Sabtu, 28 November 2009

Guru bermasalah elok ke pejabat pendidikan

TIMBALAN Menteri Pelajaran menyatakan guru semberono akan ditangani secara serius untuk memastikan pelajaran murid tidak terjejas. Guru semberono bermaksud guru yang mengajar sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas di sekolah.

Sebenarnya bukanlah susah sangat mengenali guru jenis ini. Secara umum sebahagian besar tenaga pengajar sekarang adalah guru yang bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa memberikan kerjasama.

Bukan mudah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam, khususnya tindakan gantung kerja atau buang kerja. Tugas ini memakan masa panjang kerana melalui peringkat tertentu dan perlu disertai maklumat dan bukti lengkap.

Oleh itu elok guru berprestasi rendah ini ditempatkan di pejabat pendidikan. Malah, pegawai kanan atau pegawai atasan di pejabat pelajaran dapat 'mengawasi' dan membimbing guru bermasalah ini.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.

Berita Harian Online: 28 November 2009

1 ulasan:

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

Kalau nak pindahkan guru semberono ke pejabat pelajaran..nampaknya kosonglah sekolah.. sebab pada pengamatan saya, terlalu ramai golongan ini, cuma kita tidak ada satu kaedah yang tepat untuk menilai mereka.

Eloklah guru2 sendiri terutamanya disekolah tersebut bermuafakat dan membina "team" yang mesra bagi menggalakkan kesemua guru merasa sense of belongings.

Masalah guru2 disekolah ialah komuniti yang berpuak-puak.

ikhlas'

http://reformasimindaguru.blogspot.com