Selasa, 31 Julai 2012

Guru tunggu penempatan

SEBAGAI bapa, saya berasa sangat terkilan dengan jawapan kerani atau pegawai yang menjawab pertanyaan saya mengenai penempatan anak saya yang tamat mengikuti kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) J-Qaf ambilan Januari 2011. Majlis konvokesyen telah diadakan di Putrajaya pada 10 Julai lalu.
Kalau diikutkan selepas tamat program KPLI ini, sepatutnya anak saya terus ditempatkan di sekolah di mana dia menerima latihan. Namun, ia disekat sementara kerana perlu menghadiri satu temuduga di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) supaya ditempatkan semula ke sekolah dengan gred DG 41.
Namun sehingga hari ini tiada satu pun kata putus dapat diberikan oleh mana-mana pihak berkaitan selain perkataan 'tunggu'. Baik pihak Kementerian Pelajaran atau SPP hanya memindahkan masalah ini daripada satu pihak ke pihak lain.
Anak saya ini sudah berkeluarga dan sepatutnya dia sudah ada kerja yang dapat menyara hidupnya sekeluarga. Tetapi sebaliknya terpaksa menunggu bagaikan menunggu durian jantan berbuah. Tiada satu pun tanda-tanda pihak Kementerian Pelajaran atau SPP akan memberi tarikh bila penempatan akan dibuat.
Saya ini hanya seorang pesara, tidak mampu untuk menanggung anak saya yang sudah berkeluarga itu. Dia sudah berusaha menjadi guru tuisyen yang hanya menjana pendapatan RM500 hingga ke RM700 sebulan.

Utusan Malaysia Online: 31 Julai 2012

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guru lain seperti tesl cohort 5 keluaran IPG dan IPTA juga mengalami nasib yang sama. Kami harap setelah kerajaan umum umur pencen dilanjutkan, adalah langkah produktif lain untuk kami guru yang menunggu posting. guru yang sepatutnya pencen tak jadi pencen. Guru baru pula tidak terposting kerana tiada kekosongan kerana tiada guru pencen.

Tanpa Nama berkata...

kesian...