beberapa tahun maka jangan haraplah aktiviti ini menjadi budaya sekolah
Catat Ulasan