Jumaat, 15 Januari 2010

IPTA tidak patut tawar pengajian guru sekolah rendah

JERLUN 14 Jan. - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya menawarkan program ijazah sarjana muda pendidikan pengkhususan sekolah rendah kerana lepasan IPTA terbabit perlu mengajar di sekolah menengah.

Penyediaan program itu di universiti-universiti merupakan antara punca utama menyebabkan lepasan ijazah sarjana muda IPTA berkaitan berdepan kesukaran untuk ditempatkan di sekolah-sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ini kerana penempatan ke sekolah-sekolah rendah dikhaskan kepada lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kendalian Kementerian Pelajaran.

Jelasnya, kesukaran lepasan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA ditempatkan di sekolah-sekolah adalah disebabkan mereka mengambil program pengkhususan sekolah rendah.

"Yang berbangkit tentang guru tidak dapat penempatan ini ialah lepasan ijazah sarjana muda pendidikan sekolah rendah dari IPTA.

"Sepatutnya universiti berkaitan tidak boleh buat program pengkhususan sekolah rendah sebab lulusan IPTA perlu mengajar di sekolah menengah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama guru-guru di daerah Kubang Pasu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa di sini hari ini.

Mohd. Puad memberitahu, beliau mengesan masalah itu apabila mendapat senarai 20 nama daripada salah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah dari sebuah IPTA yang mengadu kepadanya tentang masalah mereka.

Beliau bagaimanapun akan cuba mencari jalan dan memberi komitmen membantu mereka mendapatkan penempatan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kementerian hanya membenarkan warga negara Myanmar dan Rohingya yang mempunyai permit kerja serta dokumen yang lengkap menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.

Katanya, ibu bapa pelajar itu perlu mempunyai pendapatan RM3,500 dan ke atas.

"Jadi pelarian yang tiada dokumen dan hanya menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) memang tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan," katanya.

Jelas beliau, bagi bukan warga negara tetapi berkahwin dengan wanita atau lelaki tempatan boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan syarat mendapat pengesahan daripada penghulu atau ketua kampung mengenai status kewarganegaraan itu.

Bagaimanapun, katanya, mereka tetap perlu membayar RM120 setahun untuk sekolah rendah manakala RM240 bagi sekolah menengah.

"Penjelasan ini diberi supaya mereka yang terlibat tidak salah faham atau terkeliru dengan syarat yang dikenakan," katanya.

Utusan Malaysia Online: 15 Januari 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula graduan pendidikan yang sememangnya dikhususkan utk sekolah menengah?? menagapa ramai juga tidak diberi penempatan?

Khairulzamil berkata...

Saya Khairulzamil Bin Md.Nazimuddin adalah salah seorang penjawat awam di sebuah
Institusi Pengajian Tinggi di Mukah Sarawak. Saya baru berkhidmat di Mukah
Sarawak selama 2 tahun. Bersama dengan saya adalah isteri Sahrina Binti
Sahdan sedang berkhidmat di SK Kampung Teh, Dalat Sarawak. Pada 15 September
2010 yang lalu isteri saya setelah bersalin awal dua (2) bulan untuk anak kami
yang kedua dari tarikh sebenar iaitu 26 November 2010.

Isteri saya bersalin di Hospital Mukah Sarawak dan telah diterbangkan selama 30
minit dengan menaiki helikopter ke Hospital Sibu kerana mengambil kira keadaan
kecemasan anak kami yang memerlukan alat bantuan pernafasan dengan kadar segera
yang jika dibandingkan dengan menggunakan perjalanan darat ke Hospital Sibu akan
mengambil masa selama empat (4) jam.

Sehingga ke saat ini kami masih ditempatkan di Hospital Sibu. Pada asalnya
isteri saya ditempatkan Wad Nurseri Rawatan Khas (Wad 3) kemudian dipindahkan ke
Wad Paediatric (Wad 27) disebabkan anak kami masih bergantung kepada alat
bantuan pernafasan oksigen dan masih belum pandai menghisap susu walaupun berat
badan anak kami telah menjangkau 1.86kg. (Foto dilampirkan). Saya berasa
berbesar hati dan berterima kasih dengan layanan mesra dan kemudahan baik yang
diberikan oleh pihak Hospital di Mukah dan di Sibu ini. Kami juga turut
berbesar hati kerana sempat dikunjungi oleh wakil YB Wong Ho Leng iaitu Saudara
Steven Liu (foto dilampirkan). Apalah sangat yang mampu kami luahkan serta kami
memahami keterbatasan kuasa oleh wakil pembangkang di Sarawak ini jika
dibandingkan oleh wakil rakyat Barisan Nasional yang sepatutnya harus lebih peka
dan prihatin terhadap masalah rakyat.

Namun begitu adalah yang menghairankan kami adalah bekalan perubatan di Wad 27
amat jauh daif jika dibandingkan dengan Wad 3 sebelum ini. Sebagai contoh,
picagari (syringe) yang sepatutnya digunakan pakai buang sekali penggunaan
diarahkan oleh jururawat di sini digunakan semula berulang kali, bekalan susu
formula tidak dibekalkan kepada ibu-ibu yang kekurangan susu badan malah
digalakkan pesakit membelinya sendiri di kedai berhampiran, plastik ubat
terpakai dipotong untuk dijadikan bekas ubat. Keadaan ini disedari oleh
Doktor-doktor di sini malah mereka mengakui terdapat kekurangan bekalan
peralatan dan kelengkapan perubatan di Hospital Sibu ini. Tambahan lagi, kami
tetap berharap akan segera dibenarkan keluar dari Hospital ini. Justeru, pihak
kami telah pernah memohon agar dipindahkan penempatan hospital di atas
sebab-sebab berikut:


a. Isteri saya sukar menjalani urusan ibu berpantang selepas bersalin.
b. Kami tiada saudara-mara di sekitar Sibu untuk menyediakan
makanan bersesuaian untuk ibu selepas bersalin.
c. Kos, logistik dan jarak perjalanan saudara mara serta
sahabat handai dari semenanjung untuk datang melawat adalah terlalu tinggi dan
sukar.
d. Saya sendiri perlu berulang-alik menziarahi isteri saya dari Mukah-Sibu
setiap minggu melalui Jalan Ladang. (keadaan jalan rosak teruk)

Namun begitu, permohonan ini tidak diluluskan memandangkan keadaan anak kami
masih belum stabil dan masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan
(oksigen).

Di samping itu, anak sulung kami yang kini berusia 11 bulan ditempatkan di
Kampung Batu Bahat, Johor untuk dijaga oleh kedua orang mertua saya yang semakin
meningkat usianya ditambah lagi keadaan bapa mertua saya disyaki oleh doktor
mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang. J

Justeru, disebabkan kesihatan isteri saya dan anak kedua kami ini di samping
rentetan keadaan sebagaimana yang telah diperjelaskan di atas, isteri saya
berasa semakin hari semakin berasa trauma dan tertekan untuk terus berkhidmat di
Sarawak.

Saya memohon sekali lagi kebenaran pihak tuan meluluskan permohonan perpindahan wilayah yang telah dimohon oleh isteri saya.

Yang Benar,
Khairulzamil Bin Md.Nazimuddin.
Mukah Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

yeahhh..sarawak sik ada roti gardenia..hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

seterusnya Saya Akan mohon berpindah ke hospital mental Batu 7 kuching sambil mengajar di kem askar bersebelaha n jadi pengajar nurse. Mental disturbed.n tortured.sangat kan.. mengajar org gila. Mmng jpns terus lulus berpindah..dlm sekelip mata tak bekelip..kalo yg jenis pakai kontek lens n maskara tebal mcm bibir si joli tu.. pengsan ku maskara..mmng azab dunio juga terlalu lama di stesen asal sedangkan dah boleh berpindah..berpindah lepas ni ke tebing barat..yg ckp sistem gilir mmng sakan best.. Ku bleh Jadi volunteer tadbir sistem tu wlpn kerje berlambak..seminggu x tido..dlm kelas ko tido..ko ado..mudahN yg semua2 kat atas tu sabar nong..berbanyak sabo di donia dan diakhirat jgn jadi cam aku dah pandai cakap ngan pokok n menatang..huuu Tanya Pokok apa sebab goyang..mun dah opis baru semua kena berpikir baru nong..Ada anjakan palak digma..ku setereka lak ko..jaik ati ngenang tak owang semua masok ku pun..bulu kaki ku semakin sik tumboh Gik lamak gilak di ulu nong..sik tauk ku sperma ku maseh aktif Gik kotan gilak seress..latah indah..boh jak jpns munnnnn...sidak ya penauk.. Lak ku nak meli skirt doyong k ku berenang di ulu lepas abis kelas...bengongku..